Tuesday, December 15, 2009

bismillah..
-----------
tuhan,
kalaulah cinta dapat kuisi ke dalam botol,
aku ingin sekali menuangkan cinta ke dalamnya,
lalu dikunci kedap, dan kutinggalkan di rumah
agar ia sentiasa di sisi ibu untuk diteguk saban masa..

andailah kasih bisa kulipat cermat,
aku ingin sekali menyusunnya ke dalam bakul
lalu kutinggalkan di atas rak
agar ia sentiasa bisa disarung oleh ibu
tiap kali sejuk malam menggigitnya..

betapa aku berharap bahawa sayang ini bisa kubentang
agar aku dapat menghamparnya ke segenap ruang rumah
lalu kutinggalkan ia di situ
supaya setiap pijakan kaki ibu
akan beralaskan sayang dari hatiku..

Ya Allah ampuni aku
serta ibuku
juga ayahku
dan kedua nenda yang memeliharaku
mencurah segala kasih sayang untukku
mengenalkan aku dengan-Mu
mendoakan aku agar mentaati-Mu...

Wednesday, November 18, 2009

bicara sufi

PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA


Pertemuan Bukan Milik Kita - Suara Hati

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

-----------------------------

hurm.
selepas 10 mggu
entahkan kenal entahkan tidak dengan mahmud hijau tu..
entahkan bosan entah tidak dengan pertemuan2 kite..
entahkan mahu entahkan tidak untuk kunjung ke taman hati..

parting.
painful it is--

Friday, November 13, 2009

Baidha di rumah Mak Arwa

Sebaik salam disahut dari dalam, Baidha' meluru naik ke rumah. Seraya memijak lantai teratak kayu nan usang milik Mak Arwa, Baidha' meluru mendapatkan Mak Arwa yang tika itu sedang melipat kain. Segera dia menyalami tangan tua Mak Arwa, lalu buru-buru dia menyembam wajah ke bahu Mak Arwa. Dipeluknya Mak Arwa erat-erat. Seakan tidak ingin lagi dia melepaskan. Saat itu, Baidha' terus membiarkan air matanya berbicara. Sudah tak tertahan rasanya dia menanggung segala ini. Seakan ingin pecah hatinya menakung duka yang dihadapinya itu.

Mak Arwa membalas bicaranya dengan rangkulan kejap, seolah bisa meneka pilu yang merundung sekeping hati gadis muda ini. Gadis yang pernah menjadi anaknya buat beberapa tahun.

"Sudahlah tu nak. Mak pun rindu pada Baidha," jemari tua itu mengusap-usap belikat Baidha'. Lembut. Serasa mengalir renjatan sakinah ke dalam jiwa Baidha'. Pelukan itu bukan pelukan biasa. Dapat dirasakan seolah pelukan itu mengalirkan cinta dan mahabbah yang sungguh berbara-bara.

"Kenapa mak buang Baidha'? Baidha' tak mahu tinggal dengan Bonda. Baidha' kan anak mak. Kenapa Baidha' mesti duduk dengan Bonda? Baidha' nak balik duduk dengan mak. Sampai hati mak buang Baidha'!" suara Baidha kedengaran merengek. Tak ubah seperti anak kecil. Tangisnya menjadi-jadi.

"Aish, jangan cakap macam tu. Baidha' kan tetap anak mak. Walaupun Baidha' perlu mak kembalikan kepada Ibu Baidha' yang sebenar, ikatan atifi kita takkan pernah terlerai, sayang," Mak Arwa terus memujuk gadis yang diserah padanya saat masih bayi itu.

Masih segar di mindanya kisah belasan tahun dahulu, saat Bonda Baidha, Cik Puan Khalisah meminta Mak Arwa memelihara Baidha' buat sementara dek kerana perlu berhijrah ke tanah asing. Mak Arwa menatang Baidha' bagai minyak yang penuh. Diberi segala asuhan agar Baidha' membesar menjadi mukminah solehah seperti yang didambakan setiap ibu. Dan setelah beberapa tahun berlalu, Cik Puan Khalisah kembali ke sini dan menuntut haknya. Tentulah Mak Arwa perlu menyerahkan. Walau hatinya terlalu berat menghadapi kenyataan ini.

"Baidha', baliklah sayang. Tapi Mak Wa nak Baidha' ingat, Baidha' tetap anak mak walau bukan darah daging mak. Tapi Baidha' perlu taat kepada ibu, kerana dia yang benar-benar berhak keatasmu," Mak Arwa menuturkan baris itu dengan penuh hati-hati, kerana setiap bait itu memotong-motong lumat segenap inci hatinya. Hancur.

"Kenapa pulak?! Baidha' sayang mak. Ini rumah Baidha'," bentak Baidha'. Mak Arwa terdiam. Seperti selalu, gadis ini memang sukar untuk dipujuk.

Akhirnya mengalir juga air mata Mak Arwa. Mereka sama-sama bungkam, tenggelam dalam sebuah pengharapan agar kemelut ini dapat diakhirkan dengan baik. Air mata Mak Arwa sama bercucuran, sederasnya air mata Baidha' saat itu...

Thursday, November 12, 2009

Baidha di padang lalang

'Zrass!' Daun lalang nan tajam nian mengguris jemarinya. "Adeih! sakit betul," Baidha' mengaduh sendirian. Benarnya hati Baidha' menggerutu, menyesali keputusannya untuk melintasi padang lalang ini. Kenapalah tidak disusuri laluan biasa pejalan kaki bersebelahan sungai itu tadi! Jika ikut jalan biasa tentu takkan terguris begini. Ini sibukkan hendak mencari cabaran, nah rasakan luka pedih.

Sambil merengus kecil, Baidha' meneruskan langkah. Sesekali dikerling jam di lengan, mengira-ngira jarak relatif perjalanan yang telah dilalui. Kakinya tetap kejap melangkah pasti, walau hatinya tidak henti-henti memohon perjalanan dimudahkan. Dia ingin bertemu Mak Arwa di hujung kampung. Hatinya ingin melerai sebal yang terperangkap. Benarnya Baidha' rindu dengan Mak Arwa. Hampir dua bulan tidak bersua.

Ingin dilontar kata hatinya kepada wanita yang umpama ibunya itu. Terlalu ingin dikongsikan semak dadanya yang sarat dengan segala macam masalah kampung. Ingin diunjukkan jemarinya yang luka kepada Mak Arwa, mohon diubati.

Tiba-tiba kaki Baidha' berhenti melangkah. Dia ragu, perlukah dia meneruskan langkah? Sudikah Mak Arwa mengubati luka jemarinya? Dialog antaranya dengan Mak Arwa berputar;
+Baidha' tak hormat orang tua. Lain kali sopan sikitlah, Mak Wa ni dah banyak dengar cerita tau.
-Pasal beri salam kat Cik Yaqutah tu ke mak? Alah Baidha' dah bagi salam dah masetu. Makcik tu yg tak dengar. Pastu tuduh orang tak beradab. Tak semestinya orang muda ni semua tak cukup belajar adab tau mak.. Baidha' kan ada mak ayah.
+Ishh.. awak ni. Cakap lepas je. Lagi satu, jaga sikit perkataan tuh. Tak baik jika orang tua dengar, nanti tersinggung.
-Abistu, Baidha' tersinggung ni takpelah?
Mak Arwa menggeleng kepala. Payah benar rasanya memahamkan anaknya yang seorang ni.

"Baidha nak pi mana dok lalu kat padang lalang ni?" Pakcik Usin menegur. Apa yang pakcik Usin buat di padang ni??

