Friday, January 04, 2008

Cengkareng

Baru membaca pesanan seorang sahibah di Grogol. Sudah pandai 'lasso-lasso' sekarang. Hehe. Mabruk, sisters. Rindu benar pada kamu. =) [Owh, masih kuhafal dialog dengan supir taksi itu; "ke Grogol ya pak, lewat Tomang. Di Rumah Sakit Sumber Waras."]

Teringat kali pertama menjejak kaki ke Jakarta. Bagai dalam mimpi, Allah menghantarkan ke Jakarta. Segalanya dipermudah, dan musafir kali itu barangkali yang paling terkesan di hati. Masih diingat, sememangnya memasang niyat mencari iman di Jakarta. Kenapa? Kerana semua amal harus beserta niyat, remember? Jika sahabat yang ditarbiyah nabi bermusafir untuk hijrah demi menyelamatkan iman, mengapa tidak diambil semangat itu? Jadi, diri ini meniyatkan permusafiran kali itu adalah untuk mengumpul cebis-cebis iman yang terasa meruntuh.

Semasa ke sana, semua pengalaman yang dilalui terasa 'authentic'. Takkan mungkin terdapat di mana-mana. Bermula dari saat pertama menjejak kaki di *Bandara di Cengkareng, hinggalah pulang semula ke Bandara di Cengkareng, semuanya auhtentic.

Makan malam pertama kami di sana adalah di Kebon Sireh, gerai tepian jalan. Kami dihidangkan nasi goreng kambing! Masha-Allah, sangat sedap. Sambil makan, ada sekumpulan anak-anak kecil yang barangkali berusia 8-10 tahun datang menyanyikan lagu rakyat indonesia. Antara baitnya "Malingan besar-besar dilepaskan, orang-orang miskin dihukum". Authentic kan?

Selain tu, pengalaman yang lebih best apabila menginap di rumah sahabat2 di jakarta. Masha-Allah, suatu pengalaman yang di luar pemikiran kami. Tak tahulah apa perasaan waktu tu, tapi pastinya mereka adalah orang hebat, bermujahadah menempuh hidup di kota sesak jakarta! Keadaan rumah mereka sangat baik, tetapi suasana kawasan sekeliling begitu menuntut untuk mereka menjadi manusia yang punyai azam dan kekuatan mental yang tinggi. Hinggakan terlahir rasa kagum terhadap mereka kerana mampu terus di sana. Kepada adik-adik, moga Allah terus beri kekuatan kepada kamu.

Sekembalinya dari Jakarta, memang begitu kuat terasa perlu untuk menjaga iman agar tidak roboh. Pengalaman yang terlalu pelbagai yang ditempuh pastinya menjadi pembakar semangat mujahadah mengentalkan iman. Bila pulang, terasa diri seperti 'orang baru'. Hmm rindunya jakarta. Ada banyak cerita, tapi tak sempat nak tulis lagi. Nantilah sambung. Tinggal dulu ya. Kepada Jakarta, kangan ama kamu!

*Bandara-bandar udara/lapangan terbang

Thursday, January 03, 2008

Unfamiliarity.

Alhamdulillah, segalanya dipermudah Allah. The unknown is now solved. I have a new mission now, nak dakwahkan orang asli! Mujur tak perlu berkokok atau berkayak dahulu, cuma memandu batmobile ayahanda selama 20 minit jek.

Its a small school, rather rural. Tak sangka ada orang Asli. Everything and everyone seemed nice; oh provided that it's my first impression. Tak tahulah second, third, fourth impression camana ;P. Alhamdulillah, I hope my life getting more cheerful inshaAllah. Gloomy days, go away!

Have been reading a few 'soul-building' books lately. One of them is Tazkiyatunnafs, latest version. It gathers three famous scholars' view; Al Ghazali, Ibnul Qayyim and Al Qalbi [pardon me if I get the third name wrong, buku tu pd sorang adik sekarang]. Anyway, just to share: The first thing they discuss is niyyat. Mana-mana buku yang bercakap fasal iman mesti akan letak perbahasan niyat sebagai tajuk pertama.

Terfikir sendiri, semua yang berlaku dalam kita bukanlah dipinta atau kita yang mengaturnya. Tiada apa yang mampu mengubah perancangan Allah, walau kita mampu merancang perancangan kita. Walau apapun yang kita rancangkan, perancangan Allah pasti yang lebih aula. Jadi, haruslah perbetul niyat, mengapa ada di sini. Sentiasa perlu ada tekad untuk melaksanakan tugas sebagai 'abid dan khalifah Allah. Walau di mana jua anda berada. =)

Perkara kecil, jika dibuat kerana niyat yang besar, akan jadi besar. Begitulah sebaliknya, perkara besar, jika dibuat dengan niyat yang kecil, pasti akan jadi kecil pada pandangan Allah. Jadi, ingatan buat diri; jangan kamu lupa mengapa kamu di sini. Keberadaan ini bukan suatu kebetulan, tetapi kamu ini salah satu dari mata rantai yang panjang! Melengkapkan plot-plot yang disusun Allah buat kamu.

I am positive about the good things waiting around the corner. Kate seorang adik; hikmah memang kita tak nampak, sebab dia berada di selekoh. Sebelum bertemu hikmah, perlu mujahadah melepasi selekoh berbahaya dulu.

Apapun, kepada yang setia menyokong dari kejauhan, jazakumullah khair. Kita akan bersama menempuh segalanya, walau medan kita kini berbeza. =) Sahabat seperti kamu yang diperlukan, saat terasa macam orang buangan. Stepping into unfamiliarity.

Saturday, December 29, 2007

translation Ma Li Rabbun Siwah

(Tiada Bagiku Tuhan SelainNya)

Tiada bagiku tuhan selainNya
Pengampun Penghapus dosa
Tiada bagiku tuhan selainNya
Cahaya Penyuluh hati

Ya Allah hambaMu yg banyak dosa
tambahkanlah pengahmpiran
dariMu dan kepadaMu penghampiranku

Ya Allah jagan Kau putuskan rahmatMu
jangan biarkan aku selamanya dalam keresahan
Wahai Pengasih Wahai Penyayang


Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui
Ya Allah Engkau Maha Tinggi, Maha Menentu, Maha Agung
Ya Allah Engkau Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui

Tiada bagiku tuhan selainNya
Tuhan Mendengar Rintihan syahdu
Wahai yang mengampuni aku pada segala dosaku
Dialah yang Maha Santun lagi Mengasihi

Ya Allah kasihanilah pada kecelaanku
ampunilah pada kesalahanku
Pada segala keterlampauan dan Dialah penghidayahnya
Ya Allah belas-kasihanlah pada kelemahanku dan keadaanku
Aku merasakan dosaku semakin meningkat
Maka ampunilah aku wahai Yang Maha Mulia
_____________________________________
*jazakumullah kkhair kpd yg memberi translation.

Monday, December 17, 2007

stepping into the unknown..

#1

Kau tahu? Dulu, aku pernah berangan-angan. Menjejak bumi Inggeris. Mengepal salji. berlari mengejar langit biru. Dan, aku dapat. La haula wala quwwata illa biLLah.

Dulu, aku juga pernah berangan-angan. Punyai rumah besar, kereta besar, bergaji besar. Yang ini semua aku belum dapat. Dan, mungkin aku akan dapat. Mulai 3 Januari, agaknya. Tak kisahlah. Mungkin terpaksa berkokok dahulu, merakit perahu, atau apa sajalah. Walau benarnya mungkin aku pun tak mahu, tapi apa saja mungkin bagi-Nya. La haula wala quwwata illa biLLah.

Dulu, aku masih ingat.
Aku teruja benar menjejak kaki ke 'bumi peti sejuk'.
Menghembus udara berwap.
Sejuk menggigit tulang hitam.
Mandi air panas.
Tidur dalam duvet.
Membeli-belah di kota London.
Menonton bebiri di Paignton.
Melihat kaki langit Torcross.
Menghirup udara Bath.
Wah. Amat teruja.

Sekarang, masih lagi teruja mahu ke sana. Amat.
Masih juga teruja mahukan mercu tanda dunia. Kereta, gaji, rumah.
Tapi kini punyai alasan berbeza.
Kau fikir kenapa?
Kau rasa aku akan dapatkah?

Oh, mungkin kau dah tahu. Telah kurakam berulang kali bukan? Senyumlah, tak mengapa. Mungkin yang sinis itu akan kulihat ikhlas. Kau punya sukalah nak senyum.
_______________________________________________

#2
Dulu, nenek selalu memberitahu baju birunya berwarna hijau. Dia juga gemar membundar angka. Contohnya, RM3.30 dikatanya tiga ringgit setengah. Jam 2.05 dikatanya jam dua suku. Pendek kata, membundar ikut suka. Maklumlah, nenek bukannya bersekolah. Tapi nenek sangat hebat. Kerana tanpa bersekolah pun dia boleh mengira dengan tangkasnya. Adakalanya sekolah pun gagal membuat budak pandai mengira.

