aku rindu.
Saturday, January 31, 2015
Monday, October 08, 2012
Luka Cinta
Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang,
Namun tanpa lidah, CINTA ternyata lebih terang...
-Syair Arrumy-

Demikian indah pujangga bermadah...
namun itulah dia.. dan inilah aku..
bicara cinta sentiasa menjadi sukar dan kompleks,
sehingga akal pasti terbaring lesu mencari logika tentang luka yang diukir cinta..
namun inilah yang berlaku,
cinta merenggut aku dari daerah tenangku,
cintalah yang telah mengheret aku ke daerah celaru ini,
juga cintalah yang menyimpan aku sehingga lidahku telah kelu...
ajaibnya cinta,
hingga luka tidak lagi punya rasa,
kerana pedang cinta demikian tajam
hingga sakitnya tidak lagi terasa...
"kerana apa dirimu ke sini?"
"apa yang kamu rasakan saat ini?"
"pada waktu kamu bertemu gerombolan ini,
rasa apakah yang penuh melimpahi atma hati?"
"mengapakah kamu membina simpulan tali dan lalu memberi janji?"
sungguh benar lidahku kelu
kerana aku bimbang aku akan jadi malu
pada apa yang lidahku paparkan tentang hatiku
namun wahai pemilik cintaku
terlalu ingin untuk aku biar Engkau menjadi saksiku
bahawa kerana cinta, aku ingin jadi panah yang bakal dilepas oleh busurMu
aku mahu jadi nila yang mewarna lautMu
aku ingin jadi peluru yang ditembak senjataMu...
Duhai Tuhanku...
Setelah Kau selamatkan aku dari jurang itu,
Maka kini bantulah aku mengetuk pintu syurgaMu...
Wednesday, October 03, 2012
kenapa bumi bulat?
tapi setelah kutelaah,
ini barangkali juga bicara sekarang.
benar, bumi memang bulat
memberi metafora pada manusia
apa yang dulu kebawah, kini boleh kebawah juga
apa yang pernah keatas, juga bisa mendapat kembali tempatnya.
chill jelah. kita semua kan semakin dewasa.
err. 28 tahun blum tua kan. [tawa kecil pecah di hujungnya]
Friday, April 20, 2012
aku kini kakak..
alhamdulillah.. segala puji bagi Allah dan salam kerinduan buat rasulillah.. jalan ini kulalui, kini dengan dukungan dan gendongan adik-adik di sisi..
alhamdulillah. aku kini kembali. entah untuk apapun, ia tetap kerana Allah.. untuk kali keberapapun, itu aku tak peduli. setahun teramat cukup untukku mengatur hidup, dan kini aku kembali (lagi dan lagi).
bila difikir, memang tepat sekali graf kehidupan yang diteorikan para pemikir psikologi. bahawa, hidup manusia bersiku-siku, dan apabila sampai suatu tahapan, maka ia akan mulai menjumpai rentaknya. gelombangnya sudah tidak terlalu kuat beralun, malah jika berubah ia akan melaluinya dengan lebih stabil.
aku kira, itulah aku sekarang. cukup kukongsikan di sini, bahawa aku kini seorang "kakak". bukan saja kakak di dalam aturan darah daging seperut sepusing, namun aku kini bersyukur menjadi kakak di sudut hati dan jiwa..
kakak yang telah kehilangan ibunya ini kini punyai ratusan ibu-ibu yang sentiasa mengisi hati, walau ibuku dan nenekku takkan punyai galang ganti... kumohon pada Tuhan, moga diperkuat hati dan azamku untuk mulai menulis semula. moga-moga jadi kongsian buat adik-adik yang sedang meniti gelombang kehidupan.
wahai adik, kakak kini kembali di medan maya. berbekalkan batu (tablet) di tangan, kita lihat seligat mana kakak mampu bertahan!
Wednesday, September 14, 2011
Kenangan manis
Bagaimana bisa
Kenangan paling manis milikku
Adalah saat airmataku mengalir laju
Saat hati dirundung sebak paling sayu
Tika dada sesak penuh sedu
Aku mahu nanti
Kenangan paling manis milikku
Adalah saat titisan darah menyembur
Membasah bumi kering yang akan subur
Terang-benderang disinar cahaya dalam sudur
Saat aku berlumur cecair merah harum
Awang-awang jannah mulai menjajah jiwa
Rindu kasih yang Maha Cinta kian menerka
Segala impi, taujih, tausih jadi nyata depan mata
Itulah kenangan paling manis idaman jiwa
Dunia dan seisinya
Sudah tidak bernilai apa
Pada saat kenangan paling manis
Satu persatu bertamu

Saat duduk bersemayam
Berbicara mesra
Diselimuti sutera hijau
Menatap Yang Maha Cinta
Kekasih,
Kekasih,
Ku ingin cita-cita jadi nyata
Dipersembah di hadapan Kekasih
Membayar nilai degup-degup kencang
Simbahan rahmah Yang Esa.