____________________________
Owh, kamu ingat Baidha'? Sudah hampir tiga tahun dia tidak muncul di blog ini. Tiba-tiba wataknya muncul kembali.

Wednesday, November 04, 2009

Cerdek ep 7: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

Ingatan Sarah tidak putus-putus memutar kisahnya dan Aufa. Betapa gadis itu amat dekat di hatinya sebagai seorang adik, sahabat, taulan, saudara mahupun mutarobbi. Betapa indahnya impian yang dibina bersama suatu masa dahulu, untuk sama membina diri demi menjadi mata rantai pembela Islam. Sungguh, kenangan itu terlalu indah tika bersama berusaha membaiki diri, sama berusaha mencari redho Ilahi saat di tanah Abraham Lincoln itu.

masih diingat ketika sama-sama di rumah akhawat yg mereka namakan al-fathiyah. Sarah dan Aufa saling membangunkan di kala dinihari, sama berjemaah dalam bersolat dan berma'thurat, saling mengingatkan untuk bertilawah dan tadabbur. Kadang memasak bersama, kadang mencuci bersama. Semuanya seindah sebuah keluarga. Subhanallah itulah masa yang terindah dalam seluruh usianya saat berada di Purdue. Sangat terharu apabila melihat Aufa turut berubah kepada yang lebih baik dari masa ke masa, seiring dengan pertukaran musim yang boleh dilihat perubahannya.

namun kini segalanya lain. Aufa seolah sedikit menjauh ketika Sarah berziarah ke rumahnya tempohari.

Friday, October 30, 2009

Cerdek ep 6: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

Jumaat minggu itu Aufa mengambil cuti untuk pulang ke kampung, kerana Khairun dan keluarga akan datang berziarah pada Sabtunya. Aufa terasa sudah hampir benar tarikhnya, tetapi dia tidak membuat sebarang persiapan lagi. Paling dirisaukannya, Aufa merasakan dirinya seolah makin tidak bersedia menjadi isteri. Benarkah dia akan mengikat janji dengan lelaki yang telah 2 tahun tidak ditemuinya itu? Aufa gugup memikirkannya..

Usai solat subuh pagi jumaat yang barokah itu, Aufa membuka kembali lembaran ma'thurat. Dibacanya ma'thurat yang telah lama ditinggalkan itu dengan penuh tadabbur. Kemudian Aufa menyambung teleku di atas sejadah pada pagi hening itu dengan bacaan surah Al Kahfi sehingga habis 110 ayatnya. Kemudian ditadabburi ayat-ayat cinta dari Allah itu satu persatu. Betapa indah empat cerita yang disebut dalam surah itu... Serasa begitu lama tidak mentadabburi ayat-ayat cinta dari Allah, dek kerana menyibukkan diri dengan tugas pejabat dan segala macam urusan dunia.

Pagi itu seolah suatu ketenangan menyusup masuk ke jiwanya. Selesai berpagi-pagi dengan surah Al Kahfi, Aufa bingkas ke dapur dan mengemas serba sedikit.Kemudian dia menuang susu dan muesli jenapa Alpen ke dalam mangkuk sebagai sarapan. Sambil menyuap muesli, Aufa menghidupkan komputer. Beberapa akhbar dan lelaman blog 'wajib baca' dilayarinya. Sedang asyik membaca, satu tetingkap Y!M menjelma.

"Salam. Di pejabat?" Khairun memulakan bicara. Aufa gugup. Hanya memandang sepi kepada tetingkap itu. Apa urusannya mengajak berbual pula?

"Fa, ana tak sabar tunggu esok. Debar. Fa pakai baju warna apa esok? Ana nak pakai kemeja warna sama," Khairun menambah lagi. Jantung Aufa bagai tertikam. Serasa kata-kata Khairun memalu genderang ke dadanya. Namun cepat dikawal perasaannya.

'Aish.. macam tak halal je nih,' kata-kata itu tiba-tiba terdetik di hati Aufa, serentak mengundang rasa tidak selesa. Dibatalkan niatnya untuk menjawab pertanyaan Khairun. Jemari Aufa berhenti menari. Fikirannya kosong. Sudahnya tetingkap Y!M Khairun terbiar tak berjawab, hinggalah Aufa mengambil keputusan untuk terus menutup komputernya.

Sungguh, tiba-tiba Aufa rasa tak selesa. Tidak seperti selalunya, Aufa pasti gembira menerima khabar dari Khairun baik dari Y!M, SMS mahupun panggilan telefon. Namun entah mengapa, hari ini Aufa benar-benar terasa seolah terlalu lama dia membiar jahiliah tersebut berlegar-legar dalam perhubungannya dengan Khairun. Memang benar, dia akan berkahwin dengan Khairun, namun pastinya itu bukan lesen untuk mereka berdua berhubungan melebihi batasan syarak. Perbualan-perbualan yang terlalu peribadi, emel, SMS dan panggilan telefon tanpa urusan penting tentunya tidak sesuai untuk mereka berdua selagi tidak ada ikatan pernikahan yang sah!

Aufa berbaring di katil memikirkan... Benarkah ini bakal suaminya? Bakal bapa kepada anak-anak yang ingin dihantarnya syahid ke syurga? Kata-kata Kakak tempohari benar-benar menghantuinya kini.

aku ingin mencintaimu

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering
membuat-MU kecewa

entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri
aku kesempatan berulang kali
agar aku kembali

dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghambakan-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

aku ingin mencintai-MU
setulusnya,
sebenar-benar aku cinta
dalam do'a
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-MU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu
dengan-MU ya Rabbi

Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com

Tuesday, October 27, 2009

batu oh batu


saban hari batuan dicipta demi sebuah tembok kukuh...
sebijik batu harus kuat, kukuh dan tegar agar tembok yang hendak dibina takkan meroboh.


tembok kukuh mulai dibina, dibina dan dibina... namun tengtibe..
kenapa macam goyang di sini-sana?
why oh why?


owhh rupanya bila disemak, ada wujudnya batuan yang rapuh di sini, situ dan sana.
maka binaan goyang,
bila kena tiup angin skit, dia gegar2.
pastu cam crack. here and there. owk-oww!

result: devastation.

resolution: wahai batu, kenape awak rapuh? kesian batuan lain.. penat2 mereka cuba menjadi batuan ter-terer seperti diharap oleh penciptanya. tapi kerana awak, maka tembok kite cam goyang2. batuan lain pun jadi hancur sebab awak tak kuat. camni lambat lagilah fort kite nak settle. kerana batuan rapuh camnilah yang akan melambatkan proses pembinaan itu. sedih nye.

"saya tak larat dah! jangan kira saya dah. tayah susah2 nak susun saya! saya taknak jadi batu dah!!! saya bukan lagi dalam golongan batu. maaf," demikian kata awak satu hari.
masa tu kite nampak tukang simen tu gelak.
dia gelak dalam kesedihan.
dia gelak kerana takleh nak percaya,
batu boleh pulak taknak ngaku batu.
nak jadik pasir.
batu ialah batu, kerana ia dicipta bertujuan untuk menjadi batu!
thats final, ok?
its sort of stated onto ur fingerprint.
"saya batu".
so jadiklah batu sejati.


Monday, October 19, 2009

ajaib

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

istiqomah

ana akui, salah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah istiqomah atas perkara-perkara wajib. 'wajib' di sini bukanlah wajib feqhiah, tetapi alwajibat yang merupakan tanggungjawab kita.

