Tuesday, December 30, 2008

Mahar Syurga


Tuhan
Dikirimkan maharnya ke daerah sana
Sebagai bukti saksi keramat
Lamarannya terhadap syurga
Inginnya terhadap salsabila
Mahunya terhadap kauthar
Rindunya memakai sutera hijau
Asyiknya bersanding di pelaminan
Dikelilingi pelayan-pelayan suci bermata jeli

Ya Rabb
Maharnya tak seberapa
Hanya seorang bayi mulus
Yang sebenarnya pinjaman semata
Kini dipulangkannya semula
Dengan satu ucapan belasungkawanya;
Terimalah! Terimalah!

Gema di hatinya;
Anakku, berbahagialah engkau di sana
Nantikan Abi di taman syurga
Kuhantarkan engkau dahulu
Tunggulah, doakan Abi menyusulmu!

~Epilog Palestin~
SAZ
6.32 jb

*Gambar dari Utusan Malaysia

7 comments:

Naufa Insyirah said...

Assalamualaikum akak.. apa khabar? nak minta izin letak artikel ni di laman msmnorthwest boleh ke?

SaufiahAzZahrah said...

ok iA.. Amik jea. sape naufa ni ea? =) kite pernah jmpe ke kat sana dulu?

El said...

slm
kak Sofi..nk copaste ea
nk ltk kt yahoogroup
jzkllh

SaufiahAzZahrah said...

ok no prob.. amik jea k

Naufa Insyirah said...

sy penghuni sebuah RI di leeds yg namanya insyirah ;)

akak dah nengok video ni? http://uk.youtube.com/watch?v=QOuLTze6j_o&eurl= video pembukaan pms kami baru2 ni.. utk kita, ghuraba' insyaAllah :)

Anonymous said...

salam kak sufi..

kami akhawat kat jepun pun nak copy paste sajak akak ni..

jzkk

misoshiru~

Ummu Mujahid said...

macam pernah baca yg lebih kurang.. sedap sajak ni :)