Tuhan,
Takdirkanlah kebaikan
Di mana saja ia berada
Sama ada di jemariku
Atau
Siapapun saja hamba pilihan-Mu!
Dipersembah di hadapan Kekasih
Membayar nilai degup-degup kencang
Simbahan rahmah Yang Esa.
Tuhan,
Takdirkanlah kebaikan
Di mana saja ia berada
Sama ada di jemariku
Atau
Siapapun saja hamba pilihan-Mu!
Wednesday, May 25, 2011
Ibu: antara santun dan mulia
bagi seorang saudagar emas permata, kurnia terbaik baginya mungkin para pelanggan yang kaya-raya membeli jualannya. pelanggan yang membeli,lantas membawa pulangan yang lumayan kepada si saudagar, buat membina mahligai dan sebagai tabungan untuk anak dan isteri-isterinya. lalu dengan itu sang saudagar berbudi dengan menjamin hidup keluarga di masa depan.
bagi seorang petani pula, mungkin sebuah kurnia baginya apabila hujan turun menyubur tanah buat menumbuh-besarkan tanamannya. maka dengan tanaman itu dia bisa menyambung kehidupan, menyuap nasi kepada keluarga serta memberi pendidikan kepada anak. lalu dengan itu sang petani berbudi kepada sebuah kehidupan.
namun bagiku, kurnia terhebat bagi seorang insan yang kerdil dan buta sepertiku hanyalah islam dan itu sahaja sudah terlalu indah bagiku. kerana dengannya telah membuat aku 'hidup bernyawa' dan bangkit dari kematian yang panjang. dengan islam, masa depanku terjamin, dan hari-hariku sentiasa bermakna kerna budi Islam atas diriku.
aku masih ingat satu ketika dulu, betapa bencinya aku dengan sebuah taqdir yang begitu menyakitkan. ketetapan Tuhan yang terlalu ingin kumusnahkan dari kanvas perjalanan hidupku satu masa lalu. ketetapan yang tak mampu aku pilih, apatah lagi dapat aku ubah. itulah dia sebuah taqdir pedih, bahawa aku ini terlahir dari rahim seorang wanita yang menderitai skizofrenia.
semasa kecil, -entah kerana apa- aku memanggilnya dengan gelaran 'kakak' tapi bukan 'mak'. Yang kugelar 'mak' adalah nenek, dan aku amat berharap aku adalah anak nenek. masih segar di ingatan, aku amat benci jika dihadapkan dengan soalan-soalan dari ibu dan bapa saudara (adik-beradik mak) yang bergurau -sambil mendidik, barangkali- "eh, itu bukan kakak awak laa, itu mak awak.. ni mak kite (sambil menunjuk kepada nenek)". aku akan meraung semahu-mahunya untuk menafikan hakikat itu.
namun hakikat tetap hakikat, dan ia suatu kebenaran yang takkan mungkin berubah. semakin aku meniti usia remaja, aku semakin faham bahawa mak adalah ibu, dan itu takkan berubah sampai bila-bila.
aku cuba menerimanya seadanya, namun hatiku tidak pernah ikhlas setulus-tulusnya untuk menerima mak sebagai ibu yang bertakhta di hati. tambahan pula, dek kerana skizofrenia yang dihidapinya, mak tidak begitu ambil pusing dengan sekeliling melainkan dirinya dan abang yang dipelihara dengan tangannya sejak lahir, yang sentiasa tagging dengannya sehingga usia abang sekita 7-8 tahun aku kira.
begitulah kehidupanku, dan pendidikan agama dari datuk dan nenek serta sekolah telah membuatkan aku sedikit siuman. siuman, dalam erti kata cuba melayani dan memberi hormat kepada mak sekadar yang sepatutnya.
namun tiba-tiba, di saat aku paling jauh dengan Allah dan semuanya, islam datang mengetuk pintu hatiku. siapa sangka, di bumi peti sejuk itulah aku tiba-tiba terlahir sebagai orang baru. tika itu, bersama dinginnya bayu yang menyelimuti kulit, islam mulai meresap masuk ke seluruh sendi dan denyut jantungku. cahayanya tak mampu aku tangkis lagi, lantas aku tenggelam dalam asyiknya berkenalan dengan satu-persatu hakikat islam yang sejati. aku memahami erti sebenar keislamanku, dan betapa besarnya nikmat yang sedang aku junjung ini.