Memahami Tanggungjawab

tanggungjawab? ape tu? tanggungjawab ini akan menjadi subjektif, bergantung kepada persepsi kita terhadap siapa diri kita. jika kita merasakan kita seorang anak, maka kita punyai tanggungjawab terhadap ibu ayah. jika kita merasakan diri kita seorang doktor, kita punyai tanggungjawab terhadap pesakit. begitulah seterusnya.

seorang doktor yang tidak merasakan dirinya perlu menjadi doktor sepanjang masa walaupun memegang jawatan doktor di siang hari, pasti tidak akan istiqomah menjadi doktor 24/7/365. pasti akan ada harinya doktor perlu bercuti, duduk rehat sebentar melepaskan lelah bekerja. contoh mudah; seorang yg bekerja sebagai doktor, diminta bekerja 20 jam sehari tanpa cuti sampai mati. dan sila kerja tanpa sebarang bayaran walau sesen pun. khabarkan kepada ana di manakah dapat ditemui seorang med-grad yang sanggup bersetuju dengan tawaran ini?

dalam merasai tanggungjawab seorang muslim, kita seharusnya menghayati dan melihat diri sebagai seorang muslim sejati. muslim sejati ialah fulltime muslim, yang tidak akan memohon cuti walau sejam pun dari "Boss"nya. dia akan sentiasa melaksanakan tanggungjawabnya tanpa mengira apapun yang menghalang. dia akan bertugas walau panas, walau penat, walau tidur, walau jaga, walau susah, walau perit, walau terhalang. dia adalah dia, muslim. hanya muslim, fullstop.

jadi apa alwajibat seorang muslim? seorang muslim yang mukmin, pasti tidak akan lari dari merasai tanggungjawab mentajarud diri dan menumbuhkan islam di dalam diri agar sentiasa membesar dengan akar iman menunjang jauh ke dalam tanah dan pucuk menjulang ke langit. pohon islam itu lalu merimbun dan memberi teduhan kepada orang sekeliling, dan juga memancarkan benih-benih islam ke dalam hati orang lain agar turut tumbuh dan membesar. akar imannya begitu teguh, hingga tidak akan goyah walau dihempas taufan. pohonnya begitu merimbun, hingga makhluk sekeliling mampu mendapat manfaat darinya. indah sekali.

firman Allah;
"tidakkan kalian memperhatikan bagaimana Allah membuat perumpaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit.. Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat" (14:24-25)

Tanggungjawab daie

Seorang muslim akan menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin tuhannya. Jika ditadabburi, "buah" ialah medium penyambung generasi. dari buahlah akan terpancar benih pohon-pohon baru. dengan buah yang bermutu, barulah akan memastikan kesinambungan generasi berjalan dengan baik. inilah yang dinamakan tanggungjawab DAIE.

maka untuk memastikan pohon islam kita melahirkan buah yang bermutu dan tidak rosak, maka pohonnya harus mendapat nutrisi yang sewajarnya. selain siraman ilmu dari talaqqi-talaqqi, akar iman harus disirami dengan amalan-amalan soleh sebagai manifestasi kefahaman, yang membawanya semakin mendekat kepada Allah. Infaq, tilawah, zikrullah, qiyamullail harus mulai menjadi baja buat diri.

kemudian tidak dapat tidak, kita bertanggungjawab untuk tajarud. segala yang akan membantutkan atau meracuni perkembangan pohon islam kita harus kita elak jauh-jauh. percakapan kita mestilah sentiasa berkisar tentang islam dan sekitarnya. pembacaan kita pula harus mulai terarah kepada pembentukan jiwa dan fikrah mukmin daie. Kita tidak perlu lagi kepada novel-novel chenta, majalah-majalah muda remaja dan sebagainya. Jalan-jalan kita bukan lagi melancong, percutian atau beli-belah yang tidak bermakna. rak DvD kita tidak lagi dipenuhkan dengan movie yang tak berfaedah. Halwa telinga kita bukan lagi nashid yang lalai, apatah lagi muzikal cinta. kawan-kawan di samping kita bukan lagi yang membawa kepada kelalaian, tetapi kitalah yang menjadi insan yang membawa mereka kepada jalan memahami dan memaknawikan islam. tiada lagi cinta antara bukan mahram. semuanya kita kesampingkan lantas ditinggalkan jauh-jauh.

Sabda nabi: "elakkan apa yang aku larang, dan buatlah apa yang aku suruh semampumu..." (Bukhari dan Muslim-#9H40).

dari situ kita fahami bahawa dalam mengelakkan/mentajarudkan diri dari apa yang dilarang adalah suatu arahan yang tidak disertai pilihan kedua. tidak seperti melaksanakan suruhan, kita dibolehkan melakukan 'dengan semampunya', which means kita buat sehabis daya namun jika tak dapat maka Allah maha pengampun... maka jika kita benar merasai dan menghayati tanggungjawab kita sebagai muslim, maka kita takkan beri diri kita pilihan kedua dalam perkara-perkara yang dilarang. pilihan yang ada cumalah islam, iaitu menyerah diri kepada 'selamat'.. maka selamatkanlah dirimu lalu istiqomahlah duhai akhawat!

Friday, October 09, 2009

Tak Layak..

Ana masih belum faham mengapa setelah bertahun-tahun diulit dan dibelai oleh tarbiyah robbani, namun masih ada yang merasakan dirinya belum 'bersedia' menyentuh hati manusia, menjalankan kerja-kerja tabiyah. "Tidak bersedia" yang pada sesetengah kita membawa makna "tak cukup ilmu" dan "tak cukup layak". Tulisan ini bukanlah untuk menyelar sesiapa atau merasakan diri sendiri yg baik (na'uzubillah) tetapi adalah sesuatu yang amat mengecewakan jika mutarobbi yang terlahir dari tarbiyah ini tidak mampu melahirkan mutarobbinya sendiri.

Soalnya di sini, apakah benar setelah pelbagai peringkat modul dilalui maka kita masih tidak bersedia? Para murobbi begitu komited ingin mencapai 'objektif' dan 'KPI' tetapi bagaimana kita sendiri sebagai mutarobbi? Ataukah sebenarnya segala ilmu yang dikutip semasa usrah-usrah dan segala program daurah dan tamrin itu terlalu banyak hinggakan hanya tinggal menjadi ilmu di kepala?

Hidup sebagai seorang guru sekolah banyak mengajar ana erti tarbiyah, dalam menyelami perasaan 'murobbi'. Betapa kecewanya seorang guru apabila murid yang dicetaknya tidak mampu untuk memahami apa yang diberikannya. Atau lebih mengecewakan apabila murid yang lulus peperiksaan dengan baik, namun sebenarnya tidaklah faham apa yang dipelajari selama ini. Akalnya tinggi tetapi tidak mencerminkan dirinya. Same goes to this tarbiyah; alangkah sedihnya jika ia sekadar ilmu di kepala tetapi bukan sesuatu yang bersifat inqilabiyah di hati dan jiwa..

Bukankah dakwah ini bersifat inqilabiyah, merubah jiwa dari gelap kepada cahaya? Para sahabat telah melalui zaman yang jahiliahnya hitam pekat menggila, malah mungkin sebenarnya menjalani hidup yang terlalu jauh lebih teruk dari hidup jahiliah kita. Namun apabila disentuh oleh Islam maka para sahabat telah merubah diri menjadi 'logam' terpilih bagi Islam. Tetapi ini berbeza pula bagi kita, jahiliah kita tidaklah sampai buta dari mengenal Pencipta, membunuh manusia, atau segala macam jahiliah yang tak tersanggupi kita bayangkan. Namun peliknya adakalanya setelah bertahun dalam tarbiyah, kita masih membawa dan mengendong jahiliah itu!

