Tuesday, December 30, 2008

Mahar Syurga


Tuhan
Dikirimkan maharnya ke daerah sana
Sebagai bukti saksi keramat
Lamarannya terhadap syurga
Inginnya terhadap salsabila
Mahunya terhadap kauthar
Rindunya memakai sutera hijau
Asyiknya bersanding di pelaminan
Dikelilingi pelayan-pelayan suci bermata jeli

Ya Rabb
Maharnya tak seberapa
Hanya seorang bayi mulus
Yang sebenarnya pinjaman semata
Kini dipulangkannya semula
Dengan satu ucapan belasungkawanya;
Terimalah! Terimalah!

Gema di hatinya;
Anakku, berbahagialah engkau di sana
Nantikan Abi di taman syurga
Kuhantarkan engkau dahulu
Tunggulah, doakan Abi menyusulmu!

~Epilog Palestin~
SAZ
6.32 jb

*Gambar dari Utusan Malaysia

Monday, December 15, 2008

Kembara Jakarta 2




Sudah usai enam hari ana bermukim di kota Jakarta ini. Kota ini memang kota yang sarat dengan kepulan asap, namun juga penuh mengandungi kepulan didikan dari Maha Pendidik. Enam hari banyak memberi pancaran insaf di hati, seraya menyuntik hamasah agar terus-terusan menapaki lorong-lorong ini, terus kuat membina paradigma baru dunia. Semuanya demi merubah gerhana kepada dunia islam kini. Mencari-cari manakah lagi hati yang harus diikat dengan ukhuwah dan iman, agar dapat terusku berlari bersamanya hingga akhir hayat nanti biiznillah.

Melihat segenap pelosok lorong-lorong sempit berhias longkang berlumut tegar menghitam, sambil mengerling kepada jutaan kelompok manusia gigih mengharung hari-hari demi sesuap nasi, ana kira inilah tazkirah yang paling besar. Bilamana manusia hilang punca matlamat kehidupannya, maka membesarlah mereka untuk menjadi tua dalam kepayahan memenuhi kemahuan al hawa'.

Teringat pesan seorang ustaz; hidup di luar negara hanya akan mendesak kita menjadi satu antara dua--sama ada memilih jalan kebenaran atau akan menjadi bahkan semakin larut dalam kesesatan. Itulah dia hebatnya penangan kota ini, bisa menyesatkan atau bisa juga membawa ke sisi cinta sejati Ilahi.

Sekali-sekala mengharung lautan jutaan manusia yang kebanyakannya menggalas hati yang belum hidup--semoga Allah menjauhkan kita dari keadaan mati hati-- hati ditebak rasa sayu. Tuhan, terlalu banyak tugasanku, apa mampu kuharungi segalanya dalam istiqomah, sehingga harinya aku Kau jemput ke sisi-Mu demi hirupan-hirupan salsabila dan kauthar. Merasai jamahan anggur dan bersenang-senang dengan yang bermata jeli.

Kelmarin, ana berkesempatan menjengah kota Bandung. Kota ini punyai udara yang sedikit dingin, dan hiruk pikuknya juga tidak seteruk Jakarta. Segalanya sedikit berlainan, namun ada satu yang tetap sama--mujahadah untuk meneruskan kehidupan di sini tetap perlu maksima! Pelajar di sini perlu bersesak di dalam Angkot (kependekan kepada Angkutan Kota) atau bajaj (disebut bajai) untuk sampai ke kuliah. Hidangan tengahari atau malam yang menjimatkan pula perlu dibeli dari dorongan-dorongan (read: gerai kecil yang dibuka tepian jalan, yang disorong kesana-kemari)yang belum tentu dapat dipastikan bebas pencemaran. Jalan rayanya juga kerap macet (read: jam). Masha Allah, semoga semuanya yang kutemui di sini akan terus gagah mengharungi hidup. Moga Allah memberi kebaikan yang besar melebihi sekadar butiran mutiara ilmu. InsyaAllah =)


Sesungguhnya setiap yang baik itu dari-Nya dan yang sebaliknya itu dari kelemahan diri ana sendiri.

Wednesday, December 10, 2008

Kembara Jakarta 1

Perjalanan hari ini terasa panjang. MashaAllah, terkadang merasakan Dia itu barangkali sengaja menjentik hati untuk tegar kuat memegang tawakkal kepada-Nya.

Perjalanan dimulakan jam 8.30 pagi dari rumah, dan lebih kurang jam 10.30 pagi sudahpun berada di dalam S’pore MRT menuju Changi. Semuanya berjalan lancar hinggalah tiba di kaki kaunter daftar masuk di Changi Airport. Tiket ana tak dapat dikeluarkan kerana ana gagal menunjukkan kad yang digunakan sewaktu pembayaran! Beberapa panggilan ke Jakarta dibuat, dan memang pegawai di kaunter enggan memberi izin daftar masuk walau sebenarnya masalah yang disebutkan itu memang tiada!

Perasaan yang sedikit panas akhirnya menjadi surut; bukan kerana selesainya masalah, tetapi kerana lamanya menunggu. Teringat pesan mak murobbiah lama: gelora akan tenang setelah beberapa masa, kerana masa itu adalah pegubat.

Akhirnya, ketika semua orang sudahpun selesai check in, dan ana sudahpun memuhasabah diri berjela-jela di dalam tafakur selama lebih sejam, ana mendekati kaunter dengan perasaan sepenuh tawakal dan titisan airmata di pipi. “Is there anything you can do? Please don’t say that I cannot board on the plane…” Makcik kaunterpun menyuruh proceed ke kaunter lain, dan tiba-tiba pegawai di situ tersenyum simpul meminta maaf atas prosedur yang menyusahkan itu. Ana dibenar check-in, entah kenapa. Terasa begitu dekat pemerhatian-Nya kepada hati ini, memeriksa tawakkal dan membetuli niat hati.

Dan, akhirnya di sinilah ana. Mengharung hiruk-pikuk kota ini, demi mengutip permata pahala yang berlambakan. MashaAllah. Kali kedua menjejaki bumi Jakarta ini, hati menjadi rawan semula. Menelusuri lorong-lorong sesak kota Jakarta telah tidak semena-mena meninggalkan kesan mendalam di hati. Bagai ada suatu semangat yang tak terungkapkan yang masuk kedalam hati, mengajak diri untuk membuat koreksi dan terus maju melangkah dalam dakwah dan tarbiyah ini. Kota Jakarta, bersama sesaknya ada berjuta tarbiyah dari Sang Pencipta.

Kedatangan ke kota ini buat kali kedua pastinya bukan kosong semata. Ada seribu pengharapan yang harus ditunaikan, ada sejuta doa yang telah dikirimkan. Bi iznillah, kota Jakarta ini harus kugagahi demi meneruskan langkahan larianku selama hayat di dunia fanaa' ini.

Tuesday, November 18, 2008

Sebuah Catatan

I

Menghampar doa
Mengemis cinta
Mengharap kasih-Nya

* * *

Kakinya kaku melihat kelibat wanita itu. Gamam sebentar, barangkali kagum dengannya. Barangkali juga itu memang rasa-rasa yang aneh, panahan syaitan buat seorang lelaki sepertinya. Kali pertama terpandang susuk tubuh itu, terhadir suatu rasa yang menghairankan di dalam dada. Aneh sekali; dia berjubah, berniqob, yang terlihat hanya dua matanya sahaja. Lalu kenapa begitu getar hatinya? Astaghfirullah, wal 'iyazubillah; diulang-ulangnya di dalam hati, memohon dilindungkan dari rasa-rasa yang berdosa. Manakan bisa perindu syurga mengisi hatinya dengan hiasan dunia?

* * *

"Sudah syahid?"
"Belum lagi, adikku"
"Owh, jangan balik ya. Kami tak tunggu" Balas si adik separuh hati.
Walau sebenar hatinya melonjak-lonjak ingin menatap wajah si abang selamat pulang.

* * *

Dia memikul beg galasnya menaiki perahu, ingin menyeberang ke daerah ji-had itu. Selesai duduk, dia meraba isi beg. Aduh! Mana dompet?!!