dan salah satu hakikat yang diajar oleh islam ialah wajibnya 'jihad'. jihad, dalam erti kata berusaha sekeras-kerasnya untuk meninggikan islam. jihad yang luas dan merangkum pelbagai jenis usaha, tidak hanya pada perang. dan dan aku terpana atas hakikat wajibnya jihad atas semua mukmin, tetapi kewajiban itu terangkat apabila tergalas tanggungjawab memelihara dan memuliakan ibu!!
aku bersyukur diberi peluang oleh Allah a.z.w.j untuk mendapat sentuhan seorang pendidik yang amat-amat menjadi qudwah hasanah buatku dalam islam, dakwah dan kehidupan. dan yang paling mengesankan buatku ialah bagaimana dia memuliakan ibunya berbanding selainnya. bagaimana dia mendahulukan ibunya dan memberi KHIDMAT terbaik buat ibunya, namun tetap memberi KHIDMAT terbaik buat dakwah. darinya aku belajar dan mulai menghayati hakikat yang paling pedih namun bertukar menjadi indah-- hakikat memuliakan ibu...
dan aku bersyukur, dihidupkan oleh Allah kembali, dan bertemu peluang emas untuk memberi khidmat buat ibu. walau hanya sekejap, walau bukan paling baik dan penuh compang-camping, kumohon agar diterima oleh-Nya... walau mungkin beratnya hanya seperti sebutir pepasir yang tidak terpandang atau malah lebih ringan, namun aku berdoa agar Allah Al-Latif akan mengampuni dosaku ke atas ibu, dan menemukan kami kembali di suatu tempat, di mana kami dapat bersenang-senang atas tandu yang bersalut haruman kasturi...
ya Allah, rahmatilah ibuku, berikanlah dia keamanan jiwa dan kerehatan hakiki.. gantikanlah baginya apa yang telah Kau ambil darinya dahulu.. mak, dikaulah kenangan terindah bagiku.....
~in memory of Hapsah Ibrahim, R.I.P 13 April 2011... semoga syurgalah tempatmu~

Thursday, April 21, 2011
Pinjaman Terindah Dari Allah- Mak (R.I.P 29.6.1944~14.04.2011)
seminggu telah berlalu... seminggu yang sunyi tanpa belaian ibu di sisi. tiada lagi soalan-soalan tentang aktiviti harian dari mak tiap kali aku menerjah pintu rumah dengan salam. tiada lagi mak menanti kepulangan aku dengan duduk-duduk sembang bersama jiran.. Dia, seorang yang kupanggil MAK kini pergi, selamat menemui Allah dalam dakapanku...
namun atas segalanya yang berlaku, aku bersyukur. alhamdulillah, diberikan kekuatan oleh Allah untuk melalui seminggu ini. segala nikmat yang tak harus aku kufuri.. buat akhawat yang tak putus2 berkunjung ke rumah, percayalah, setiap butiran pasir yang antum jejaki harus menjadi doa kebaikan buat antum atas cinta dan kasih ukhuwah antum.... yang akan terus menjadi lagenda dalam kisah hidupku, yang harus aku banggakan kerana memiliki saudara terdekat sepertimu semua.
tidak lupa kepada yg sms dan call tak habis2 setiap hari... beserta doa serta ingatan tulus.. moga tiap butir bicara antum terhadap Allah itu didoakan kembali oleh malaikat... dan pakcik makcik sekalian yang amat supportive.. naqibah dan bekas2 naqibah, makcik2.. kalianlah bonda-bonda pengganti ibuku... serta para asatizah dan murobbi... mashaAllah.. hanya Allah yang tahu manisnya ukhuwah dan betapa terisinya kekosongan dengan memiliki saudara-saudara seperti antum...
memiliki mak di sisiku merupakan anugerah terindah dari Allah. bagi yang mengenaliku secara dekat tentu tahu kisah hidup kami yang umpama filem di layar perak. Mak yang schizoid, keluarga yang ranap dan akhirnya bercantum kembali, dan semuanya.