Hairan bukan, para sahabat kadangkala hanya perlu satu pertemuan dengan murobbinya untuk meninggalkan kehidupan jahiliahnya, lalu mengungkap janji untuk setia pada Nur Islam. Tetapi kita pula, setelah berpuluh-puluh malah mungkin telah beratus atau beribu kali pertemuan, namun masih membelai2 jahiliah di lubuk jiwa!

Apakah mungkin inilah puncanya rasa "tak layak" itu? Ilmu yang diperolah hanya tinggal di kepala sebagai ilmu, namun tidak diresapi di hati dan syu'ur (perasaan) kita. Kita mencipta pelbagai alasan untuk men-justify bahawa kita tak sehebat sahabat dan secara tak langsung apakah kita ingin menyatakan bahawa kita mahu murobbi yang 'sehebat' rasul untuk menjadi sehebat sahabat.. Bukankah telah dia wariskan kepada kita dua perkara, yang bila kita berpegang teguh pada dua ini, kita takkan sesat??

Murobbi telah menunjuk jalan. Maka ingatlah bahawa Allahlah yang memberi cahaya. Kita diajarkan agar memohon dengan Allah untuk ilmu yang bermanfaat, lalu apakah kita telah berusaha meletakkan ilmu itu di tempat sepatutnya dan disampaikan sehabisnya agar ia benar-benar menjadi sesuatu yang bermanfaat?

Owh tulisan ini memang banyak persoalan. Jawapan ada dalam diri kita sendiri termasuk ana, dan jawapan yang paling baik akan dapat kita ungkaikan setelah tembok ego dan su'uszhon kita dipecahkan! Fikirlah, sebelum Allah menyoal syahadah kita kelak.

wassalam.

Wednesday, October 07, 2009

Sangka...

jangan sampai doa permintaanmu kepada Allah itu kau jadikan sebagai alat (sebab) untuk mencapai pemberian Allah, nescaya akan kurang makrifatmu kepada Allah, tetapi hendaknya doa permintaanmu semata-mata untuk menunjukkan kerendahan kehambaanmu dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan kebesaran dan kekayaan Tuhanmu...

syeikh ibn athoillah as sakandary..

Saturday, October 03, 2009

kata dia

"sebenarnya aku mempunyai dua impian.
impianku yang pertama adalah membahagiakan keluargaku, ibu bapaku.
impian aku yang kedua ialah aku ingin membimbing masyarakat. mendidik anak bangsa. agar menjadi faham akan tugasnya.."

aku?
juga begitu.


_________________________
jatuh cinta lagi dengan tarbiyah IHAB.

Thursday, October 01, 2009

ujian keimanan

tidak berapa lama yang lalu ana bertemu dengan beberapa permata hati ana. sewaktu berbual, terlihat garis muram di wajah salah seorang darinya. entah mengapa, kadang kala agak mudah untuk meneka mood seseorang. Walau seimbas saja, tapi hati ana terketuk. 'Pasti ada yang tak kena,' itu kata hati.

Lewat malam itu ukhti itu menghantar sms. "Kak, macam mana kita nak menyayangi Allah melebihi segalanya? Macam mana nak menimbulkan rasa berharap hanya kepada Allah semata?"

Bagi ana, jawapannya ada di sisi kita sendiri. Namun ana yakin di sana ada suatu cara untuk menilai apakah penyebab kita masih belum mampu menyayangi Allah mengatasi segalanya. Menyedari hakikat bahawa Lailaha illallah itulah manhaj hidup kita, seharusnya kefahaman ini hadir bersama suatu kefahaman bahawa kita harus 'mengosongkan' diri dan jiwa kita dan hanya diisi dengan tauhid.

yang akan menjadi masalahnya adalah apabila berlaku beberapa perkara yang akan melambatkan proses 'pengosongan' atau pembersihan tadi. tidak teringat siapa yang menulis, tapi ana ada terbaca beberapa sebab iman kita belum iman yang total. paling common ialah apabila;

1. kita mengenepikan hukum Allah dan menurutkan dorongan al hawwa' baik dalam perkara besar mahupun perkara kecil dalam hidup. make it jahiliyah terbesar atau sekdar palitan jahiliah di hati. make it 'perasaan ingin berpasang-pasangan' atau sekadar perasaan suka kepada hiburan.

2. ada sesetengahnya pula melebihkan kebiasaan adat budaya (keturunan, keluarga, nenek-moyang) daripada hukum Allah. "ohh tak boleh baca surah lain pada malam jumaat. malam jumaat patut bace yasin je akhi!". Kita buat kerana kita biasa dengannya. rasa canggung dan menyalahi jika kita tak buat. apekah?

3. seterusnya kita mengabaikan sistem hidup yang diajar Allah dan Rasul-Nya, dan mengikuti cara hidup manusiawi; sama ada cara hidup masyarakat kebanyakan mahupun cara hidup dan pemikiran barat. ini cam obvious la jugak. kadang memang jelas terlihat, sesetengah kita masih merasakan yang 'barat lebih betul'. atau 'yang sume orang buat tu takkan lah pulak salah?". inilah masalah kita. macam mana kita nak sayang Allah melebihi segalanya, jika bila Allah uji dengan "kau nak ikut yang biasa orang buat ke, kau nak ikut yang Aku suruh?" lalu kita tumbang??

entahlah dik. fikirlah sendiri.

Wednesday, September 23, 2009

Diketuk Rehal Cinta

Tengah hari tadi sempat bersama-sama sembang di alam maya dengan adik-adik saya di tanah besar. Wah, sepertinya terlalu hampir saja mereka dengan saya. Serasa yang jarak seputar bumi ini seolah di sisi sahaja! Pastinya rindu bukan perkataan terbaik untuk diberitahu, namun itulah dia perasaan yang menguasai saya sesekali. Apapun, sangat bersyukur kerana Allah memilih kami untuk bertemu sebentar, walau hanya sekadar melepas rindu di alam maya..

Sedang asyik berbual, terkeluar suatu isu--tentang lambakan drama dan skrip-skrip filem berunsur keislaman. Islam--namun pada saya mungkin sesekali layak kita katakan ia adalah Islam yang mungkin ditepek-tepekkan kepada kisah-kisah cinta yang sedia melaut banyaknya di layar perak dunia hari ini. Apapun, saya melihat ini dari dua sudut; sudut rahmat dan sudut malang. Rahmat, kerana bagi saya setidak-tidaknya penonton tegar akan punyai hidangan televisyen yang sedikit lebih bermanfaat berbanding sinetron-sinetron. Namun malang sekali kerana kita (baca: para pelaung pejuang dakwah) masih gagal untuk membantu dalam penghasilan filem-filem yang benar-benar islami luaran dan 'dalamannya'. Islami baik dari segi ceritanya, mesejnya sehinggalah kepada cara penghasilannya yang menjaga batas-batas syariat.

apapun, mabruk kepada penusis-penulis skrip yang berjaya mencetus suatu arus baru dalam dunia filem dan layar perak--menghasilkan kisah-kisah yang berbau islam. usaha ini pastinya akan beroleh peningkatan suatu masa nanti. Dan ketika itulah saya berangan-angan untuk menerbitkan suatu cerita : Diketuk Rehal Cinta seperti yang kami diskusikan bersama tengah hari tadi. hehe. Kisah seorang pelajar Freshman di Nashville yang baru mengenal dunia tanpa ikhtilat setelah datuknya datang bertandang ke bumi besar itu. (Tolong baca: Angan-angan). sekian.