* * *

II

Dia, hatinya penuh iman. Wajahnya tidak terlihat, tetapi hatinya penuh dengan iman. Mujahid tak lagi punya masa untuk bermain-main. Maka Tuhan, jadikan untuknya Huurun Ein seperti itu, sepertimana Umar mahukan Huurun Einnya yang tersendiri.

Monday, November 03, 2008

Fi Laylati Minal Layali

(Pada satu dari malam-malamku)
terjemahan nasheed by muhammad husayyan;

Di suatu malam dari malam-malamku
Aku tidak tahu apa yang menimpa diriku wahai tuhan
Kegelapan memenuhi diriku wahai Tuhan


Bumi dan Langit dirasakan sempit
Dan hatiku tidak menjumpai cahaya
Dan air mataku sentiasa mengalir wahai Tuhanku

Aku ingkar dan dosa-dosa besar
Dan sesungguhnya aku dalam kesedihan yang amat
Dibelenggu oleh dosa-dosa, wahai Tuhan

Dan adakah layak keampunan buat orang yang berdosa?
Orang yang sentiasa dalam noda, Wahai Tuhan

Engkau yang menjadikanku
Mengasihiku dan mengurniakanku rezeki
Wahai Tuhan, Engkau selalu bersama-samaku
Tetapi aku jauh daripadaMu
Dan aku berjalan pada jalanku Ya Allah

Dan pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
Daripada kegelapan di belakang batasan-batasan agama
Dan hatiku kecewa dan jalanku bingung
Dan aku telah tenggelam tetapi aku tidak menyedari
Tiada penyelamat bagiku melainkan Engkau
Tiada penyelamat dan tiada penyelamat melainkan Engkau
Wahai Tuhanku.. Wahai Tuhanku…

Friday, October 24, 2008

pasungan


"Assalamu'alaikum.
Salam dari Praguie.

Moga antum terus segar dan mekar iman

Dan yakin kepada apa yang antum pilih dan pegang."


Dia terduduk memerhati baris itu. Lebih seminggu berjauh dengan dunia dek dikurung dalam penjara tugasan seorang penjawad awan, dia terdiam membaca tulisan yang tertera pada bingkisan dari seberang itu. Sesak dadanya diserbu sejuta rasa bersalah. Hiruk pikuk dunia telah benar-benar menghayun pedang pembunuhnya. Hampir saja terpenggal lehernya. Nyaris-nyaris terputus kakinya untuk melangkah terus.


Minggu lepas dia gusar. Beras dalam gantang sudah hampir kekeringan. Ikan masin juga kehabisan. Garam yang sepuluh sen dua pun belum tentu dia bisa beli. "Ahh, kacau jika begini. Apa ingin kuhidang dipinggan ibuku?" Desis hatinya, gundah. Lantas dia terus leka tekun bekerja, demi memastikan gantang berasnya berisi, kendinya terpenuhi, belanganya berlauk kembali.


Siapa tahu, rezeki itu memang Allahlah yang mencukupkan. Bukan bayaran tugas penjawad awan yang mencukupkan makannya. Bukan maharani yang menyuapkan nasi ke mulutnya. Tetapi Sang Pencipta Alam Semestalah yang melakukannya. Tiba-tiba Sang Pencipta menghantarkannya lima gantang beras entah dari mana, setempayan pekasam juga tidak diketahui mana asalnya. Celik saja mata, ada. Allah... Apakah semuanya ini...


Segalanya sampai kepintu rumahnya serentak dengan kiriman dari Praguie. Tuhan, tazkirah apakah ini, mengembalikan dia kealam nyata. Setelah dibuang kucingnya, kini tahulah dia bahawa seharusnya dia gagah meninggalkan rumah. Kerana pasti bahawa pinggan ibunya itu Allahlah yang mengisi!


Tidaklah ada apa yang perlu dirisaukan, kerna cukuplah Allah bagi yang mengetahui.

Saturday, October 18, 2008

mesti jadi orang sembahyang

macam-macam perkara berubah. lain yang dirancang, lain pula jadi akhirnya. semestinya, apa yang kita mahukan kadangkala bukan yang terbaik buat kita. dan alhamdulillah, apa yang berlaku dalam hidup ini adalah yang terbaik. cumanya, terkadang permintaan kita akan tertunai dalam bentuk yang berbeda, namun itulah yang terbaik buat kita.

sering, kita merasakan Tuhan masih belum mendengar pinta kita, walhal doa itu telahpun berkali-kali tertunai melalui perkara-perkara terbaik yang berbeda dari apa yang diminta. hairan, tapi begitulah Dia. memberikan hanya yang baik-baik sahaja.

lebaran lepas, saya bertemu dengan pakcik yang menjadi idola saya semasa kecil. waahh kini sudahpun menjadi orang berpangkat dalam masyarakat. hebat. namun masih terpacul dari bibirnya; juang kita masih tidak selesai. itu kata beliau sebelum saya meluncur laju dalam kuda hijau.

teringat dahulu, saya begitu ingin menjejaki langkah beliau. beliau pandai. lebih penting, beliau tak tinggal sembahyang; demikian kata atok. dan acapkali, beliau akan pulang ke tanah air dari perantauan kala lebaran. saban kali bertemunya, hati saya melonjak-lonjak ingin tahu cerita dari tanah jauh. waahh.

kini, saya tidak lagi mengidolakannya. doa saya dulu telah didengari mungkin, dan sebahagian besar dari doa saya mengikuti jejaknya telah Allah tunaikan dalam bentuk yang sedikit berbeza. subhanaLLah. dan apapun pastinya saya takkan lupakan pesan atok, bahawa kita mesti jadi orang sembahyang..

dan kini, untaian doa masih lagi beralun dari hati. namun, inshaAllah, ianya kini dengan lafaz berbeza. Syukur, pelangi masih ada.

Friday, October 17, 2008

kucingku bukan kucingku

kelakuannya begitu pelik sejak saya menemuinya semula. matanya masih begitu. tubuhnya masih seperti dulu. warna bulunya masih juga begitu, cuma sedikit berkilau. tambah comel kucing ini. cuma, dia kelihatan berjauh hati dengan saya. mungkin kehilangannya yang lepas mengajarnya erti menceriakan diri dan menjalani hidup tanpa tuan yang tak mengenang budi seperti saya... heh, maaf kucing. sebab kau terpaksa kubuang dulu.

kini, saya menemuinya semula. saat rumah memang kosong, tiada penangkap tikus. tiada penghibur sunyi. tiada kucing untuk dibuli. hmm, tapi jika berkucing pun, pasti ditinggal-tinggal pergi. nyatalah, kucing memang tidak bisa lagi menjadi sebahagian rutin hidup saya.

walau adakalanya, kucing memang diperlukan saat masalah-masalah miki mause mula menyerang. jika ada kucing, adalah heronya. adakalanya pula terasa begitu sepi dan bosan tanpa seekor kucing sebagai peneman. dan semestinya keseronokan membulinya itu yang paling saya rindukan.

kini, kucing itu datang kembali. dan perangainya tidak lagi seperti dahulu. tidak lagi mesra, tidak lagi mahu mendekat. langsung. adakalanya terdetik sekelumit perasaan sesal kerana membuangnya dahulu. pasti dia sudah membenci saya kini. tapi, saya tahu, dia memang bukan untuk saya bela lagi. masa senggang saya sudahpun lenyap. takkan mungkin seekor kucing dapat saya jaga dengan baik.

saya tahu, saya harus membiar diri berputih mata melihat kucing di tangan pemiliknya yang baru. kucing, walaupun selincah mana, tetap bukan untuk saya. takkan. takkan mungkin. saya tak bisa membela kucing. saya tidak akan bisa memberinya hak yang dia perlukan. saya perlu menjauhinya. bagi saya, kucing dah mati. tiada lagi kucing dalam hidup ini. walau hati saya berdarah-darah ingin memeliharamu, tapi tak mungkin. ayah pasti marah.

saya harap kat jannah ada lagi kucing yang lebih baik dari kucing itu. masa itu, saya tahu masa lapang akan sentiasa ada untuk saya habiskan dengan bermain-main dengan kucing. Allah, saya pegang janji-Mu! tuntuni langkahku untuk mencari jannah-Mu!