Setelah melalui segalanya, Mak pergi dengan begitu mudah. Dia pergi setelah puluhan tahun menderita schizofrenia. Ya, tentulah kematiannya bukan kerana schizofrenia, masakan schizofrenia boleh membawa kepada serangan jantung kan? namun penyakitnya itulah yang merupakan suatu nikmat terbesar buat aku, kerana ia telah mencorak aku untuk menjadi aku yang sekarang. Aku yang sensitif, namun begitu mudah menjadi 'pekak' dengan cakap-cakap orang. Aku yang mudah menangis, namun akan kering air mata apabila selesai menyusun logika dan hikmah di belakang sesuatu....
Kini Mak pergi, di saat dia berada paling dekat dengan aku. "Intan payung Mak", itulah gelarannya untuk aku ketika aku menangis semasa kecil. Ketika aku seolah lelah menyantuninya sesudah dewasa, dia menggelarku "anak yang taat"... dan ia menjadikan aku melupakan segala lelah dek kerana mengingati lelahnya dia mengendongku di dalam kandungan.. Dan ketika aku meminta redhanya dan ampunannya demi sebuah tempat yang kupanggil syurga, mak dengan gembira menyatakan redha...
"Mak, Adik mintak ampun ye mak. Mak ampunkan tak?"
"Okeh. Mak ampun." Mak melayan karenahku petang itu.
"Mak. Mak redho tak kat adik?"
"Kenapa kena redho pulak?" mak menjawap sambil menutup mata, sedang tangannya membetulkan bantal di pembaringannya.
"Ye lah, syurga kan bawah tapak kaki ibu. kaki mak. kalau mak redho barulah Allah redho. Mak redho tak kat adik? Boleh masuk syurga tak?" aku membawa tangan mak ke pipiku.
"Okeh. Kalau macam tu mak redho. Boleh. Jom kita masuk syurga" kata mak sambil senyum kambing. rupanya itulah senyuman paling manis yang aku lihat, yang merupakan senyum terakhir mak buat si anak...
kini aku tidak punyai apa-apa pun untuk dibuktikan di hadapan manusia, cuma yang tinggal hanyalah segugus tanggungjawab dakwah dan tarbiyah, untuk membangun sebuah umat! Semoga di hadapan Allah kelak aku mampu membuktikan syahadahku, lantas menjadi pahala buat Mak, ayah, serta para asatizah dan murobbi yang mendidikku sedari kecilku...

Sunday, March 20, 2011
Allah Telah Melihat Kami
sungguh benar sekali sabda nabi, bahawa pada tubuh ada hak yang perlu ditunaikan. berkejar ke sana kemari bagi menghadiri program, atau kadangkala membantu mengisi atau sekadar menyebok di acara-acara tarbiyah adik-adik kadangkala membuat tubuh menagih sedikit rehat. namun tika itu rasa bersalah pasti akan bersegera buru-buru menghurung hari kerana memikirkan bahawa kafilah dakwah akan terus berjalan, maka mampukah saya untuk mengejar setelah berhenti merehatkan tubuh nanti?
adakala saya ditebak rasa hairan apabila memandang wajah muwajih-muwajih soleh-solehah, tidak kira sama ada yang muda ataupun yang tidak lagi muda. saya hairan dengan cerianya wajah mereka, cerah dan manisnya senyum mereka walaupun ketika itu telah seharian mereka mengisi di acara tarbawi hingga adakala santak ke dini. datang dari kejauhan, memandu beratus-ratus batu dengan kenderaan yang bukannya mewah dan baru pun... wajah-wajah initidak pernah gagal membuat hati saya menutur doa, moga kudratnya yang terperah dilantak dakwah itu akan menjadi saksi buatnya di akhirat bahawa dia telahpun berusaha meninggikan Kalimah Toyyibah. Juga di hati saya sering berharap agar diberi Allah aura kekuatan yang sama seperti mereka, agar hati ini tidak lagi rindu pada teduhan-teduhan RnR di jalan dakwah...
memikirkan dakwah dan keluarga dakwah yang saya tumpangi ini, memikirkan ummah yang menjadi impian Umar r.a. unutk dibina bagi meninggikan Kalimah Allah, memikirkan pejuang-pejuang yang renta tubuh dan jiwa dilantak dakwah, memikirkan semuanya ini... kadangkala saya menjadi sayu sendiri. pada muwajjih dan para murobbi, pada adik2, pada para ibu dan ayah di dalam dakwah... betapa banyak lagi yang perlu dilakukan dan betapa jauhnya perjalanan ini... betapa besar tadhiyah yang ditagih bersama al bazlu... namun di sana kita harus sentiasa sedar dan yakin dengan sepenuh iman bahawa bagi orang yang telah mengusahakan sehabis daya upaya kudratnya, pasti akan dibantu Allah..
saya teringat sebuah cerita yang begitu meruntun ihsan di hati, yang dikongsikan oleh salah seorang sheikhuna yang kami hormati. Kisah ini kisah sekumpulan ikhwah yang berkumpul pada suatu malam katibah. Diceritakan bahawa mereka berkumpul di rumah salah seorang akh yang telah menikah sekian lama namun belum dikurniai cahayamata penyambung zuriat.
