Thursday, March 27, 2008

jam tangan alba [just another day for me]

jam tangan Alba dibuka dan dilempar ke meja. selepas meletakkan beberapa buah buku kesayangannya di atas meja, zainab menghempas tubuhnya ke atas tilam. letih. serasa lenguh seluruh tubuh.

zainab menarik nafas lega, dapat meregang tubuh. empat jam memandu tanpa henti, memang meletihkan. hujan demikian lebat, konsentrasi harus tinggi. tambah pula malam kian larut, dengan keadaan trafik yang tidak begitu lancar. semuanya menuntut kesabaran dan hati-hati. mujur punyai adik yang demikian setia menemani perjalanan. jalan yang penuh likuan. dan buat peneman penghilang bosan. dan buat penghilang takut--itu sebenarnya.

semasa memandu, pelbagai perkara berlegar di fikiran. empat jam yang bisa menjadi masa muhasabah yang sangat baik. dan apa yang zainab paling tidak lupa sepanjang perjalanan, pesan ukhti khaulah bahawa doa orang musafir didengari Allah. apatah lagi di kala hujang selebat itu. raining cats and dogs. hujan anjing dan kucing. agaknya, tentu malaikat banyak kat atas tu, hantar hujan.

ada satu doa yang zainab simpan. berbelas tahun lamanya. moga doa ini dijawab tuhan. seperti mana matahari tetap bersinar selepas hujan, dia harap ada lagi sinar buatnya selepas ini. walau selepas berbelas tahun.

zainab melirik jam tangan Alba di atas meja. serta buku muhammad ahmad ar rasyid berjudul awaiq di sebelahnya. "tuhan, tolong. thabbit qulubana."

dan beberapa jam selepas itu, terbukti. mentari muncul lagi. merah saga sinarnya. tapi dia tak pasti apekah yang berbelas tahun ditunggu itu akan munculkah hari ini? atau bisa saja hari ini jadi just another day for me, fikir zainab.

we're just friends



www.askbabaali.com

Saturday, March 15, 2008

nostalgia

kau punyai nostalgia?

aku ada. nostalgia. dan mulai hari ini, selepas suatu perisiwa yang membangkit nostalgia, aku telah ambil keputusan untuk revive nostalgia milik aku. nostalgia antara aku dan Dia.

hari ini perasaan aku berbunga-bunga tak ubah seperti dua tahun tahun terdahulu. atau mungkin tiga. suatu rasa yang mengheret aku begitu hampir dengan Dia, ArRahman ArRahim. begitu Pengasih Dia, membawa aku meneliti nostalgia didikan tarbawi-Nya dengan cara yang paling seni. kau tahukah bagaimana perasaan ini? perasaan ini terlalu indah. pernahkah duduk-duduk di padang luas saujana, sambil menikmati semilir angin pagi dan menatap bunga-bunga pelbagai warna ceria, dilatari langit biru? begitulah perasaan itu. damai. tenang dan selamat. seolah Dia sedang menuntun langkahan hidupku. tiada kerisauan, yang ada hanya ketenangan.

ketika Allah mengajak nabi dan sahabat mengenang nostalgia pertolongan-Nya ketika perang Ahzab, aku juga terkenangkan nostalgia pertolongan Allah mengeluarkan hati hitam zulumat lalu dicahayakan.

Tuhan, rasa ini akan aku simpan. izinkan ia terus di hati, berkekalan.

kamu bagaimana?

Fateh
1503
249am

Friday, March 14, 2008

antara mata dan hati.. (ii)


jika bisa kau dengar bicara
Dariku untuk Tuhan;
Hatiku yang Dia cipta
teramat kerdil fisiknya
lalu mengapa
dugaan sehebat ini diberi-Nya?

lalu bila Tuhan menjawab
Seruku untuk Tuhan;
Sudah pasti jawapan-Nya
ada pada sujud di hening embun
pada zikir memohon ampun
pada maghfirah buat dosa yang bertambun!

terima kasih Tuhan
untuk dugaan yang sebesar dunia
kerna telah kau beri sepasang mata
walau kerdil namun bisa
memerhati seluruh isi dunia
melihat haram-halal perintah-larangNya

Tuhan nanti bila
kubawakan pada-Mu dosa sebesar dunia
moga-moga balas-Mu
ampunan dan hidayah yang kekal tekal
hingga hayatku tamat
mengharung liku-liku dunia.

-saz-
el fateh, malaya
1.39 am
14/3/08