Monday, October 13, 2008

severe

Don’t grieve over the vicissitudes of your existence-you cannot escape hardship. Life, for the most part, involves work and responsibilities. Happiness is a fleeting phase that comes and goes sporadically. The Prophet (bpuh) said: “This world is a prison for the believer and a paradise for the disbeliever”

Tuesday, October 07, 2008

mana-mana

alhamdulillah.

eidulfitri berlalu sudah. bersama berlalunya ramadhan yang terkandung di dalamnya berjuta kebaikan.terkandung di dalamnya sesuatu yang lebih bagus dari seribu bulan. masha Allah..

semoga dengan berlalunya eidulfitri, maka tertunailah segala hak yang ditagih. hak ahli keluarga, hak sahabat handai, dan segalanya. tibalah masa kini untuk kembali kepada komitmen sebenar masing-masing; komitmen yang pastinya berbeda mengikut lensa yang kita pakai.

bagi yang merasa dirinya bertanggungjawab untuk menyuap beberapa mulut insan sedarah-dagingnya, maka kembalilah dia kedalam dunia kerjaya. bagi yang merasa dirinya bertanggungjawab mengisi lohong-lohong yang mulai mengosong di dalam dada saudaranya, maka kembalilah dia rancak mengisinya. begitulah juga, bagi yang merasa dirinya hamba kepada hatinya, maka kembalilah dia mengikut kehendak al-hawa'.

terlalu benar, dunia ini terlalu berbeda walau kita melangkah atas bumi bulat yang sama. semuanya bergantung pada lensa apakah yang kamu pakai.

maka, jika aku merasakan lagit birumu berwarna kelabu, usah lagi memaksaku. aku harap engkau tahu, lensa mataku kini bukan yang sama dengan kamu.

Wednesday, September 10, 2008

Sayang

Perasaan sayang adalah sesuatu yang paling sukar untuk diperjelas dengan sekadar hujah dan kata-kata. Perasaan ini terlalu seni, menghuni sudut hati yang paling dalam. Perasaan ini, jika benar-benar kuat di sudut hati, akan menuntun seseorang untuk mengungkapkan dengan lidah dan menterjemah dengan perbuatan. Tidak kiralah sama ada dengan ungkapan-ungkapan terus-terang tentang perasaan sayang kepada seseorang, mahupun dengan ungkapan yang selainnya. Begitulah juga dengan perbuatan, adakalanya dizahirkan secara terang dan adakalanya terzahir secara selindung.

Perasaan ini, yang dalam bahasa Inggerisnya disebut 'affection', adakalanya jelas ketara dipertontonkan; dan adakala hanya menjadi suatu yang tersirat di dalam jiwa. Perasaan ini akan mengumpulkan dan mengikat hati dua insan dan menjadikan mereka merasai kebersamaan (read: sense of belonging).

Masih teringat, sebuah hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (rujuk RiyadhusSalihin). Satu ketika, seorang sahabat duduk-duduk di sisi nabi lantas mereka terlihat seorang pemuda berjalan berhampiran mereka. Sahabat itu kemudian menyatakan bahawa dia menyayangi pemuda itu, lantas nabi menyuruhnya pergi memberitahu.

Apa yang menarik tentang hadith tu? Maknanya, perasaan sayang itu perlu dijaga. Perlu dipupuk sesama akhwat (saudara). Perasaan sayang mungkin lahir secara alami (natural) antara kita dan ibu-bapa serta ahli keluarga sedarah-daging. Tetapi cuba kita perhatikan bagaimana kita dengan sahabat kita? Apatah lagi kepada insan yang bersusah-payah mendidik kita.

Kadangkala apa yang berlaku adalah kita sering terlupakan untuk memupuk perasaan kasih sayang kepada orang yang berjerih-perih 'mendidik' kita. Kita mungkin saja menghargai guru-guru dan pensyarah yang mengajar, tetapi sejauh manakah kita menghargai 'pendidik' kita? Jerih perih mendidik tanpa meminta walau sesen bayaran melainkan iman. Sedang di dalam surah Yasin juga Allah menceritakan tentang keperluan kita mengikuti orang yang tidak meminta bayaran...

Ithar, hubb dan ukhwah fillah, tiga perkara yang tersangat indah. Tiga perkara ini dihadiahkan HANYA kepada mukmin, tetapi bukan kepada yang tidak mukmin. Jadi, jika kita belum bersungguh berkasih-sayang kerana Allah dan rasulnya, maka haruslah kita periksa semula iman kita.

Jadi, fikirkanlah. DI MANA tahap iman kita? Di saat diberi tugasan, kita lewakan. Ketika diminta melakukan perkara-perkara, kita abaikan. Sedang pendidik tidak pernah meminta mahupun mendapat balasan-balasan berbentuk fizikal atas segalanya... Di saat Rasulullah menganjurkan kita mengucapkan kasih sayang, apakah ucapan yang terluncur dari lidah kita?

Akhawat, aku mencintaimu. Fillah. InsyaAllah.

Thursday, September 04, 2008

akan pastikah langit akan terus berwarna biru?

penuhi jiwa ini dengan satu rindu...

lama sungguh tidak bersunyi-sunyi begini, mengarang kata buat tatapan mata hati sendiri. barangkali bebanan dunia menghambat waktuku, hingga terlalu jarang dapat diluangkan untuk mengetuk kekunci mengisi diari digital...

ramadhan datang lagi. alhamdulillah, syukur buat-Nya yang mengizinkanku bertemu lagi ramadhan kali ini. hamba yang penuh selirat noda di hati kini pulang kepada-Mu ya Rabb. membawa segunung harapan, menagih cinta-Mu dan belas kasih-Mu untuk mentarbiah jiwa yang selalu hanyut ini...

ramadhan kali ini..
yang terlalu asing buatku..
terlalu baru,
terlalu baru..
bila segalanya sudah tidak seperti dulu.
________________________

pernahkah kamu merasa seolah bisu? sewaktu ingin bertutur kamu jadi hilang sesuatu?
itulah saya.
barangkali sudah hilang passion untuk bicara.
hopefully this wont be my fullstop.

Cukup Bagiku

penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh

cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabiMuhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah

hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah

Friday, August 15, 2008

andai ku tahu...

Monday, August 04, 2008

Hedgehog

upvxcf
Tadi melihat-lihat tiket ke tanah jawa. aduh, mahalnya menggigit dompet! Sudah pula berbuat janji dengan adik comel itu. Takpe, Allah ada. Hasbunallahu wa nikmal wakeel.

Sambil-sambil tu, jengah-jengah juga iklan program sarjana. Alahai, tiba-tiba merasakan waktu yang 24 jam memang tidak mencukupi. Mulalah pesimis; bimbangkan gagalnya memberi komitmen. Takpe, hasbunallahu wa nikmal wakeel.

Teringat ketika Fatimah r.a. meminta pembantu dari kalangan tahanan perang Rasulullah... demikian baginda mengubat hati puterinya dengan ingatan-ingatan agar selalu dekat dengan Allah. Hajat keduniaan dipenuhkan dengan potongan-potongan doa dan zikrullah. Subhanallah, begitu hikmah tarbiyah Nabi kepada keluarganya.

***

Kamu pernah lihat hedgehog?

Kali pertama melihatnya adalah semasa di bumi peti sejuk. Binatang yang kecil, rather cute. Apa yang menariknya hedgehog ini?

Melihat hedgehog merupakan suatu perkara yang menkjubkan. Ia seperti tikus, cuma ia lebih comel. Barangkali saiznya sebesar penumbuk atau sedikit lebih. Ia mamalia berbulu, yang makan apa saja yang boleh ditelan.

Pada awalnya, saya langsung tiada idea haiwan apakan yang sedang berjalan kedek-kedek itu. Saya belum pernah melihatnya sebelumnya. Lama saya memerhati, haiwan comel itu langsung tidak mampu saya camkan. Lama selepas itu, setelah lama memerhati dan cuba membuat association, saya mengambil keputusan itulah dia hedgehog.

Apa yang menariknya, secara teorinya saya sudahpun punyai gambaran jelas tentang hedgehog. Sudah melihat gambarannya. Menonton kartunnya. Menyebut-nyebut namanya. Namun pada bayangan saya ianya seekor haiwan yang sebesar kucing atau memerang. Sehinggalah saya bertemu sendiri dengannya, lalu tahulah saya perkara sebenar bahawa hedgehog amat-amat comel dan menggamit perasaan! Dan bayangan serta pengetahuan saya umpama jauh tersasar dari yang sebenarnya!