Thursday, September 10, 2009

Cerdek ep 5: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

"Iye, Farah... Naqibah Aufa masa di US dulu memang bionic woman! Kelmarin dia bercerita yang dia bawa empat usrah. Setiap hujung minggu ke program. Cuti-cuti holidaynya hanya di tapak program," Aufa bercerita dengan mata yang galak bercahaya. Teruja benar intonasi suaranya.

"Ish, ye ke.. Farah nak bawa dua grup pun fikir panjang. Yelah, kita nak kualiti kan. Bukan kuantiti. Kita tentunya tak mahu bilangan yang kosong. Kita mahu membina rijal-rijal, bukan sekadar orang-yang yang akan pudar semangatnya," Aku bersyarah panjang lebar. Bimbang juga di hati, Aufa akan bersemangat untuk berdakwah sekadar hangat-hangat tahi ayam.

"Iyelah jugak kan, Aufa setuju ngan Farah. Mesti anak usrah Farah semua mantap kan? Dah dua tahun kita bersama, Aufa tak pernah pula berpeluang jumpa mutarobbi Farah. Sure hebat kan? Kakaknya pun sgt wise," Aufa memuji. Pujian yang membuat aku terkedu. Benarkah mutarobbi binaanku mantap? Jauh manakah mantapnya mereka? Datang usrah pun ikut timing sendiri. Kemudian bila universiti cuti, tarbiyyah pun cuti panjang, selalunya lebih panjang dari cuti universiti. Padahal sudah dalam tarbiyyah bertahun lamanya. Apa yang tak kena ya?

Kakinya semua sudah berstoking. Bajunya sudah besar dan labuh. Tudungnya dahpun lebar. Walau masih ada yang alergi pada tudung labuh, tapi sekurang-kurangnya tudungnya sudah kian terjaga. Alhamdulillah, sifat 'memastikan diri terjaga' bukankah sifat orang bertaqwa? Memastikan diri dan kehormatan terjaga rapi pastilah sifat yang harus dididik dalam jiwa yang menuju taqwa. Teringat bagaimana taqwanya para sohabat, tersangatlah berhati-hatinya mereka dari menjerumuskan diri kepada murka Allah seolah meniti jalan berduri kala gelap malam. Jadi begitulah akhawat, seharusnya akan sentiasa memastikan diri benar-benar terjaga dari mempamer bentuk tubuh dari terlihat dek mata lelaki ajnabi.

Namun cukupkah dengan tudung besar, baju labuh dan stoking? Apakah jika ada panggilan ji-h*ad maka mereka akan menderu datang menggabung kekuatan? Apakah jika semboyan dibunyikan tatkala sedang bersenang-lenang di rumah bersama keluarga tercinta yang telah lima bulan tak bersua, maka anak-anak binaanku ini akan berpusu-pusu hadir menjawab panggilan? Aku belum pasti lagi, walau telah empat tahun dia bersamaku dalam halaqah-halaqah. Apa yang harus aku buat?

Tuesday, September 08, 2009

...



"Ya Allah, jangan bebankan kami yang tidak kami terdaya..."

Thursday, September 03, 2009

Sunday, August 23, 2009

buku

selama ini saya mengenal said hawwa hanya melalui bukunya yang popular seantero dunia itu; tazkiyyatunnafs. mengetahui beliau adalah 'daie kental spiritual', maka saya tidak mengagak bahawa beliau begitu mantap fikrah dakwah dan harakiahnya. saya kirakan beliau seorang yang masih cenderung ke arah kesufian, namun mungkin saya terlupa bahawa hidupnya mempunyai dua fasa.

semalam seorang pakcik menghulur dua buku untuk saya habisi. meladeni tulisan beliau tentang risalah ta'lim membuat perspektif saya terhadap syeikh ini berubah seluruhnya. apapun saya kira tulisan beliau dalam tazkiyatunnafs adalah yang paling saya cintai. dari sudut isinya, tulisan ini bersifat umum dan tidak berat, namun cukup untuk dijadikan panduan ringkas sehari-hari.

kendatipun, kecintaan saya kepada tulisan amru khalid mengatasi semua cinta saya kepada buku-buku selainnya. tulisannya sentiasa segar dan membeningkan hati, memotivasikan dan lalu mambawa kepada ingatan untuk Tuhan. masya-Allah, betapa saya kepingin mendengar sendiri bicara dari lidah syeikh yang ini. oops. afwan, saya memang cenderung kepada isian-isian kesufian/kehatian.

tetapi ketika bersama-sama adik-adik kesayangan saya, saya kira tulisan abul a'la almaududi adalah yang paling seronok untuk dikongsikan. hehehe. jika kamu adik saya kamu tentu tahu kenapa. (*wink*). saya lahir semula, mengenal dan membesar bersama islam dimulai oleh tulisannya. tidak hairanlah kata-kata seyikh yang satu ini memangnya sentiasa memberi kesan kekal kepada saya. inshaAllah semoga terus-terusan kesannya itu berlaku kepada saya dan semua. =)

***

adik saya yang seorang sudah touch down dari peti sejuk sana. tak sabar menanti esok, untuk berbuka puasa bersama-samanya dan lain-lain. yey.

Saturday, August 22, 2009

fair

Allah is fair
he creates heart and he creates happiness and sorrow to fill it
Allah is fair
the small eyes could afford to see the whole world;
it means the small heart would afford to keep all the happiness and sadness it feels.

* * *

kematian akan sentiasa mengintai. kala izrail menjengul wajah dan bersua, barulah kita tahu bahawa masa kita sebenarnya telah terlalu banyak dibazirkan. terlalu banyak perkara yang belum dibuat, sedang waktu telah terlalu banyak terabai.

Wednesday, August 19, 2009

Cakaplah denganku..

Cakaplah denganku.. Aku perlukan sesuatu dari kata-katamu
Lantas kau berkata..
"...bersabarlah, kesudahan (yang baik) adalah bagi orang yang bertakwa.."11:49

Bercakaplah lagi.. Aku perlukan..
Dan kau berkata lagi..
"dan Dia memperkenankan (doa) orang2 beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah pahala kepada mereka dari kurnia-Nya.."42:26

Ya Tuhan.. Bercakaplah denganku lagi dan lagi!
Maka katamu;
"kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah musa dan fir'aun dengan sebenar-benarnya untuk ORANG BERIMAN....28:3
Dia berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku.."28:16
..Robbi inni lima anzalta ilaiyya min khairin faqir..28:24"

Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik..

Monday, August 17, 2009

Di mana dakwah berkisar, di situlah aku mahu berkisar

Kun fiddunya ka annaka ghorib au 'aabiru sabil..

"Semoga seluruh Malaya akan di 'kisar'."

Jazakumullah para murobbi dan murobbiah.
Saat ini, terlalu hangat perasaan dan rabithah ini.
Semoga menjadi bukti di mahsyar kelak.
amin.

Wednesday, August 12, 2009

Tinggal

Satu lagi adik saya akan meninggalkan saya.

Benarnya saya memang amat alergi dengan perasaan ini. Saya syukuri anugerah Allah ini (inshaAllah); punyai perasaan yang sensitif terhadap insan-insan yang dekat di hati. Namun adakala perasaan sebegini sedikit menguji. Perasaan tinggal-ditinggalkan sebegini sungguh berbaur melankoli.

