Monday, January 04, 2010

tiada

suatu hari saya kelam kabut ke tempat kerja. dek kerana terlewat beberapa minit maka hari itu semua perkara seolah jatuh bertimpa-timpa atas kepala saya. kerana lewat beberapa minit, saya tersekat dalam kesesakan jalan dengan kereta yang berderet-deret panjangnya. kerana terlewat beberapa minit itu, dompet saya ketinggalan. saya hanya tersedar semasa pulang dari kerja, apabila telah memunggah sebakul barang-barang kegunaan harian daripada rak di pasaraya. aduh. mujur ada duit sesat dalam poket. kemudian, semasa selesai membeli barang dan mengangkutnya ke kereta, baru saya sedari bahawa saya terlupa membayar tiket dan perlu berpatah balik untuk membayarnya. setelah berulang alik kesini-sana, maka saya pun memandu pulang. lalu ketika memandu pulang saya sedari tingkap kereta saya tersekat dan tidak boleh dinaikkan. dan tanpa berlengah-lengah lagi, hujan pula turun dengan lebatnya. dan hari yang serabut itu berlarutan sampai ke malam.

hari yang meletihkan pun berlalu. malam itu, saya berdiam sejenak. mungkin ada yang saya belum lunaskan sehingga Allah mengajar saya bertimpa-timpa. barangkali ada hak yang saya lewat menunaikannya. atau mungkin masih ada yang belum habis saya cukupkan. mungkin saya perlu semak semula seluruh hidup saya, agar bukan su'ul khatimah yang saya temukan saat menghembus nyawa.

Ya Al Ghoffar, ighfir zunubana..

2 comments:

everlasting said...

salam,,kak saufi,,,^_~
insyAllah ade udang balek batu yg Allah nk bg kat akak...
alhamdullilah,,akak dpt lalui dgn baik...moge dpt jumpe lg kak...salam sis jakarta~

nurmisnan said...

salam
semua ini atas kehendaknya..

insyaallah akan baik semua. salam singgah dan perkenalan