Sedar atau tidak, begitulah Islam.

Kita memang biasa dengan teori dan bayangan-bayangan keperibadian yang membawa obor Islam. Namun, dek kerana jarangnya kita menemukan Islam sebenar serta manusia sebenar yang membawa Islam dalam darah dagingnya (talahum, bukan warisan); maka Islam akhirnya menjadi asing dalam hidup. Sehingga akhirnya apabila benar-benar berkenalan dengannya, maka terus terpaut hati terhadap Islam yang sebenarnya.

Mengenali manusia-manusia yang ingin mengenal Tuhannya membuatkan saya banyak berfikir. Satu-persatu bayangan kisah Rasulullah dan para sahabat bermain di kepala. Sehingga akhirnya saya merasakan watak-watak bayangan saya itu semakin menjelma di hadapan mata. Melihat wajah mereka membangkit semangat berlumba meraih peluang menjadi orang yang berbakti merealisasikan matlamat penciptaan insan...

Betapa ini anugerah Allah terhadap hambanya...
Berkenalan dengan Pakcik Hedgehog yang penuh hikmah.

Monday, July 14, 2008

What Do You Like?

Harini belajar cara menyatakan suka atau tidak suka...

"Occay, today we are going to talk about cartoon characters. Kamu suka cerita kartun tak? Do you like cartoons?" Kate si cegu dengan accent bri'ish.
"Sukeeeeeeeeeee. Spongebooooooooop!" Mereka menjawap dengan accent Danga.
"Catdog!"jawab yang lagi satu.
Blabla... jawab yang lain.

"In spongebob, who do you know?" I asked.
"Mr Crab"
"Squidword"
"Patrick"
Blabla...

"All-right. Good boys and girls. Hmm... I'd like to know; do you like Spongebob?" Me.
"Yesssssssssss. I do," them.
"Do you like Mr Crab?" Me.
"No I don't," them.
"Do you like me?" Me
"Mi? Mi goreng ke teacher?" Azam.
"Tak laaa. Tu teacher tanya kite suke dia ke tak" Aki.
"Yes. Me; saya. Do you like me?"
"Yesssssssssssss I do," choral answer.
*grin*

blabla...
Kelas pun tamat.
"Ok. Thank you, class."
"Thank you, teacher"
"Ok, bubbye! Assalamualaikum" cegu melambai dan keluar.
"Teacher tunggu! Nak hug and kiss!"
*mendepangkan tangan*

xoxo

Hmm. Kurang professional betullah.

Saturday, July 12, 2008

Mana Satu?

Satu perkara paling susah dalam dakwah adalah apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan-pilihan yang seolah-olahnya memakan diri sendiri. Begitu sukar rasanya apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan mengongsikan dua perkara berlainan pada satu masa.

Sebagai contoh, kita akan selalu berada dalam dilema apabila terpaksa mengongsikan hujung minggu dengan keluarga dan dakwah. Pada kebanyakan masa, kita hanya dapat memilih salah satu dari dua yang tersebut. Maka, untuk memastikan pilihan yang dibuat itu tepat, di sinilah kita harus menggunakan pertimbangan yang diambil dari perspektif yang islami, yang benar-benar adil. Bila agaknya kita perlu berada di tempat yang bukan bersama keluarga, dan bila pula ketikanya kita harus pula bersama keluarga.

Demikian juga apabila terpaksa berhadapan dengan persimpangan mengongsikan hati dengan dua perkara yang bertentangan. Perit rasanya hendak berlaku adil pada dua perkara yang sama-sama kita taruh di hati. Sebagai contoh, kita inginkan sebuah kereta wira sport yang automatik, dan kita berpeluang memilikinya. Tetapi kita dihadapkan dengan pilihan sebuah lagi kereta yang jauh lebih baik untuk kita dan tidak akan merugi jika memilihnya, tetapi bukanlah kereta yang kita gemari. Jika kita tidak memandang dunia dan kehidupan kita dengan lensa islami, sudah pasti kereta sport tetap menjadi pilihan. Walau mungkin saja kereta sport itu akan akhirnya mendatangkan sesalan kepada kita.

Hidup di dunia ini sememangnya akan diilhamkan dengan dua pilihan. Satu akan membawa kepada kebaikan, satu akan membawa kepada kemungkaran. Satu akan menyiksa batin, satu akan mengalun jiwa. Satu akan menyusahkan, satu akan menyukakan. Satu akan terasa berat ditempuhi, satu lagi akan terasa begitu indah diredahi. Maka manakah pilihan hati?

Sucikan hatimu dengan tazkiyah dari Allah. Kemudian bertanyalah kepada yang layak ditanya. Buatlah pilihan dengan hati yang penuh dengan cinta Ilahi.

Tuesday, July 08, 2008

Orang Kerdil

Kamu tahu Orang Kerdil? Ala, yang membantu Puteri Salju sewaktu dalam buangan tu. Ada tujuh orang kerdil yang membantu Puteri Salju dan menyelamatkan beliau. Setiap satunya begitu baik hati.

Orang kerdil ini ajaib. Bukanlah kerana mereka memiliki kuasa magis, tetapi kerana mereka sendiri membuat perkara ajaib. Kamu tahukan, orang kerdil dengan senyap-senyap bekerjasama membina kerusi dan meja buat Puteri Salju, kerana kerusi dan meja yang sedia ada di rumah mereka tidak sesuai untuk Sang Puteri. Orang Kerdil juga begitu menjaga kebajikan Sang Puteri. Menjaganya, memerhati sakit peningnya. Sebagai balasan, Sang Puteri selalu masak-masak dan mengemas rumah untuk mereka.

Dalam cerita lain, orang kerdil juga pernah menolong Pakcik Shoemaker membuat kasut. Dengan senyap-senyap orang kerdil menyiapkan kasut Pakcik Shoemaker yang tak dapat disiapkan itu. Bila Pakcik Shoemaker takde duit nak beli barang buat kasut, mereka buatkan kasut untuk Pakcik Shoemaker. Mereka buat senyap-senyap, kemudian letakkan di atas meja Pakcik Shoemaker. Waah.

Kamu tahukah, dalam hidup kita sebenarnya dipenuhi 'orang kerdil'? Mereka susah ditemui, tetapi mereka sekali-sekala muncul. Mereka bukan dongengan, bukan tahyul, bahkan mereka itu benar wujud!

Kadang-kadang mereka menemankan ketika melalui 5 jam memandu membelah gelap malam pekat yang sunyi dan membosankan. Kadang-kadang yang lain, mereka mengemaskan rumah ketika kita sibuk dengan kerja. Kadang-kadang juga mereka menolong siapkan tugasan-tugasan leceh. Kadang-kadang lagi pula ada yang memasakkan. Ada yang menyusun pakaian. Ada yang mencucinya. Ada yang menyelitkan not ringgit Malaysia ke dalam beg tangan. Ah. Banyak lagi cerita orang kerdil ini. Tak mampu dihurai semua di sini.

Apa yang pasti, mereka bukan magis. Tapi sentuhan mereka begitu ajaib. Begitu ajaib. Terima kasih Allah, atas kurniaan-Mu melalui orang kerdil ini. Walau jarang-jarang bertemu, namun kasih mereka bukan kerdil. Mereka itulah akhowatku. Hidayahkan aku agar dapat terus menyintai mereka kerana cinta kepada-Mu. Tambahkanlah iman kami dari sehari ke sehari agar nanti kami mati sebagai orang yang benar-benar kuat mengimani-Mu.

Dari Abu Idris Alkaulani, seketika beliau masuk ke masjid di kota Damsyik lalu melihat seorang pemuda yang tampan dan putih berkilat giginya. Pemuda tampan itu dikerumuni orang dan orang-orang yang khilaf dalam hal-hal agama bertanya padanya. Maka kemudian Abu Idris Alkaulani bertanya perihal lelaki itu; siapakah dia? Maka dijawab orang sekeliling bahawa pemuda itulah Muadz bin Jabal r.a.