Akhwat itu saya temui di jalan Dakwah ini, tidak ada langsung pertalian antara kami melainkan kasih sayang dan cinta-mencintai kerana Allah semata. Teringat dua tahun lepas, bagaimana girang wajahnya ketika saya berkunjung menemuinya seminggu sekali dengan 'kuda mini' warna perak (yang telah hancur dihentam kuda lain pada kecelakaan lalu). Betapa saya tidak mahu meninggalkan daerah itu dahulu semata kerana akhwat sepertinya. Ingatan saya masih kuat kepada buku bertatah kartun sang lebah kami semua. Masih segar juga kenangan jaulah kami, dengan kuda putih itu. Dari selatan hingga utara kami jejaki, dan di situlah ukhuwah kami bersemi. Indah.

Kini, dia akan meneruskan jaulahnya ke sebuah tempat yang lebih jauh. Dan saya pula akan tertinggal di sini untuk terus mengukur qadar Allah yang Dia tuliskan untuk saya. Barangkali beginilah. Semoga apabila tua (renta) nanti, saya akan tetap terus thabat untuk punyai perasaan hangat terhadap dakwah sama seperti hari ini. Semoga.

Dan untuk adik itu, semoga dia juga akan terus memanaskan telapak kaki dengan berlari lebih stabil lagi. Sampai masa berlari sendiri, semoga terus bersama walau jauh di sana.

Selamat jalan. Tinggallah (sa)ya.

Thursday, August 06, 2009

Cerdek ep 4: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

Inbox dibuka. Tertera sebaris nama dan tajuk emel dari seseorang yang memang tidak akan pernah asing dalam hatiku. Terukir ceria pada hari ini, sekian lama tulisanku kepadanya tidak pernah berbalas, namun hari ini Allah menjawab kerinduanku! Segera aku menerobos ke ruang maya inboxku, membaca emelnya.

Sarah, nama yang ringkas dan berbunyi tradisional, namun penuh kelembutan. Itulah saudaraku yang 'terdekat' ketika berjuang demi segulung ijazah di tanah asing. Insan yang kupanggil 'kakak' itu tidak pernah gagal mengubat kegersangan jiwaku sebagai hamba-Nya. Namun kini telah hampir dua tahun Kakak tidak lagi di sampingku. Tiada lagi kalimat-kalimat penuh makna darinya, menerangkan kalam cinta dari Tuhan buatku yang sering terlupa. Tiada lagi pizza dan pastanya, yang sentiasa menjemput gelodak perasaan untuk menjamahnya. Tiada lagi panggilan-panggilan telefon darinya, menanya khabar serta membangkitkan lenaku demi tahajud dan tartil tilawah. Semuanya berubah kini.

Sebulan selepas aku berangkat pulang dari US, Kakak yang hampir selesai menyiapkan sarjananya ketika itu, dijodohkan oleh naqibahnya dengan seorang abang dari UK. Mereka bernikah di masjid West Lafayette, yang jauhnya kira-kira 5 minit memandu dari kampus kami. Suaminya terbang dari UK semata-mata untuk bernikah dengannya. Tiada hantaran, tiada bunga manggar. Cukup sekadar Surah as-Soff sebagai maharnya dan kenalan muslim terdekat di Purdue sebagai tamunya. Wah! Teruja benar aku mendengarkan cerita mereka! Tidak pernah bersua wajah, namun dengan izin Allah kini bahagialah hendaknya.

Kali akhir mendengar khabar Kakak adalah kira-kira setahun lepas barangkali, menyatakan beliau sudah berhijrah ke Newcastle, UK dan bakal menjadi ibu. Lebihnya, Kakak banyak berdiam sahaja. Emel pun tidak berbalas, barangkali sibuk dengan urusan keluarganya. Benarnya aku juga tidak begitu betah menjawab panggilan Kakak. Pernah sekali nombor luar Malaysia tertera di telefon genggam, namun panggilan kubiar tidak berjawab. Mungkin dia. Ah, serasa malu semakin tebal, menutup rasa rindu kepadanya. Masakan aku tidak ditimpa malu, kukira aku yang dulu jauh sekali bezanya dengan aku yang sekarang. Sudah jarang kututur perkataan 'dakwah' apa lagi meladeni buku-buku serta pengisian-pengisian tentangnya. Cuma yang masih kekal adalah tudung bidang 60" pemberian kakak, dan yang kubeli di sana sini. Selainnya? Janggal.

"Salam Aufa, kakak akan balik sekejap ke Malaysia hujung minggu ini. Akan berada selama dua minggu di Malaysia. Kakak balik seorang, menguruskan beberapa hal. InshaAllah niatnya nak bertamu di rumah Aufa barang sehari dua. Boleh ke? Lapang tak hari sabtu dan ahad ni? Love-Kakak" Demikian kandungan emelnya. Padat.

* * *

"Macam mana Kakak boleh terima lamaran Akhi Ibrahim?" tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulutku malam itu, saat kami bersantai-santai menunggu waktu tidur. Kakak sedang menggosok jubah dan tudung bulatnya, sedang aku pula menguliti senaskhah majalah Solusi edisi 7. Sekadar menyelak-nyelak, melihat gambar. Benakku sebetulnya penuh dengan pelbagai soalan buat Kakak.

"Hahaha. Jodoh kot?" Kakak menjawab sambil menghambur tawanya. Terbit rasa indah bersama kakak, teringat detik-detik kami sebilik dahulu. Kakak memang riang-ria orangnya. Namun, dalam keriangannya, dia memang membawa hati dan jiwaku kepada Islam. Entah bagaimana, tetapi hatiku benar-benar kembali kepada Islam selepas bertemunya. Dan kini, tidak semena-mena wujud kembali semangatku ingin terus mengislah diri. Semangat yang demikian lama meluntur kini tiba-tiba menerjah kembali.

"Kakak masih bawa usrah?" Aku menyoal.
"Empat halaqah je. Seminggu 7 hari, 4 hari utk buat halaqah, 1 hari utk diri sendiri, hujung minggu untuk program-program," Kakak menjawab bersahaja. Aku menelan liur. Empat? aku nak pergi usrah untuk diri sendiri pun liat, inikan nak membawa empat halaqah?
"Wah. Sempat ke Kakak?" aku menanya. Naif.
"Kan manusia memang diciptakan berkeadaan susah payah?" Kakak berhenti menggosok dan menentang ekor mataku. Dia menyeringai mempamer sebaris giginya.
"Lagipun akhi pun selalu takde di rumah, kesana-kemari untuk tarbiyah. Mana boleh Kakak kalah ngan akhi," Kakak menyambung.

[BERSAMBUNG]

Thursday, July 16, 2009

itulah dia... siapalah ana?

Dia meyakini: "Sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad SAW junjungan kita, penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur’an itu Kitabullah. Islam itu perundang-undangan yang lengkap untuk mengatur kehidupan dunia akhirat."

Dia berjanji: "Akan mengarahkan diri saya sesuai dengan Al-Qur’an dan berpegang teguh dengan sunah suci. Saya akan mempelajari Sirah Nabi dan para sahabat yang mulia."

Dia meyakini: "Sesungguhnya istiqomah, kemuliaan dan ilmu bagian dari sendi Islam."

Dia berjanji: "Akan menjadi orang yang istiqomah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemunkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya. Mengutamakan kekeluargaan dan kasih sayang dalam berhukum dan di pengadilan. Tidak akan pergi ke pengadilan kecuali jika terpaksa, akan selalu mengumandangkan syiar-syiar islam dan bahasanya. Berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk seluruh lapisan umat ini."

Dia meyakini: "Di antara kewajiban seorang muslim menghidupkan kembali kejayaan Islam dengan membangkitkan bangsanya dan mengembalikan syariatnya, panji-panji islam harus menjadi panutan umat manusia. Tugas seorang muslim mendidik masyarakat dunia menurut prinsip-prinsip Islam."