Oh, itu bukan poinnya. Sebenarnya aku cuma nak kata; apa yang nenek lihat hijau itu aku namakan biru. Angka yang nenek bundarkan itu, taklah sebanyak itu. Hakikatnya nilai sebenarnya tidaklah seperti yang dikatakan.

Dengan kata lain, apa yang orang nampak begitu, pada aku tidak semestinyalah begitu. Kebenaran itu bukan pada apa yang terdengarkan, tapi pada segala yang memang dicatatkan. Walau apapun, cerita nenek sekadar contoh-contoh saja. Nenek kekal jadi wirawati dalam jiwaku. Tetapi, hanya wirawati ya, bukan sembahanku.

Hm. Dapat tak poinnya? Hehe. (aku sedang ketawa. Skeptikal dengan nasib sendiri)

____________________________
#3
'aku'

Aku.
di satu sudut
terpojok
menanti akhirnya sketsa

Tuhan.
jangan letak koma
pada rangkap itu
akhirinya dengan noktah

Izinku
bertemunya
Izinku
dalam dakapnya
selalu hangat
seperti puluhan tahun dulu

aku dan Tuhan
sentiasa ada
dalam doaku
dalam tangisku
dalam laguku
dalam senduku
dalam puisi 'aku'.

17 des
unknown.

Sunday, December 02, 2007

pagar besi

pada dua wajah pagar besi
termangu aku di satu sisi
sedang engkau terkedu di sisi ini

di situ kulihat gentayang pasrah
di sini kau lihat debuan redha
terbang, mencari tempat di wadi hati

ummat bersengkang mata
pada sepertiga malam
bertatih membongkar hikmah

tabahlah, lalu bersabar
muhasabahlah, lalu ikhtiar
kerana Allah telah berjanji meneguhkan kakimu

(tetapi
kerana adanya pagar besi
kata-kataku bergema lantang
hanya di sini)

Friday, November 16, 2007

Cinta Jakarta

Tuhan
Berikan semula
Secebis cinta
Yang kucicirkan
Di Kota Jakarta

Di sini
Terpilu aku
Menggagau tenang
Yang kutinggalkan
Di Kota Jakarta

Kau Maha Pemelihara
Maha Pengampun
Maha Pemberi
Pulangkanlah semula
Tolonglah

Di Kota mati itulah
Telah kusaksikan
Erti sebenar-benar
Satu kehidupan

Wednesday, October 31, 2007

Bintang

+Ukhti, cuba kau lihat bintang itu.
-Indah. Mengapa ada bintang di langit?
+Cuba kau teka.
-Entah? Kerana ada rahsia agung dari Yang Maha Agung, mungkin.

Senyum.

+Bintang itu ada kerana kita ada. Percaya tak?
-Kau gila.
+Kau lupa? Tuhan bercerita tentang para pelayar mencari arah dengan bintang. Ingat?
-Jadi, kau mengatakan ia dicipta untuk kegunaan para pelayar? Begitu?
+Bintang juga dijadikan pelempar syaitan. Siapa syaitan?
-Penyesat manusia. Musuh nombor utama.
+Hmm. Kemudian, cuba kau fikir, Tuhan sudah berjanji akan menggugurkan bintang-bintang bukan?
-Lalu?
+Lalu digulung seluruh alam al wujud ini, bukan?
-Jadi?
+Jadi benarlah bintang itu di situ kerana kita ada. Jadi, apabila manusia semuanya sudah tiada, maka apa gunanya lagi bintang itu di situ. Kerana itulah Allah akan gulungkan sekali semuanya.

Perbualan terhenti di situ. Mereka sama-sama menutup mata mentadaburi suara alam. Memikir kebesaran-Nya. Sungguh, itu malam paling damai dan menenangkan antara ribuan malam yang berlalu.

"Jadi benarlah. Walau seluruh dunia menyisihkanku, aku ada Allah yang sentiasa di situ untukku. Tuhan, terima kasih atas kerdipan bintang-bintang itu. Izin aku bersua dengan-Mu," desis hatinya.

Saturday, October 20, 2007

Siapekah..

