Sunday, March 20, 2011

Allah Telah Melihat Kami

sungguh benar sekali sabda nabi, bahawa pada tubuh ada hak yang perlu ditunaikan. berkejar ke sana kemari bagi menghadiri program, atau kadangkala membantu mengisi atau sekadar menyebok di acara-acara tarbiyah adik-adik kadangkala membuat tubuh menagih sedikit rehat. namun tika itu rasa bersalah pasti akan bersegera buru-buru menghurung hari kerana memikirkan bahawa kafilah dakwah akan terus berjalan, maka mampukah saya untuk mengejar setelah berhenti merehatkan tubuh nanti?

adakala saya ditebak rasa hairan apabila memandang wajah muwajih-muwajih soleh-solehah, tidak kira sama ada yang muda ataupun yang tidak lagi muda. saya hairan dengan cerianya wajah mereka, cerah dan manisnya senyum mereka walaupun ketika itu telah seharian mereka mengisi di acara tarbawi hingga adakala santak ke dini. datang dari kejauhan, memandu beratus-ratus batu dengan kenderaan yang bukannya mewah dan baru pun... wajah-wajah initidak pernah gagal membuat hati saya menutur doa, moga kudratnya yang terperah dilantak dakwah itu akan menjadi saksi buatnya di akhirat bahawa dia telahpun berusaha meninggikan Kalimah Toyyibah. Juga di hati saya sering berharap agar diberi Allah aura kekuatan yang sama seperti mereka, agar hati ini tidak lagi rindu pada teduhan-teduhan RnR di jalan dakwah...

memikirkan dakwah dan keluarga dakwah yang saya tumpangi ini, memikirkan ummah yang menjadi impian Umar r.a. unutk dibina bagi meninggikan Kalimah Allah, memikirkan pejuang-pejuang yang renta tubuh dan jiwa dilantak dakwah, memikirkan semuanya ini... kadangkala saya menjadi sayu sendiri. pada muwajjih dan para murobbi, pada adik2, pada para ibu dan ayah di dalam dakwah... betapa banyak lagi yang perlu dilakukan dan betapa jauhnya perjalanan ini... betapa besar tadhiyah yang ditagih bersama al bazlu... namun di sana kita harus sentiasa sedar dan yakin dengan sepenuh iman bahawa bagi orang yang telah mengusahakan sehabis daya upaya kudratnya, pasti akan dibantu Allah..

saya teringat sebuah cerita yang begitu meruntun ihsan di hati, yang dikongsikan oleh salah seorang sheikhuna yang kami hormati. Kisah ini kisah sekumpulan ikhwah yang berkumpul pada suatu malam katibah. Diceritakan bahawa mereka berkumpul di rumah salah seorang akh yang telah menikah sekian lama namun belum dikurniai cahayamata penyambung zuriat.

Petang itu seperti biasa, sebaik pulang dari kerja serta dalam keadaan berpuasa sunat, ahli katibah akan terus bertamu di rumah yang dijanjikan. tuan rumah pula sibuklah memasak makanan untuk para ahli katibah berbuka puasa. ketika tuan rumah suami isteri seibuk memasak dan setelah cukup semua ahlinya, mereka pun bersila membentuk halaqah dan memulakan bacaan ma'thurat bagi mengisi waktu sebelum berbuka. sebelum ma'thurat mula dibaca, amir katibah memberi sedikit tazkirah tentang ukhuwah fillah, lalu menyeru seluruh ahli katibah agar memberikan doa yang paling tulus buat si tuan rumah suami isteri agar dikurniai zuriat bagi menyambung generasi du'at.

dalam keadaan berpuasa, dan tanpa diketahui sang sabahat al akh yang dicintai itu, setiap mereka memulakan ma'thurat setulus hati dan menyambung ma'thurat dengan doa masing-masing... seusai berdoa, makanan pun siap dimasak dan waktu berbuka sampai. maka berdoalah lagi mereka sebelum berbuka dan makanlah mereka dengan ceria pada malam itu. setelah itu program katibah diteruskan seperti biasa, dan malam itu bereka semua bertahajjud membangunkan malam dengan zikir-zikir dan doa yang tulus... keesokan pagi kembalilah semua ke tempat masing-masing bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.

setelah sebulan berlalu, kemudian mereka kembali bertamu di rumah al akh untuk menghidupkan malam katibah bagi bulan berikutnya. petang itu mereka disambut dengan pelukan dan laungan-laungan gembira sesama mereka, kerana al akh yang mereka doakan secara rahsia bulan lalu telah mendapat berita bahawa isterinya yang tidak dapat mengandung selama bertahun2 berkahwin telah hamil beberapa minggu!!!! maka semua ahli katibah mengucap tahnia dan semuanya menangis bercucuran air mata!

kata salah seorang dari mereka; 'kami tidak menangis melainkan kerana dua sebab. pertama, kami tumpang gembira kerana al akh yang kami cintai ini tidak akan memiliki rumah yang sunyi lagi kerana akan memiliki anak penyeri hidup tidak lama lagi. Kedua, yang menyebabkan hati kami sangat tersentuh dan menangis berucucuran air mata kegembiraan, ialah bahawa Allah telah memandang kami dan katibah kami!!!"

Allahu akbar. "Allah telah memandang kami dan katibah kami." Allahu akbar.

petang itu, ketika sheikhuna menceritakan kisah itu, serasa ada elektrik yang mengalir ke dalam jantung saya. betapa kuatnya ukhuwah fillah katibah itu, sehingga mereka layak dipandang Allah dan doa mereka didengar Allah dan cinta mereka disahut Allah! Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.

dan saya amat tersentuh dengan kata-kata seorang ukhti; bahawa apabila dia menjenguk ke dalam halawah-halaqah usrah, mulai mencintai ahlinya, mulai bertakaful tafahum dengan ahli katibahnya, dia mula merasakan bahawa antara dirinya dan ahli langit sudah mulai punya 'sambungan'. suatu sambungan yang bermula dengan iman di hati. allahu akbar... betapa sambungan inilah yang akan meraih pandangan Allah kepada wajah-wajah yang memohon dan merindui pertemuan dengan=Nya...

5 comments:

@LeenShamsh said...

Allahuakbar meremang roma!

p/s: kak sopi mintak tengok artikel ni http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6361:fatwa-ulama-masa-kini-terhadap-gerakkan-ikhwanul-muslimin&catid=56:idea

tumun said...

best nye kak..huuu mampukah kita mencapai keinggian sperti itu di sisi Allah?? huu

azna.ahmad said...

salam kak,
mohon share ye?

^_^
Azna-ali

fieqa said...

k sofiiii, minta izin share kt muharikah.com ok?

jzkk ukhtieeee.

rindu laaaa nk jmpeeee.

Sufi is me said...

Salam
Ambil je, utk manfaat sesape..
Maybe lbh bermanfaat jika diletbak di situ..