Keesokan harinya, Abu Idris datang pada awal pagi, lebih awal dari biasa lalu melihat Muadz r.a. sedang bersolat. Setelah selesai solat, maka dia datang kepada Muadz lalu memberi salam lantas berkata: "Demi Allah, sungguh aku menyayangimu". Muadz menjawab; "Demi Allah?" "Demi Allah," jawab Abu Idris semula. Maka Muadz menarik hujung selendang Abu Idris agar Abu Idris mendekat, lalu berkata: "Sambutlah khabar baik, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah berfirman;
"...pasti akan mendapat kasih sayang-Ku orang yang berkasih-sayang kerana-Ku, dan sumbang-menyumbang, ziarah-menziarah dan bantu membantu, dan berkumpul kerana-Ku"

(HR Malik di dalam RiyadhusSalihin)

Wednesday, May 14, 2008

hujan

And when the wind blows
As shadows grow close
Don’t be afraid
There’s nothing you can’t face
And should they tell you
You’ll never pull through
Don’t hesitate
Stand tall and say;
"I can make it through the rain
I can stand up once again
On my own and I know
That I’m strong enough to mend
And every time I feel afraid
I hold tighter to my faith
And I live one more day
And I make it through the rain"

kucing yang kasihan

di rumah saya ada seekor anak kucing. sangat kasihan. semalam hujan, dia duduk mengerekot pada kain buruk di pojok halaman rumah saya. oh, lupa pula. ini rumah bapa saya sebenarnya. dan kucing ini cantik bulunya, galak matanya. potensi memberi khidmat yang amat besar, untuk menangkap tikus. paling tidakpun, membuat tikus-tikus sekalian menjadi baik. islah, bak kata orang dakwah. tapi saya rasa dia sakitlah. duduk diam saja.

kasihan. anak kucing ini tidak bertuan. saya kira keluarganya menyisihkannya. mungkin kerana dia terlalu ingin merubah dunia dengan kuku tajamnya, maka keluarganya berpiket membiarkan dia keseorangan. atau mungkin saja dia memang tak bernasib baik, lahir di tengah gawat. saat semua tidak mahukannya. maka di situlah dia mengerekot.

kasihan dia, terlahir sebagai kucing kasihan. ibunya tidak di sisi, ayahnya apatah lagi. pagi ini, saya benar-benar berharap kucing itu mati. kucing secomelnya, tidak harus menjadi kucing kasihan. dunia ini terlalu rakus, erti juang hanya dapat dihadam oleh mereka yang tidak keseorangan. kamu keseorangan, kucing. sampai bila kamu dapat bertahan duduk mengerekot di pojok itu, tersisih dari semuanya? kawanmu entah jauh kemana arah. keluargamu... entah manalah saya tahu. kamu adalah kucing kasihan yang keseorangan.

tapi takpe, kamu tak keseorangan. ada juga yang sama kasihan seperti kamu. oh, dalam kes kamu, kamu adalah kucing kasihan yang kesekucingan.

Tuesday, May 13, 2008

wishlist...





wishlist ini
bukan seperti
yang engkau fikir...

Thursday, May 08, 2008

Seseorang

+ Teacher, harini birthday Raudah.
- Iya? Umur berapa ni? How old are you?
+ Seven. *Giggles*
- Oh no! You are old. Tak boleh banyak main-main lagi tau.
+ Yelah, nanti Raudah tak main-main dah. Teacher, aritu Raudah dapat A.
- Iye? Dah bagitau ibu?
+ Dah. Raudah dah bagitau ibu.
- Ibu bagi hadiah apa-apa tak? Ni birthday lagi ni… Ibu ada cakap apa-apa?
+ Ada! Ibu kata dia doakan Raudah. Supaya Raudah jadi anak yang solehah. Masuk syurga. Macam nama Raudah, Teacher. Teacher, Raudah pun doa Teacher masuk syurga.
- MashaAllah…

Monday, May 05, 2008

rasa

pernahkah anda bangun pagi, kemudian diserbu suatu rasa, yang apabila cuba diatasi, rasa itu enggan pergi?

anda tahu rasa itu salah. anda tahu rasa itu tidak haq. anda tahu rasa itu batil. tetapi ia enggan pergi. apa yang anda buat?

pada saya, jawapannya mudah saja. tambahkan rasa 'bodoh' kepada perasaan yang sedia ada itu. jika dosa tak mampu menimbulkan khauf pada hati anda, anggaplah 'bodoh' itu perasaan yang wajib dirasa.

contoh: anda bangun pagi dengan perasaan malas. maka, percayalah bahawa anda amat bodoh jika terus-menerus berasa malas.

***

semalam zainab berkejar-kejar mencari saya.

"fatimah, ana bermimpi. buruk sekali," katanya sambil mengambil tempat di kerusi bersetentang dengan saya. kafetaria agak lengang.

"ya, terus?" bilang saya, ringkas.

"dia.. ana bermimpi dia.. ana rasa ana tahu jawapannya," balas zainab sambil menundukkan wajah.

"adakah enti sedang memberitahu bahawa jawapannya 'iya'?" balas saya. hati saya berdegup kencang. bimbang jika mujahidah dakwah ini bakal disangkar dari bebas terbang di langit dakwah.

"ana bermimpi, pada hari akad, ana melihat wajahnya. ana menatap wajahnya lalu ana menjadi sesal yang amat. terlalu sesal kerana semuanya berlaku. lalu ana berlari keluar meninggalkan rumah. ana senang dengannya, tapi kini ana pasti ana bukan untuk dia. ana perlukan mujahid yang faham bahawa ana juga mujahidah dakwah," dia terhenti di situ.

"jadi...?" saya menggelabah. bagaimana nanti hendak dijawabnya kepada umminya? bulat benar tekadnya.

"jadi, ana rasa ana tak boleh teruskan. hidup ana untuk dakwah. Lillah. tiada yang lain. zainab, ana akan lalui detik getir selepas petang ini. doakan ana, ummi ana datang sebentar lagi," air matanya bertitis. bekas baldu berbentuk hati dengan rona biru disorong ke arah saya. saya pasti saya tidak akan sekuatnya jika di tempatnya.

"bacalah doa nabi musa," kata saya lambat-lambat. mencari respons yang terbaik untuknya. lalu bekas baldu itu kami pandang dengan pandangan kosong.

"doa yang mana, ketika hendak berhujah menentang firaun atau ketika berehat selepas menolong anak nabi syu'aib?" zainab tersenyum. pandangan kami bertemu. saya senyum memikirkan selorohnya tentang doa nabi musa. namun ada benarnya.

"kedua-duanya. yang pertama untuk bertemu ummimu, dan yang satu lagi agar enti dikurniai apa yang enti perlukan instead of apa yang enti mahukan," kata saya.

dan keluhan berat dilepaskan. semoga mujahidah dakwah ini benar-benar kuat menempuh segalanya...

Thursday, May 01, 2008

Kita Memang Harus Berpisah


dalam hidup ini, aku sudah sedar sesuatu. bahawa setiap yang kutemukan dan kucintai, akan akhirnya pergi dari hidupku. walau kerana apapun cinta itu timbul, atau atas sebab apapun ia mulai timbul, memang semuanya harus pergi dari hidupku atas alasan apapun.

saban kali kecintaanku pergi, aku ditebak melankoli. bukan silapku punyai jiwa yang tipis, bisa jadi melankoli begitu mudahnya. tetapi beginilah aku, beginilah aku. dan kini aku sedar, rupa-rupanya aku bahagia punyai rasa melankoli. pelik bukan? aku bahagia punyai rasa melankoli, kerana melankoli mengheret aku menghampar doa paling kudus pada Tuhan. menyimpul mati hatiku dengan Tuhan. membuat aku cengkam erat-erat hatiku pada Tuhan. dan berharap serta mengemis hanya kepada Tuhan. semata-mata Tuhan. seolah tenggelam dalam asyik munajat kepada Tuhan. Allah yang Maha Satu.