Dia berjanji: "Akan bersungguh-sungguh dalam menjalankan risalah ini selama hidupku dan mengorbankan segala yang saya miliki demi terlaksananya misi (risalah) tersebut."

Dia meyakini: "Bahwa kaum muslim adalah umat yang satu, yang diikat dalam satu aqidah islam, bahwa islam yang memerintahkan pemelukya untuk berbuat baik (ihsan) kepada seluruh manusia."

Dia berjanji: "Akan mengerahkan segenap upaya untuk menguatkan ikatan persaudaraan antara kaum muslimin dan mengikis perpecahan dan sengketa di antara golongan-golongan mereka."

He walked the talk.
menemui impiannya.
lalu siapakah kita?

pantaskah kita menyahut;
"kitalah perindu syahid.."
pada ketika begitu dalam perasaan itu mencengkam dada..
saat terlalu ingin melepaskan segala ikatan dan bebanan kesibukan di dunia
serasa terlalu menanti ketikanya tiba..
seolah terlihat-lihat bayang pemandangan syurga..

suatu saat ana tersentak
cukupkah rindu itu sebagai penyemat semangat?
wajarkah hanya sekadar rasa..
sudahkah terasa indah munajat sepertiga malam..
memadu manisnya tahsin tilawah...
tenggelamnya dalam debu dan hanyir peluh penat
lemah dan letih lenguh di atas jalanan berhaba
kering liur menadah tangan memohon doa..


Berjanjilah!
yakinilah!

Tuesday, July 14, 2009

Suatu yang Rimbun Dalam Hati..

"Fitrah semulajadi yang mendorong kedua ibubapa berusaha membela anak-anak mereka dan membuat mereka sanggup berkorban apa sahaja walaupun diri mereka sendiri. Jika tunas tumbuhan yang hijau menyedut segala makanan yang terdapat pada biji benih hingga akhirnya menjadi hancur, dan jika anak ayam dalam telur itu menyedut segala makanan yang terdapat dalam telur hingga akhirnya tinggal kulit, maka begitulah juga anak-anak manusia menyedut segala madu, segala kesihatan, segala daya usaha dan segala perhatian ibubapa mereka hingga akhirnya mereka menjadi tua renta jika kedua-duanya dipanjangkan umur, namun begitu kedua-duanya tetap merasa bahagia dan senang hati.

Tetapi bagi anak-anak pula mereka cepat melupakan semua pengorbanan-pengorbanan ibubapa. Mereka mengambil giliran mereka berkejar ke depan dan menumpu perhatian mereka kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka pula. Demikianlah kemaraan hidup. Justeru itu para ibubapa tidak perlu berpesan supaya anak-anaknya menjaga dan membela anak-anak mereka, malah para anaklah yang perlu dibangkitkan kesedaran mereka dengan sungguh-sungguh supaya mereka mengingatkan kewajipan mereka terhadap ibubapa yang telah memberi
seluruh madu kepada mereka hingga kering (tua renta)."

TFZQ ayat-ayat pilihan
Al isra': 22-24

Monday, July 13, 2009

Semakin Dekat

Semalam, semalaman saya di hospital. Begitu juga hari ini. Sehari suntuk dihabisi di rumah sakit negeri. Masha Allah, benarnya Allah ingin memberikan saya cuti yang paling barokah. Masakan tidak, seluruh masa dimiliki oleh saya dan ibu. Baru kelmarin saya mengeluh dengan Tuhan, mencari sela masa di antara hari-hari yang super-sibuk agar dapat memecut Hadhrak untuk pergi menunaikan hak ibu di kampung. Namun qadarullah itu lebih aula, ibu dihantar Allah ke rumah sakit untuk saya habisi masa yang berkualiti dengannya.

Tiada sekolah, tiada fail-fail panitia, tiada buku rekod mengajar, tiada timbunan buku untuk saya siapkan penandaan... Tiada kanak-kanak kecil berkerumun di sisi, segalanya tiada. Hanya saya dan ibu, duduk santai sepanjang masa berbual-bual. Kadangkala menemani tidurnya dengan berteleku di sebelah. Kadangkala menghabisi masa dengan duduk-duduk di kerusi tepian kaki lima dan mentadabburi ayat-ayat Allah sementara tabib dan pembantunya menyiapkan kerja. Begitu indah apabila punyai waktu solat yang super-panjang, tanpa perlu bercepat-cepat dihambat tugas-tugas lain. Aduh, nyaman sekali kehidupan begini. Sekali dalam sejuta hari, barangkali. Sekian lama gagal mencuti masa untuk qailulah, hari ini Allah izinkan saya menikmati dos penyegar itu! Subhanallah, Tabarakallah!

Sungguh benar saya teringat hadith nabi mengenai orang mukmin yang ajaib (menghairankan). Mereka ini apabila senang mereka gembira, apabila ditimpa kepayahan juga masih gembira. Masha Allah, alangkah indah apabila hidup berpaksikan iman... Segalanya dihadapi dengan jiwa yang tenang, mengingati betapa Allah berlari mendekati hamba-Nya yang sedang berjalan mendapatkan-Nya. Maha Suci Allah...

Maka benarlah Allah adalah Sebaik-baik Perancang...

Saturday, July 11, 2009

Hari yang hectic tapi meaningful for me. A new day, a better one insha Allah.

i realise that actually you get more energetic when u maximise your energy. as for example, if u keep on doing physical exercises everyday, istiqomahly, you'll gain something called stamina.

yup. that's it. you have to get going. then you'll feel more energetic. and yes, i'm talking about dakwah. get yourself busier with dakwah. all the unuseful things will fade away inshaAllah.

looking for a brighter tomorrow. cant wait to see some people kat dalam hutan tuh. hahah.

for the ones i love over there, over the sea..
whom i care, whom i love solely for the sake of Allah..
may Allah tie us in rabithah..
and
for the place i always dreamt of..
for the time i have been waiting for..
for all the wildanun mukhalladun, filled glassess and salsabil..
please Allah, help me to remember You,
help me to thank You,
help me to beautify my ibadah to you..

Wednesday, July 08, 2009

zulumat likat

Di malam zulumat likat dia mengangkat wudhuk yang sempurna .. Sejuknya air menimbulkan seberkas tenteram di hatinya. Kemudian dia mengenakan telekung putih bersih, lantas berdiri menghadap qiblah. Ditumpukan perhatiannya ke hadrat Ilahi lantas dia bersolat dua rakaat. Kemudian dia mengucap kata pujian buat Allah, bersolawat buat Rasulullah. Di hujungnya ada segaris doa;

"Tiada Tuhan selainmu Allah, yang Maha Pengasih dan Maha Mulia. Maha Sucimu ya Allah, Tuhan yang memiliki singgahsana yang agung. Segala puji bagimu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.. Ku mohon segala amalan yang membuka pintu rahmah dan maghfirahmu. Kumohon lindungan dari dosa, kaya dengan segala kebajikan dan selamat daripada segala dosa. Janganlah Engkau biarkan padaku walau satu dosa kecuali Engkam ampuninya, usah bebani aku walau satu masalah kecuali Engkau selesaikanlah ia.. Dan janganlah kau terbitkan suatu hajat yang Kau Redhai di hatiku kecuali Engkau tunaikan ia. Perdengarkanlah ini, wahai Tuhan yang Maha Pengasih..."