Sebuah entri menyentuh hati.
Semoga bermanfaat.
[especially utk adek2ku. Huhu]
Sila klik----> Siapa?

Wednesday, October 17, 2007

Catatan Syawal

Angka di pojok kanan tetingkap komputer mempamer angka 4:03 pagi. Dan mata ini tak bisa lelap lagi. Benarnya baru saja menghantar Yuyun pulang ke seberang. Bapanya meninggal dunia dipatuk ular ketika ke sawah. Seharian dia menangis. Dia baru saja mengirim wang untuk menebus tanah sawah bapanya itu. Belum sempatpun bersua, Allah menarik hayat bapanya terlebih dahulu. Mak yang melihat pun turut menangis, mengongsikan perasaan kehilangan arwah nenek tempohari. Inilah resam dunia, yang hidup pasti akan pergi. Yang banyak pasti akan habis. Yang ada pasti menghilang.

Melihatnya berkemas-kemas, hati dicuit hiba. Teringat kenangan ketika berkemas-kemas untuk ke bumi peti sejuk lebih dua tahun yang lalu. Serasa terlalu ingin pulang ke sana. Melonjak-lonjak rasa hati mahu kembali. Aduh, bumi tarbiyah itu... bilakah lagi dapat bersua? Tuhan, hamba ini rindu dengan tarbiyah di bumi itu. Dan tarbiyahkah ini, terpaksa menguatkan kaki mengharung jahiliah yang pelbagai di tanah sendiri?

Bumi itu terlalu indah. Tarbiyahnya, malahan fizikalnya sendiri. Walau itu bumi yang belum pernah dikuasai kita, namun suburnya dengan Islam di sana-sini seolah-olah dibaja. Tanpa dipaksa, pohon toiyyibah tumbuh melata hanya dengan semaian dari Yang Esa. Hairan bukan? Pohon toiyyibah lebih subur tumbuh melata di bumi itu, berbanding di tanah kering ini. Kuasa Allah, siapakah dapat menghalang?

Hmm. Terimbas kenangan tentang bumi itu. Sekarang pasti semua pohon sedang mulai meluruhkan dedaunnya. Ah, indahnya! Dedaunan kuning bertebaran di atas rumput yang menghijau, mentari yang mulai suram, langit yang membiru tanda ceria, juga bayu yang menghembuskan angin sejuk yang mendamaikan... semuanya terlalu indah. Paling dirindu—perasaan ketika jalan-jalan petang merentas padang. Begitu indah perasaan itu, apabila dipukul angin sejuk damai, yang adakala mencengkam tulang sulbi. Cukup mendamaikan, apabila berteleku di pinggir padang merenung langit luas tanpa tiang. Ya Tuhan, Maha Suci Engkau!

Lebih dirindu, salju putih yang menyelimuti bumi. Itulah musim sejuk yang menyeronokkan. Jika makcik cleaner kami itu begitu membenci musim sejuk, bagi ana musim sejuklah musim yang paling dinanti. Katanya musim sejuk mengekang aktiviti harian, namun bagi ana musim sejuk adalah anugerah Allah bagi insan melihat ayat-ayatNya. Betapa Maha Suci Dia, berkuasa mencipta cuaca yang pelbagai. Dan paling dinantikan, tentulah PMS sebagai penutup tirai tahun Miladi di situ.

‘Idulfitri di tanah air meruntun hati merindu tanah tarbiyah. Seharusnya’Idulfitri menjadi hari para mukminin merayakan kejayaan kembali kepada fitrah Islam. Kejayaan mengekang al hawwa’ lalu kembali kepada cara hidup yang serasi dengan fitrah. Namun mungkin inilah masanya Allah menguji dengan pelbagai cubaan untuk menilai ketulenan azam para mukminin untuk kembali kepada fitrah. Dan inilah ujian paling getir. Apabila dikembalikan kepada ‘dunia lama’ yang telah ditinggalkan. Dilontar kembali kepada ‘zaman zulumat’. Maka jangan hairan mengapa hati terlalu merindui detik-detik silam di bumi tarbiyah itu...

Entahlah bagaimana menempuh tahun-tahun mendatang. Apapun, Allah juga punyai cara-Nya mentarbiyah ‘abid. Dialah tempat memohon pertolongan. Wallahu musta’an.

Tuhan. Kumohon kekuatan. Thabbit aqdamana. Thabbit qulubana. La tuzigh qulubana ba’da izhadaitana. Tolong, berikan kekuatan.