dan melankoli ini memandu aku untuk lurus terus atas jalan Allah, tidak gelincir kearah kesesatan biiznillah. segala cinta murah dan hina bukanlah lagi menjadi halatuju hidupku, dan aku kini amat pasti perjalananku kini semata untuk memburu cinta yang maha agung. segala cinta yang didasari jahiliah pastinya telah kuhumban jauh dari lubuk hati. tak kiralah cinta jahiliah yang bagaimana sekalipun. kau tahukah, cinta kepada ibu juga bisa menjadi cinta jahiliah? cinta kepada sahabat pun barangkali menjadi cinta jahiliah?

dan semalam, satu lagi episod melankoli. sahabatku pergi. seorang sahabat dunia akhirat inshaAllah. kami telah berjanji, jika tak bertemu lagi selepas ini, maka ketuklah pintu syurga dan berjanjilah untuk bertemu di tamannya. segalanya biiznillah.

sahabat, kau tahukan aku bahagia punyai rasa melankoli ini? kita telah bertemu atas jalan dakwah, bersumpah untuk setia atas jalan ini, dan kini tiba masanya kita memang harus berpisah...

namun, janganlah mengatakan 'selamat tinggal', tapi katakanlah 'jumpa lagi'...
=)

Tuesday, April 22, 2008

Friday, April 04, 2008

jikalau

jikalau kaumau kembara jauh
kau harus pergi sendiri.

semua jalannya singkat
dan berakhir di lembah riuh.

kampungnya dijerit masalah
atau dililit adat.

jikalau kaumau mendaki gunung
ikut jalan hati, dibelangkan kota hutan.

yang terlindung dari mata pertama
atau mimpi biasa yang kabur.

tiada kampung pada cita
tiada kawan pada gagasan.

sepi itu isyarat cinta
mimpi itu rancangan kenyataan.

muhammad haji salleh
21.03.1985
dubai-frankfurt

cangkir kopi pahit

siang tadi sekali lagi ke bengkel. entah apa sajalah kuda tu. kesian beliau. matanya rabun tak baik2 lagi. esok lusa perlu ke bengkel lagi, matanya masih rabun. ingatkan pakcik bengkel dah baiki. rupanya rabun jugek.

baru je meneguk secangkir kopi 3 dalam 1. wah pahitnye. sepahit meninggalkan dan menanggalkan karat jahiliah. kadang tuh, kite dah lama dah selesai proses meminum air pahit tu, tapi kepahitan masih terasa. terutamanya bila ternampak, terkilas, terpandang atau terfikir tentang jahiliah tu. make it jahiliah korea ke, jahiliah chewing gum ke, jahiliah baju fancy ke, dan lain2 lagilah. jadik, kenalah kuat. lepas minum cecepat gosok gigi. then teguk air masak banyak2. supaya tak teringat lagi. uhu. pahitnye air kopi neh.

paling tak best bila berjauhan dengan orang2 yang tegar menjaga diri dari teroksida dek jahiliah. memang tak best. nak gi dakwah seorangan, nak gi pengisian sengsorang, nak gi jenjalan sengsorang, naik bas sengsorang, drive sengsorang. seme sorang. paling merana, nak kekal tidak teroksida, dalam keadaan seorang. sangat merana bila sengsorang. tau tak?

tapi petang tadi ade orang cakap ngan saye kite kena ade 3 benda utk kekal burning. that is iman, 'senjata' dan ukhuwah. ukhuwah jaoh di mate dekat di jiwa. hm. senjata mau tajam. dan paling penting; iman. mana iman? nak iman. berikan saya iman. boleh ke?

hm. saye dah kate saye nak revive memori kan? sebab tu saye mula menulis balik. for the sake of writing. meluah rasa rindu pada Yang Maha Satu, mengukir memori atas kanvas hidup, menjadi tanda bahawa saya pernah lalui apa yang saya lalui.

hm. bengkel itu punyai sesuatu yang benar2 membuat saya terkesan. saya nak hantar kuda ni balik ke kandang yg sepatutnyalah. saya tak sanggup ke bengkel lagi! Tuhan, selamatkan kuda! [dan penunggangnya!]

Tuhan, saya rindu Tuhan... Kuatkanlah rasa bertuhan ini.. Kekalkanlah.. tegarkanlah.. damaikanlah.. tenangkanlah.. sabarkanlah.. Kau sedang memberi yang terbaik, maka jangan kau futurkan aku dan memalingkan aku kepada selain yang baik. Tuhan, aku rindu Tuhan.

Thursday, April 03, 2008

Apa yang dicari?

semalam, sepetang terkandas di bengkel membaiki kereta. kuda da'wah harus dirawat, pelbagai demam yg dihidap. masha Allah, aku kira masa terkandas itu adalah satu detik masa yang amat baik untuk memuhasabah diri...

melihatkan mereka yang bekerja bertungkus lumus, hingga celoreng wajah dan pakaian, membuat aku terfikir sendiri... apakah yang dicari? mengapa demikian susah payah? apa yang ada dalam hidup mereka hingga begitu gigih sekali?

merasai tarbiyah biwaqi'ah dari Allah pastinya yang terindah. apabila menyedari segalanya sudah dilihat berbeza berbanding yang sekeliling, terasa dunia ini terlalu luas. terlalu luas...

di bengkel itu, ada doa yang aku titipkan. buat diri. buat umat. dan buat yang di bengkel itu. semua saudaraku. moga-moga semua kita semakin hampir dengan Allah, Murobbi Alam.

Tika Dinihari

Devotees

Tuhanku
Tiada indah di malam yg hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yg aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan kempunan-Mu

Ya Allah Tuhanku yang merubahkanku
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah Kau berikan
Kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Thursday, March 27, 2008

jam tangan alba [just another day for me]

jam tangan Alba dibuka dan dilempar ke meja. selepas meletakkan beberapa buah buku kesayangannya di atas meja, zainab menghempas tubuhnya ke atas tilam. letih. serasa lenguh seluruh tubuh.

zainab menarik nafas lega, dapat meregang tubuh. empat jam memandu tanpa henti, memang meletihkan. hujan demikian lebat, konsentrasi harus tinggi. tambah pula malam kian larut, dengan keadaan trafik yang tidak begitu lancar. semuanya menuntut kesabaran dan hati-hati. mujur punyai adik yang demikian setia menemani perjalanan. jalan yang penuh likuan. dan buat peneman penghilang bosan. dan buat penghilang takut--itu sebenarnya.

semasa memandu, pelbagai perkara berlegar di fikiran. empat jam yang bisa menjadi masa muhasabah yang sangat baik. dan apa yang zainab paling tidak lupa sepanjang perjalanan, pesan ukhti khaulah bahawa doa orang musafir didengari Allah. apatah lagi di kala hujang selebat itu. raining cats and dogs. hujan anjing dan kucing. agaknya, tentu malaikat banyak kat atas tu, hantar hujan.

ada satu doa yang zainab simpan. berbelas tahun lamanya. moga doa ini dijawab tuhan. seperti mana matahari tetap bersinar selepas hujan, dia harap ada lagi sinar buatnya selepas ini. walau selepas berbelas tahun.

zainab melirik jam tangan Alba di atas meja. serta buku muhammad ahmad ar rasyid berjudul awaiq di sebelahnya. "tuhan, tolong. thabbit qulubana."

dan beberapa jam selepas itu, terbukti. mentari muncul lagi. merah saga sinarnya. tapi dia tak pasti apekah yang berbelas tahun ditunggu itu akan munculkah hari ini? atau bisa saja hari ini jadi just another day for me, fikir zainab.

we're just friends



www.askbabaali.com

Saturday, March 15, 2008

nostalgia

kau punyai nostalgia?

aku ada. nostalgia. dan mulai hari ini, selepas suatu perisiwa yang membangkit nostalgia, aku telah ambil keputusan untuk revive nostalgia milik aku. nostalgia antara aku dan Dia.

hari ini perasaan aku berbunga-bunga tak ubah seperti dua tahun tahun terdahulu. atau mungkin tiga. suatu rasa yang mengheret aku begitu hampir dengan Dia, ArRahman ArRahim. begitu Pengasih Dia, membawa aku meneliti nostalgia didikan tarbawi-Nya dengan cara yang paling seni. kau tahukah bagaimana perasaan ini? perasaan ini terlalu indah. pernahkah duduk-duduk di padang luas saujana, sambil menikmati semilir angin pagi dan menatap bunga-bunga pelbagai warna ceria, dilatari langit biru? begitulah perasaan itu. damai. tenang dan selamat. seolah Dia sedang menuntun langkahan hidupku. tiada kerisauan, yang ada hanya ketenangan.

ketika Allah mengajak nabi dan sahabat mengenang nostalgia pertolongan-Nya ketika perang Ahzab, aku juga terkenangkan nostalgia pertolongan Allah mengeluarkan hati hitam zulumat lalu dicahayakan.

Tuhan, rasa ini akan aku simpan. izinkan ia terus di hati, berkekalan.

kamu bagaimana?

Fateh
1503
249am

Friday, March 14, 2008

antara mata dan hati.. (ii)


jika bisa kau dengar bicara
Dariku untuk Tuhan;
Hatiku yang Dia cipta
teramat kerdil fisiknya
lalu mengapa
dugaan sehebat ini diberi-Nya?

lalu bila Tuhan menjawab
Seruku untuk Tuhan;
Sudah pasti jawapan-Nya
ada pada sujud di hening embun
pada zikir memohon ampun
pada maghfirah buat dosa yang bertambun!

terima kasih Tuhan
untuk dugaan yang sebesar dunia
kerna telah kau beri sepasang mata
walau kerdil namun bisa
memerhati seluruh isi dunia
melihat haram-halal perintah-larangNya

Tuhan nanti bila
kubawakan pada-Mu dosa sebesar dunia
moga-moga balas-Mu
ampunan dan hidayah yang kekal tekal
hingga hayatku tamat
mengharung liku-liku dunia.

-saz-
el fateh, malaya
1.39 am
14/3/08

Wednesday, February 13, 2008

Wednesday, January 30, 2008

Dah Jadi Akhawat -ep ii-

aku sebenarnya masih terkesan dengan suatu tragedi. kisah yang mungkin dipandang orang sebagai enteng, namun kisah ini cukup memberi getar pada jiwa yang melihat, dan yang merasa apatah lagi.

haritu aku dengar ada akhawat dah tak bertelefon, tegur sapa. panggilan telefon yang tidak pernah lupa dibuat tiba-tiba sepi. jika dulu, entahkan apa saja isunya, pasti akan bersenggayutan pada talian telefon barang 10-15 minit. kini, sungguhpun banyak isu yang berlegar di kepala, tapi komunikasi hanya bermediumkan sms. lebih teruk, sms yang dirasakan 'kurang urgent' langsung tidak menerima balasan. aduh kasihan. semuanya gara-gara berjimat. atau lebih benarnya akhawat itu tidak punyai lebihan wang memberi makan pada telefon. bukanlah nak berjimat pun, aku tahu.

dulu, aku rasa akhawat itulah yang kaya. barang-barang semuanya berjenama. duit elaun habis dihantar ke dorothy perkins, butik next dan zara, atau paling kodi pun tk maxx. tapi tiba-tiba dia jatuh miskin bila duitnya habis beli tiket keretapi dan bas. mana taknya, paling jauhpun orang pergi liqo' 4-5 km away dari kediaman. ade setengah tu liqo' cuma sebelah bilik saja, pun rasa jauh nak melangkah. tapi dia pergi liqo' sampai berkeretapi. mana tak habis elaunnya?

dulu, ada sorang akhawat lain pulak akan mengeluarkan sepersepuluh dari wang dalam poketya untuk tujuan infaq. alah, contohnya dia ada seratus, sepuluh akan diberi, tinggallah semilan puluh. tapi kelmarin aku nampak dia menyuap makanan free. ada makcik bagi. rupanya dia tak cukup duit nak beli, maka makcik beri free.

katakan pada aku, bagaimana bisa aku mengekang air hangat mengalir dari kolam mata ini? Tuhan, mereka ini perlu pada-Mu. seperti aku perlukan-Mu. maka ganjarilah; syurga atau menang.

Dah Jadi Akhawat -ep i-

kelmarin aku nampak dia. tudungnya labuh, bulat. bajunya labuh sampai ke lutut. "whoa," aku jerit sendirian di dalam kereta. benarnya bukan kerana ternampak dia, tetapi kerana aku hampir terbabas sebab sibukkan menengok dia. jalan ke kampung Yeremiahh memang sedikit saspens jika dilalui dengan tidak hati-hati.

terkejut juga aku, dulu dia tak macam tu. dulu, dialah kepala penjahat di asrama. orang semua prep, dia memekak. takpon kalau tiba-tiba bilik prep senyap, maknanya dia sedang mengetuai jamaah tido. banyak-banyak budak jahat, dia dan gengnya yang paling top. sampai dibariskan di hadapan para pelajar seluruhnya atas kesalahan pelbagai.

wah. kelmarin dia dah berwajah jernih. sudah jadi manusia, aku kira. sudah hilang degilnya barangkali. aku ingat juga dia cerita, ada kakak macam malaikat berdakwah padanya. katanya kakak itu merimaskan, asyik bercakap tentang islam. berinya buku imam ghazali. dan ketika mengikut 'kakak malaikat' itu pulang bermalam di kampusnya, kakak itu tidak tidur. dia tidur, kakak itu masih berjaga menghadap buku. dia bangkit ke tandas di tengah malam, kakak itu berteleku atas sejadah. dia bangkit subuh, kakak itu sudah tersedia bertelekung menantinya. itu tahun 2001. wah. dah tujuh tahun. sekarang dia pula harapnya yang begitu.

tak sangka. cakap-cakap kakak malaikat itu hanya berhasil setelah tujuh tahun. selepas tujuh tahun kakak itu 'merimaskan' dia, dia sudahpun berwajah jernih sekarang. dengar-dengarnya kakak itupun sudah ada empat anak. harapnya anak itu sepertinya. yang seperti malaikat.

oh ya. yeremiah pergi ke gereja tiap sabtu. lyzianna barbara juga begitu. yang peliknya, mereka semua ini berjiran dengan me1ayu-me1ayu yang islam semuanya. aku kira sejak bapak-bapak moyang mereka lahir, mereka telah berjiran. walau bersebelahan kampung. mungkin kerja dakwah me1ayu-me1ayu yang berjiran dengan mereka ini belum menampakkan hasil. kena tunggu kucing bertanduk atau ayam berjanggut agaknya.

tapi, aku rasa, kalau takat didakwahi oleh situasi-situasi seperti menonton gadis-gadis yang berbaju sendat, seluar ketat, mungkin tak kemana.

Tuesday, January 29, 2008

Belaian Ibu-Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu

Tuesday, January 22, 2008

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu dan anak dari hamba lelaki dan hamba perempuan-Mu. Hidupku ada ditangan-Mu.Telah berlalu qadha-Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku.Aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau namakan diri-Mu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam Kitab-Mu, yang telah Engkau ajarkan kepada seorang di antara makhluk-Mu (Nabi-Mu), atau dengan semua nama-Mu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada di sisi-Mu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al-Quran sesuatu yg rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihanku dan pengusir kecemasanku.

Thursday, January 17, 2008

stairs

that day a wise old man with some goatee asked me; "why do we have the stairs?"

We were at the airport, waiting for the boarding gate to open. I laughed out loud at him. He juz smiled lookin at my childish response.

"You have to climb it. We have stairs becoz we want to go up another level. u have to go through hardship in order to reach the next floor. thats the point of getting urself in tarbiyah. to change the state that u r in at the moment, so that u'll b better," he said.

his analogy was simple, his words were simple, but the meaning wasn't. I laughed harder. thinking of the stairs that i've stepped on. and thinking of the final floor i dreamt of.

Monday, January 14, 2008

antara mata dan hati

pada mata engkau kulihat girang
mengulum senyum, berwajah ceria
menutur senda, mempamer riang
walau di mata manakan sama dengan hati

saat gema suara itu memecah sunyi
memberi debar
hingga ghaib segala tenang pagi
kala itulah
hancur luluh sekeping hati
bimbang memikir
bagaimana bisa mengharung esok hari

bagaimana mampu mengharung segalanya lagi
tanpa bicaranya, tutur hikmahnya
titipan nasihatnya, doa kasihnya
dari lelaki tua yang bernama Abah ini

antara mata dan hati
akhirnya terpaksa kuakui
pada keduanya ada petanda
hatimu retak, menjadi serpih-serpih sufi

Sunday, January 13, 2008

devastation

yesterday i met a girl. she was all alone, staring into the corner of the bus stop. everybody seemed busy, but she was just sitting there, with an empty look at the corner. 'weird', i said to myself.

i sat beside her, and asked her if she's fine or if she needed any help. without even looking at me even for a glance, she opened her mouth telling me she was devastated. many things happened in her life lately. she had lost her mom; and at the moment her father was very ill, waiting for the angel to finish his job. at that point, i could see her wiping her tears.

i feel sorry that the burden that she carries couldnt be shared. i asked her why the hell she'd just sit there. 'she was supposed to accompany the dying father', i thot to myself. 'didnt she want to be there, beside her father???' i yelled inside my heart.

and she said she just wanted somebody to be beside her. and that somebody is nowhere to be found except at the bus stop in front of her house.

i cried.





and we hopped on the same bus. thinking of home that is nowhere to be found.

Thursday, January 10, 2008

routine

getting into a new routine isnt a difficult thing to do at all. imagine; wake up-solat-get prepared-40mins drive-work-work-work-get tired-40mins drive home-cook-dinner-homework-sleep. and there goes my routine each day. weekends? owh housekeeping plz. easy right?

ive juz spent a week with it. i mean the routine. guess what? it feels like a year oredi. gosh. none of those days was productive. yes, as an employee of MOE i can consider myself as very proactive and versatile. being loved by everybody, looked brilliant and enthusiastic. va va. did all my job very well, keeping and coping up with everything very fast. maklum laa, many clerical work to be finshed. anyway, good huh? newbies, u bet! unfortunately when it comes to my 'real job' as Allah's servant and a caliph, im afraid this routine will fail me. get it? ROUTINES WILL FAIL PEOPLE. that's what a scholar said.

i hate routine. i hate being routined. for those who know me, they will know this. i dont like to do things yg skema2. ehe. tp yg wajib skema i will follow la, kalo tak nnt sendiri kena makan. but living in a routined life is killing!

this is when dzatiyah becomes low. when u dont see many things and face many problems. comfort and happy living, that is. u get everything, u have everything.

hm. at least i should be thankful.
occay, promise! this afternoon im goin to search for troubles. anybody wud like to follow?
surveying new projectssss. =)

________________________

for the ones i love up there,
thanx for all the sms-es and calls and whatsoever thots and do'as for me. (if u ever imagined my face while reciting doa rabitah... =) hehe perasan)
i feel alive when i'm near you guys, and feeling even livelier when we're apart.
why? coz Allah will listen to the doa we make behind our 'saudara'.

and pardon me for being too 'santai' today.

Friday, January 04, 2008

Cengkareng

Baru membaca pesanan seorang sahibah di Grogol. Sudah pandai 'lasso-lasso' sekarang. Hehe. Mabruk, sisters. Rindu benar pada kamu. =) [Owh, masih kuhafal dialog dengan supir taksi itu; "ke Grogol ya pak, lewat Tomang. Di Rumah Sakit Sumber Waras."]

Teringat kali pertama menjejak kaki ke Jakarta. Bagai dalam mimpi, Allah menghantarkan ke Jakarta. Segalanya dipermudah, dan musafir kali itu barangkali yang paling terkesan di hati. Masih diingat, sememangnya memasang niyat mencari iman di Jakarta. Kenapa? Kerana semua amal harus beserta niyat, remember? Jika sahabat yang ditarbiyah nabi bermusafir untuk hijrah demi menyelamatkan iman, mengapa tidak diambil semangat itu? Jadi, diri ini meniyatkan permusafiran kali itu adalah untuk mengumpul cebis-cebis iman yang terasa meruntuh.

Semasa ke sana, semua pengalaman yang dilalui terasa 'authentic'. Takkan mungkin terdapat di mana-mana. Bermula dari saat pertama menjejak kaki di *Bandara di Cengkareng, hinggalah pulang semula ke Bandara di Cengkareng, semuanya auhtentic.

Makan malam pertama kami di sana adalah di Kebon Sireh, gerai tepian jalan. Kami dihidangkan nasi goreng kambing! Masha-Allah, sangat sedap. Sambil makan, ada sekumpulan anak-anak kecil yang barangkali berusia 8-10 tahun datang menyanyikan lagu rakyat indonesia. Antara baitnya "Malingan besar-besar dilepaskan, orang-orang miskin dihukum". Authentic kan?

Selain tu, pengalaman yang lebih best apabila menginap di rumah sahabat2 di jakarta. Masha-Allah, suatu pengalaman yang di luar pemikiran kami. Tak tahulah apa perasaan waktu tu, tapi pastinya mereka adalah orang hebat, bermujahadah menempuh hidup di kota sesak jakarta! Keadaan rumah mereka sangat baik, tetapi suasana kawasan sekeliling begitu menuntut untuk mereka menjadi manusia yang punyai azam dan kekuatan mental yang tinggi. Hinggakan terlahir rasa kagum terhadap mereka kerana mampu terus di sana. Kepada adik-adik, moga Allah terus beri kekuatan kepada kamu.

Sekembalinya dari Jakarta, memang begitu kuat terasa perlu untuk menjaga iman agar tidak roboh. Pengalaman yang terlalu pelbagai yang ditempuh pastinya menjadi pembakar semangat mujahadah mengentalkan iman. Bila pulang, terasa diri seperti 'orang baru'. Hmm rindunya jakarta. Ada banyak cerita, tapi tak sempat nak tulis lagi. Nantilah sambung. Tinggal dulu ya. Kepada Jakarta, kangan ama kamu!

*Bandara-bandar udara/lapangan terbang

Thursday, January 03, 2008

Unfamiliarity.

Alhamdulillah, segalanya dipermudah Allah. The unknown is now solved. I have a new mission now, nak dakwahkan orang asli! Mujur tak perlu berkokok atau berkayak dahulu, cuma memandu batmobile ayahanda selama 20 minit jek.

Its a small school, rather rural. Tak sangka ada orang Asli. Everything and everyone seemed nice; oh provided that it's my first impression. Tak tahulah second, third, fourth impression camana ;P. Alhamdulillah, I hope my life getting more cheerful inshaAllah. Gloomy days, go away!

Have been reading a few 'soul-building' books lately. One of them is Tazkiyatunnafs, latest version. It gathers three famous scholars' view; Al Ghazali, Ibnul Qayyim and Al Qalbi [pardon me if I get the third name wrong, buku tu pd sorang adik sekarang]. Anyway, just to share: The first thing they discuss is niyyat. Mana-mana buku yang bercakap fasal iman mesti akan letak perbahasan niyat sebagai tajuk pertama.

Terfikir sendiri, semua yang berlaku dalam kita bukanlah dipinta atau kita yang mengaturnya. Tiada apa yang mampu mengubah perancangan Allah, walau kita mampu merancang perancangan kita. Walau apapun yang kita rancangkan, perancangan Allah pasti yang lebih aula. Jadi, haruslah perbetul niyat, mengapa ada di sini. Sentiasa perlu ada tekad untuk melaksanakan tugas sebagai 'abid dan khalifah Allah. Walau di mana jua anda berada. =)

Perkara kecil, jika dibuat kerana niyat yang besar, akan jadi besar. Begitulah sebaliknya, perkara besar, jika dibuat dengan niyat yang kecil, pasti akan jadi kecil pada pandangan Allah. Jadi, ingatan buat diri; jangan kamu lupa mengapa kamu di sini. Keberadaan ini bukan suatu kebetulan, tetapi kamu ini salah satu dari mata rantai yang panjang! Melengkapkan plot-plot yang disusun Allah buat kamu.

I am positive about the good things waiting around the corner. Kate seorang adik; hikmah memang kita tak nampak, sebab dia berada di selekoh. Sebelum bertemu hikmah, perlu mujahadah melepasi selekoh berbahaya dulu.

Apapun, kepada yang setia menyokong dari kejauhan, jazakumullah khair. Kita akan bersama menempuh segalanya, walau medan kita kini berbeza. =) Sahabat seperti kamu yang diperlukan, saat terasa macam orang buangan. Stepping into unfamiliarity.