Petang itu seperti biasa, sebaik pulang dari kerja serta dalam keadaan berpuasa sunat, ahli katibah akan terus bertamu di rumah yang dijanjikan. tuan rumah pula sibuklah memasak makanan untuk para ahli katibah berbuka puasa. ketika tuan rumah suami isteri seibuk memasak dan setelah cukup semua ahlinya, mereka pun bersila membentuk halaqah dan memulakan bacaan ma'thurat bagi mengisi waktu sebelum berbuka. sebelum ma'thurat mula dibaca, amir katibah memberi sedikit tazkirah tentang ukhuwah fillah, lalu menyeru seluruh ahli katibah agar memberikan doa yang paling tulus buat si tuan rumah suami isteri agar dikurniai zuriat bagi menyambung generasi du'at.
dalam keadaan berpuasa, dan tanpa diketahui sang sabahat al akh yang dicintai itu, setiap mereka memulakan ma'thurat setulus hati dan menyambung ma'thurat dengan doa masing-masing... seusai berdoa, makanan pun siap dimasak dan waktu berbuka sampai. maka berdoalah lagi mereka sebelum berbuka dan makanlah mereka dengan ceria pada malam itu. setelah itu program katibah diteruskan seperti biasa, dan malam itu bereka semua bertahajjud membangunkan malam dengan zikir-zikir dan doa yang tulus... keesokan pagi kembalilah semua ke tempat masing-masing bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.
setelah sebulan berlalu, kemudian mereka kembali bertamu di rumah al akh untuk menghidupkan malam katibah bagi bulan berikutnya. petang itu mereka disambut dengan pelukan dan laungan-laungan gembira sesama mereka, kerana al akh yang mereka doakan secara rahsia bulan lalu telah mendapat berita bahawa isterinya yang tidak dapat mengandung selama bertahun2 berkahwin telah hamil beberapa minggu!!!! maka semua ahli katibah mengucap tahnia dan semuanya menangis bercucuran air mata!
kata salah seorang dari mereka; 'kami tidak menangis melainkan kerana dua sebab. pertama, kami tumpang gembira kerana al akh yang kami cintai ini tidak akan memiliki rumah yang sunyi lagi kerana akan memiliki anak penyeri hidup tidak lama lagi. Kedua, yang menyebabkan hati kami sangat tersentuh dan menangis berucucuran air mata kegembiraan, ialah bahawa Allah telah memandang kami dan katibah kami!!!"
Allahu akbar. "Allah telah memandang kami dan katibah kami." Allahu akbar.
petang itu, ketika sheikhuna menceritakan kisah itu, serasa ada elektrik yang mengalir ke dalam jantung saya. betapa kuatnya ukhuwah fillah katibah itu, sehingga mereka layak dipandang Allah dan doa mereka didengar Allah dan cinta mereka disahut Allah! Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
dan saya amat tersentuh dengan kata-kata seorang ukhti; bahawa apabila dia menjenguk ke dalam halawah-halaqah usrah, mulai mencintai ahlinya, mulai bertakaful tafahum dengan ahli katibahnya, dia mula merasakan bahawa antara dirinya dan ahli langit sudah mulai punya 'sambungan'. suatu sambungan yang bermula dengan iman di hati. allahu akbar... betapa sambungan inilah yang akan meraih pandangan Allah kepada wajah-wajah yang memohon dan merindui pertemuan dengan=Nya...

Monday, March 07, 2011
Tarbiyah Bermula Dengan Percaya
Pagi tadi saya berpeluang menyinggah sepintas lalu ke lelaman facebook beberapa akhawat yang dekat dengan hati saya. Memang menjadi tabiat saya menyemak updates mereka sekali sekala. Dan memang menjadi tabiat saya juga untuk segera memangkah lelaman facebook ini sebaik sahaja habis urusan dan membaca updates serba sedikit, kerana saya tahu bahawa saya pasti akan berleha-leha kesana-kemari jika tidak memaksa diri untuk memangkahnya! Betapa banyak usia muda saya di tanah peti sejuk sana sudah saya bazirkan ketika jahiliah, tak mahu saya kembali membazir masa lagi melepak tanpa arah di internet sekarang. Kata orang tua-tua; "al wajibaat aktharu minal awqaat - sesungguhnya kewajiban lebih banyak dari waktu yang ada!".
