Thursday, March 27, 2008

jam tangan alba [just another day for me]

jam tangan Alba dibuka dan dilempar ke meja. selepas meletakkan beberapa buah buku kesayangannya di atas meja, zainab menghempas tubuhnya ke atas tilam. letih. serasa lenguh seluruh tubuh.

zainab menarik nafas lega, dapat meregang tubuh. empat jam memandu tanpa henti, memang meletihkan. hujan demikian lebat, konsentrasi harus tinggi. tambah pula malam kian larut, dengan keadaan trafik yang tidak begitu lancar. semuanya menuntut kesabaran dan hati-hati. mujur punyai adik yang demikian setia menemani perjalanan. jalan yang penuh likuan. dan buat peneman penghilang bosan. dan buat penghilang takut--itu sebenarnya.

semasa memandu, pelbagai perkara berlegar di fikiran. empat jam yang bisa menjadi masa muhasabah yang sangat baik. dan apa yang zainab paling tidak lupa sepanjang perjalanan, pesan ukhti khaulah bahawa doa orang musafir didengari Allah. apatah lagi di kala hujang selebat itu. raining cats and dogs. hujan anjing dan kucing. agaknya, tentu malaikat banyak kat atas tu, hantar hujan.

ada satu doa yang zainab simpan. berbelas tahun lamanya. moga doa ini dijawab tuhan. seperti mana matahari tetap bersinar selepas hujan, dia harap ada lagi sinar buatnya selepas ini. walau selepas berbelas tahun.

zainab melirik jam tangan Alba di atas meja. serta buku muhammad ahmad ar rasyid berjudul awaiq di sebelahnya. "tuhan, tolong. thabbit qulubana."

dan beberapa jam selepas itu, terbukti. mentari muncul lagi. merah saga sinarnya. tapi dia tak pasti apekah yang berbelas tahun ditunggu itu akan munculkah hari ini? atau bisa saja hari ini jadi just another day for me, fikir zainab.

No comments: