Friday, August 15, 2008

andai ku tahu...

Monday, August 04, 2008

Hedgehog

upvxcf
Tadi melihat-lihat tiket ke tanah jawa. aduh, mahalnya menggigit dompet! Sudah pula berbuat janji dengan adik comel itu. Takpe, Allah ada. Hasbunallahu wa nikmal wakeel.

Sambil-sambil tu, jengah-jengah juga iklan program sarjana. Alahai, tiba-tiba merasakan waktu yang 24 jam memang tidak mencukupi. Mulalah pesimis; bimbangkan gagalnya memberi komitmen. Takpe, hasbunallahu wa nikmal wakeel.

Teringat ketika Fatimah r.a. meminta pembantu dari kalangan tahanan perang Rasulullah... demikian baginda mengubat hati puterinya dengan ingatan-ingatan agar selalu dekat dengan Allah. Hajat keduniaan dipenuhkan dengan potongan-potongan doa dan zikrullah. Subhanallah, begitu hikmah tarbiyah Nabi kepada keluarganya.

***

Kamu pernah lihat hedgehog?

Kali pertama melihatnya adalah semasa di bumi peti sejuk. Binatang yang kecil, rather cute. Apa yang menariknya hedgehog ini?

Melihat hedgehog merupakan suatu perkara yang menkjubkan. Ia seperti tikus, cuma ia lebih comel. Barangkali saiznya sebesar penumbuk atau sedikit lebih. Ia mamalia berbulu, yang makan apa saja yang boleh ditelan.

Pada awalnya, saya langsung tiada idea haiwan apakan yang sedang berjalan kedek-kedek itu. Saya belum pernah melihatnya sebelumnya. Lama saya memerhati, haiwan comel itu langsung tidak mampu saya camkan. Lama selepas itu, setelah lama memerhati dan cuba membuat association, saya mengambil keputusan itulah dia hedgehog.

Apa yang menariknya, secara teorinya saya sudahpun punyai gambaran jelas tentang hedgehog. Sudah melihat gambarannya. Menonton kartunnya. Menyebut-nyebut namanya. Namun pada bayangan saya ianya seekor haiwan yang sebesar kucing atau memerang. Sehinggalah saya bertemu sendiri dengannya, lalu tahulah saya perkara sebenar bahawa hedgehog amat-amat comel dan menggamit perasaan! Dan bayangan serta pengetahuan saya umpama jauh tersasar dari yang sebenarnya!

Sedar atau tidak, begitulah Islam.

Kita memang biasa dengan teori dan bayangan-bayangan keperibadian yang membawa obor Islam. Namun, dek kerana jarangnya kita menemukan Islam sebenar serta manusia sebenar yang membawa Islam dalam darah dagingnya (talahum, bukan warisan); maka Islam akhirnya menjadi asing dalam hidup. Sehingga akhirnya apabila benar-benar berkenalan dengannya, maka terus terpaut hati terhadap Islam yang sebenarnya.

Mengenali manusia-manusia yang ingin mengenal Tuhannya membuatkan saya banyak berfikir. Satu-persatu bayangan kisah Rasulullah dan para sahabat bermain di kepala. Sehingga akhirnya saya merasakan watak-watak bayangan saya itu semakin menjelma di hadapan mata. Melihat wajah mereka membangkit semangat berlumba meraih peluang menjadi orang yang berbakti merealisasikan matlamat penciptaan insan...

Betapa ini anugerah Allah terhadap hambanya...
Berkenalan dengan Pakcik Hedgehog yang penuh hikmah.