Ouh, sambung cerita. Pagi tadi saya terbaca sebaris kata yang sangat catchy, tertera di lelaman salah seorang sahabat baik saya dalam dakwah dan kehidupan. Ia tertulis;
"CINTA takkan hadir sebelum PERCAYA."
Serahkan Hatimu..
Saya berjeda sebentar memikirkan ayat pendek itu. Betapa benar kata-kata ini. Cinta takkan hadir sebelum percaya. Sebagaimana cinta Allah takkan hadir sebelum percaya pada-Nya. Sebagaimana cinta kepada Rasulullah takkan hadir sebelum benar-benar mengimani kebenarannya. Sebagaimana cinta antara suami-isteri juga takkan hadir tanpa percaya mendahului rasa cinta. Betapa benar! Namun di balik semua kata-kata indah itu ada suatu perkara yang membuat hati saya gulana. Berdebar hati saya memikirkan betapa cinta dan percaya takkan pernah mungkir kepada sesamanya.
Cinta dan percaya seorang mutarabbi kepada murobbinya bukanlah suatu yang dipaksa, malah ia adalah rasa semulajadi yang hadir setelah suatu proses. Teringat kata-kata seorang akh ketika bertazkirah beberapa hari lepas, "kadang kita sebagai anak usrah ni tak perlu tunggu murobbi justify dengan reasons dulu untuk buat sesuatu yang dimintanya. Sebab boleh jadi jika kita tak percaya kepadanya, kita melambatkan gerak kerja dakwah," demikian tutur al akh itu dengan hati-hati. Serentak, serasa suatu renjatan elektrik mengalir deras ke jantung saya. Betapa banyak reasons yang pernah saya pinta, dan kadangkala betapa banyak saya sendiri perlu memberi kepada sang mutarabbi!
Semuanya Atas Dasar Percaya
Antara kita dan murobbi merupakan suatu hubungan atas dasar percaya. Suatu hubungan yang akan membenihkan cinta. Kerana apa? Kerana Murobbi adalah pemimpin, yang memulakan pimpinannya sedari unit-unit terkecil dalam binaan Islam- unit usrah. Di dalamnya kita berkenal-kenal, bermanja-manja, saling bersusah-senang, saling marah dan sayang, dan macam-macam lagilah. Di dalamnya kita mengenal murobbi sebagai bonda, yang menumpahkan perhatiannya dari atma paling dasar di hatinya. Mendidik, menyantuni, membentuk dan segala macam perbuatan yang menyenangkan hati. Tetapi jangan kita lupakan, seorang murobbi juga bertanggungjawab menegur, membetulkan, mengingatkan, dan apa saja yang jika tidak disertai rasa percaya kita sebagai mutarobbi, pasti akan membenihkan kehancuran ukhuwah. bayangkan betapa besar luka yang diukir apabila murobbi membuat teguran kepada sang mutarobbi yang tak bersedia menyerahkan hatinya.
Percayalah, semuanya atas dasar percaya. Murobbi membina diri mutarobbinya atas dasar percayakan bahawa sang mutarobbi telah menyerahkan hati untuk dibentuk. Mutarobbi pula menerima asuhan atas dasar mempercayai sang murobbi sebagai pendidik hati. Parah sekali apabila sang murobbi dan mutarobbinya saling sama kehilangan rasa percaya ini. Apalah erti menghadiri halaqah bertahun-tahun namun hatinya tidak langsung tertaut pada jambangan kepercayaan ini? Alangkah membazirnya usia kita, bila kita hadir ke halaqah-halaqah usrah sekadar untuk melepaskan rasa tanggungjawab semata.
Saudara teman dakwahku yang kucintai,
Ayuh kita semak semula, berapa banyakkah kita jumpa, ziarah atau paling tidakpun telefon atau sms murobbi kita sepanjang tempoh di luar usrah, berkenaan perkara-perkara selain hal usrah? Berapa banyakkah usaha kita menceriakan dan menguatkan ikatan hati sesama ahli usrah sepanjang kita berada dalam usrah selama ini? Dan sejauh manakah terbukanya hati kita untuk mencari, menelefon, menziarah, mabit, makan, masak, etc dengan sang murobbi? Mungkinkah sebenarnya kita membiarkan hati untuk mulai hilang percaya terhadap sang murobbi sedikit demi sedikit?
Kadangkala ia bermula dengan fikiran "ah, dia tentu sibuk untuk menjawab panggilanku", sedangkan tika itu mungkin sebenarnya ingatan sang murobbi sedang sibuk mengingatmu sambil menuliskan rencana halaqah untuk usrahmu. Seterusnya mungkin ia diteruskan dengan rasa"alahai, murobbi aku ni bukan peduli pun pada aku," sedangkan mungkin ketika itu sang murobbi sedang bicara dengan sahabatmu perihal kamu, tentang betapa gusarnya hati memikirkan hak tarbiyahmu.. Mungkin ada ketika kamu telah berfikir "ah, dia tu tak ada hak nak menilai aku." Namun tahukah kamu jika sang murobbi tidak diberikan hak untuk menilai kamu, lalu apalah gunanya tarbiyah? Bagaimana hendak kamu tahu sejauh mana tarbiyah telah memimpin kamu bila mana usrah dan baramij tarbawi semuanya dibuat sekadar mengisi masa dengan aktiviti, malah tak lebih dari itu... Jika sekadar ingin mengisi masa, apalah perlunya usrah? Mengapa payah mengalirkan sangkaan baik untuk dia yang mendidikmu?
Akan Kembali..
Bagi saya, adalah menjadi suatu perkara yang amat disyukuri apabila hati kita disentuh Allah untuk memberi kepercayaan kepada sang murobbi mendidik, menegur, menilai dan membina hati kita. Walau mungkin murobbi yang dikurniakan Allah untukmu bukanlah segah seorang ustaz atau sheikh, namun percayalah bahawa murobbi ialah suatu kurnia. Mencintai kurnia Allah yang ini memerlukan kamu untuk memulakannya dengan PERCAYA! Kerana jika kau gagal mencintainya, percayalah bahawa kau akan gagal dicintai mutarobbimu sendiri.
Thursday, March 03, 2011
Tunggu dan Berjaya? Macam tak ar.
Baru-baru ini saya diuji dengan ujian 'menunggu'. Ujian begini buat saya nanar dan resah akibat ternanti-nanti. Bagi orang yang belum, malah masih jauh lagi dari mencapai tahap ketinggian sabar, ujian 'menunggu' pasti menjadi suatu yang amat meresahkan. Ketika itu, jemu benar rasanya untuk sabar menanti balasan sms dari si adik yang berjanji akan menyusun dan memberitahu hari pertemuan Usrah kami. Dalam kepala saya mencongak, "eh, kalau jumpa adik hari esok, bagaimana dengan temujanji bersama Bunda? Kalau bertemu dengan Bunda hari ini, belum tentu Bunda free. Lusa dan jumaat ada pertemuan lain lagi. blablabla..." Saya menanti dan akhirnya saya langsung terlupa bahawa saya belum menetapkan hari untuk bertemu si adik. Maka pada pertengahan minggu barulah saya menanya kembali, yang mana sudahnya kami langsung tak dapat bertemu. Kerana kelewatan membuat janji, kekosongan waktu saya minggu itu langsung tidak bertembung dengan kekosongan waktunya.
Saya memang kurang sabar. Sebab selalu terjadi, bila saya cuba menunggu, hasilnya mengecewakan. Adakala saya lebih rela menghabiskan petrol dengan memandu untuk melihat-lihat, daripada duduk atau berdiri terpacak di restoran berjam-jam menanti orang tanpa berbuat apa-apa. Bagi saya, lebih baik saya mengisi masa saya dengan sesuatu yang lain, dari berusaha 'membunuh' masa itu. Saya kira mungkin ramai yang seperti saya di luar sana. =)
Tunggu dan Tangga Dakwah

'Ala kulli haalin, bicara tentang 'tunggu' sering membawa imbauan saya kepada suatu kisah. Saya masih teringat pada suatu ketika, seorang Ukhti yang merupakan sahabat baik saya dalam dakwah dan kehidupan meluah kepada saya tentang masalah yang memberatkan dakwahnya. Dek kerana masalah 'menunggu', dia jadi sukar ingin mengalih fasa hidupnya kepada fasa kedua dalam meninggikan Islam, iaitu Baitud Dakwah.
"Sis, ana penatlah nak tunggu saudara-saudara kita yg hebat berdakwah," adu beliau kepada saya suatu hari, ketika saya menjemput beliau untuk ke Daurah.
"Apa yang menyebabkan anti tak mahu menanti?" saya menyoal, sekadar berbahasa basi. Padahal saya tahu benar jawapannya. Umurnya dah semakin banyak, tetapi masih belum ditemukan dengan ikhwah yang sesuai. Yang datang semuanya calon dengan 'spesifikasi' yang bukan-bukan. Pendek kata yang tidak sekufu dengan beliau dari sudut kecerdasan minda dan fikrah islam/dakwahnya.
"Ummi ana ada kenalkan dengan seorang ustaz, saudara ummi juga," dia memulakan cerita. Saya hanya meneruskan pemanduan dengan kadar perlahan. Sengaja ingin mendengar ceritanya lebih panjang lagi.
"Hah, ok lah tu. Dah tak bleh tunggu, jalan jela," saya menyucuk sambil ketawa kecil.
"Ala... tapi dia workaholic la. Setiap petang sampai malam dia pergi berniaga apam balik dan cendol di depan bank. Hujung minggu pula membantu pakciknya di kolam ikan keli," Ukhti tersebut menguntum senyum. Mungkin terusik hati membayangkan si suami sedang menjual cendol, sedangkan dia sibuk berusrah dan berdakwah. Sepertinya dua dunia berbeza.
"Anti ajaklah dia berdakwah, ikut usrah. Kan dia tu ustaz," saya menyucuk lagi.
"Dah... Dia terang-terang cakap dia tak minat. Dia kata dakwahnya adalah dalam jihad ekonomi. Meninggikan status kehidupan orang Islam. Dah mengaji agama sampai dapat ijazah dari negara Arab lagi, tentulah dia dah cukup ilmunya. Ana berat hati lah nak terima ustaz workaholic ni," aduh, tajam juga kata-kata ukhti ini.
"Tak hensem kot, itu pasal anti berat hati... Tak ada rupa ustaz ke? Anti kan macam ustazah, sekufu lah jika dia tu ustaz yg rupanya macam ustaz," saya bergurau.
"Ana tak kisah rupa dia, tapi ana takut dia pula tak setuju ana sibukkan diri dengan dakwah. Tapi ummi pula sangat takut ana tak kahwin!"
Perbualan selebihnya berkisar tentang menimbangkan buruk-baiknya jika dia menerima pilihan umminya itu. Dan bicara kami terhenti sebegitu sahaja sebaik tiba di tempat Daurah. Namun diam-diam hati saya berbicara sendirian. Terkenang pesan seorang murobbi 'cinta'; "masa depan antum adalah cita-cita antum. antumlah yang layak menentukan cita-cita antum, yang akan menjadi masa depan antuk bila antum berjihad meraihnya".
Sendiri... akan tibakah yang dinanti?
Saya semakin faham kini. Faham, bahawa kitalah sendiri yang menentukan masa depan kita. Memang, Allah Maha Berkuasa memberi dan membuat ketentuan, namun Dia tak akan mungkir dari sunnahnya dan janji bahawa segala azam pastikan akan dizahirkan. Bukankah hadith pertama dalam kumpulan 40 hadith yang paling utama pilihan Imam Nawawi adalah berkenaan niat atau bahasa lainnya azam? Niat itu cita-cita. Niat itu azam. Niat itu ialah haluan. Haluan apa yang hati kita pilih, dalam menjalani hidup ini.
Bagi yang memilih untuk menginfakkan jiwa ke jalan Allah, pasti mahar yang ditagih amat tinggi. Maka berazamlah dan pilihlah sebaiknya. Tunggu atau tidak, bukan lagi soalnya. Sucikanlah niat dan azammu, sesungguhnya bukanlah kita ini sekadar menunggu untuk disunting ke taman suri seorang pendakwah atau pemburu mardhatillah, namun kita ini sebenarnya menanti untuk disunting Allah memasuki Jannah. Dan kita tahu bahawa jalannya adalah dengan mengusahakan agar Islam mendaki Ustaziatul Alam kembali, iaitu ketika manusia masuk berbondong-bondong ke dalam Dien Allah ini lalu memberi kita pahala yang tiada putus-putusnya.
Kesimpulannya, formula bagi masalah ini amat mudah. Pilihlah pilihan yang akan membawa kepada mardhatillah. Yang mana satu? Itu bergantung kepada cita-citamu! Mungkin pilihan tersebut akan membuat kita menunggu pada suatu aspek, namun kita masih punyai selautan tanggungjawab yang tak mampu kita lewatkan lagi dengan hanya menunggu! Segala tanggungjawab itu memerlukan kita untuk bergerak, dan bukan menunggu!

Subscribe to:
Posts (Atom)