Sunday, July 05, 2009

impian yang tersimpan...

ketahuilah bahawa kemenangan itu akan dicapai dengan kesabaran, kesenangan itu akan didapati setelah kesusahan, dan kesedihan itu terletak antara dua kegembiraan. Sebab itu hati-hatilah memelihara amanah Allah dan amanah Rasulullah...
~petikan ulasan imam nawawi di dalam Riyadhus Solihin~

Saturday, June 27, 2009

hasbunallahu wa nikmal wakeel...

Dari Abu Hurairah r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan masuk syurga orang yang hati mereka bagaikan hati burung, beerti bertawakkal sungguh-sungguh, mempercayai jaminan Allah atas dirinya..
(muslim)

Dari Umar r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, niscaya Allah akan memberikanmu rizqi sebagaimana burung yang keluar pada pagi hari dengan perut kosong (lapar) dan kembali pada senja hari dalam keadaan kenyang.
(Attirmidzi)

*Riyadhus Salihin Jilid 1

Friday, June 26, 2009

Cerdek ep 3: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

HATI SEORANG SAHABIAH

Malam itu aku ke rumah Aufa. Lama benar rasa hati-hati ini tidak berkumpul bersama, bertemu demi menjaga sebuah iman. Aku tidak pasti, barangkali tiga atau empat minggu kini, Aufa tidak bersama dalam halaqah kami. 'Bercuti', khabar ummi. Pertama kaliku mendengar istilah 'rehat' atau 'bercuti' terpacul dari orang dakwah. Macam kerja pulak, ada cuti-cuti. Terpecah tawa kecilku di hadapan ummi. Ah, ada-ada saja.. Malu betul ummi terlihat perangai nakalku.

Walimah Aufa pun semakin hampir, barangkali ada yang boleh kubantu jika berziarah, demikian fikirku. Kereta Savvy hijauku membelah malam, mencari-cari nombor jalan dan rumah akhwatku ini. Alamat yang diberikan lewat mesej di telefon genggam agak sukar kucari. Aduh, besar sekali dosaku terhadap Aufa.. Dua tahun berhalaqah dengan Aufa, tidak pernah sekalipun aku berziarah ke rumahnya. Masih kuingat, Aufa begitu bersemangat berziarah ke rumah sewa kami dahulu. Ada juga dua-tiga kali beliau datang, terkadang bersendirian. Ada sekali awal dulu dia datang bersama akhwat yang juga kawan-kawannya yang pulang bercuti musim panas di malaysia. Hmm, tapi kenapa sekarang Aufa tak datang berziarah lagi ye?

"Assalamualaikum..." Aku separa berteriak, menghulur salam kepada pintu pagar rumah no:51 itu. Rumah kecil yang kulihat begitu simple sekali luarannya.
"Wa'alaikum salam," suara parau lelaki separuh abad menjawab sambil menjengah di pintu. Siap berketayap dan berkain pelikat, lagaknya seolah baru pulang masjid.
"Ni Rumah Aufa ke? Aufa ada, pakcik?" Aku menanyakan, sedikit was-was apakah alamat yang kutujui itu benar rumah Aufa.
"Oh, ada tu di dalam. Jemput masuk. Duduklah dulu," Pakcik mengajakku masuk lantas mengetuk pintu bilik sebelah belakang, lalu berlalu masuk ke bilik hadapan. Bilik yang diketuk itu bilik Aufa agaknya. Sunyi sekali rumah ini.

Wah, rumah ini rumah yang sangat asas! Ruang tamu yang selesa untuk dua-tiga orang bersantai, dapur yang agak kecil, serta dua bilik. Namun nampak amat homely.
"Eeeh Farah dah sampai!" Aufa sedikit terjerit melihatku. Heh, Aufa masih begitu. Dah hampir kepada walimah pun masih begitu.
"Maaf Aufa, ana tercepat pulak. Tadi Budget lebihan masa untuk sesat-sesat. Tiba-tiba dipermudahkan pula. Eh, kenduri minggu depan kan? Mana barang-barang? Ana ingat nak tolong apa-apa."
"Oh, tak payah. Semua dah dibuat di kampung sebelah mak," Aufa menerangkan.

Aku jadi pelik. Kampung sebelah mak? Memang Aufa duduk berdua saja dengan ayahnya ke? Mataku menerawang melihat gambar keluarga di dinding, tiada gambar ibunya. Hanya ayah dan adik-beradiknya.

"Owh, tengok gambar tu ea? Mak dan ayah dah lima belas tahun bercerai. Hehe. Aufa duduk dengan ayah sebab kerja di sini. Kat kampung takde kerja," Aufa seolah mendengar soalan-soalan yang bermain di mindaku.

"Ooooo.. sorry Aufa, ana tak pernah ambil tahu. Tak sangka dah dua tahun kita usrah sama pun, enti belum ana kenal. Teruknya ana!" Rasa bersalah buru-buru mengerumuni hati. Ish! Kenapalah aku tak pernah nak berkenal-kenal dengan beliau? Kawan sekerjaku semua sudah pernah kuziarahi semasa hari raya atau majlis-majlis open house mereka. Rakan setarbiyah pula aku lupakan. Teruk pula rasanya diri nih!

"Oh takpe, dah biasa... Sejak balik malaysia ni memang jarang-jarang akhwat datang ziarah. Tapi faham je, semua sibuk kan? Aufa pun jarang dapat pergi berziarah. Agaknya memang beginilah kehidupan sebenar kita kan? Masa belajar dulu tak jumpa realiti lagi agaknya," Aufa senyum lalu bingkas ke dapur membuat air. Aku pula terdiam senyap, dan terkedu. Menelan liur.

Kepalaku ligat memikir. Kehidupan sebenar seorang daie apakah harus berbeza dengan segala yang diwara-warakan di dalam buku-buku fikrah dan perkongsian-perkongsian dalam tamrin dan daurah? Terlalu idealkah kisah-kisah lama dan perkongsian-perkongsian orang-orang awal dalam dakwah, hinggakan kami tak bisa merealisasikan teori-teori yang kini bisa saja laju meluncur dari lidah-lidah kami?

Monday, June 22, 2009

dan bintang kadangkala terlindung sinarnya

tahukah?
bintang itu, jika terhalang akan terlindung sinarnya. saat ia ada, kadang terlupa menghargainya terhias di situ. lalu, saat kita rindukan kerdipan cahayanya buat penenang jiwa yang semakin meroboh, apakah mungkin sudah terlambat? bilamana saat kita berlari berhamburan keluar dari kamar pada tengah malam mencari cahayanya, lantas kita sadari bahwa bintang tidak lagi berkerdipan tika itu.

kita merayakan mentari yang hebat galak menyinar. Hadirnya memang akan pasti menyemat tenaga kedalam ruang hati yang suram. dan kita bahkan arif sekali bahawa sememangnya mentari itulah yang memberi sinar kepada bintang agar mampu berkerdipan. namun barangkali ada masanya kita terlupakan bahawa bintang yang lemah dan tak punya apa itu juga adalah sebahagian dari kasih sayang Allah yang dikirim buat hamba-Nya. Dicipta-Nya bintang itu buat penghibur emosi insani. Bukankah insan punyai rasa dan bicara di hati? Insan bahkan punyai berjuta fitrah yang hanya Allahlah saja mengetahui apa yang sesuai untuk setiap dari satu fitrah itu.

Maka sungguh, hanya kitalah yang harus memperdalam fikiran dan membasahi hati supaya mampu bersimpuh menghadap Robb dengan penuh rasa syukur. kerna terkadang bintang juga tidak mampu memancar, pada ketika terlindung sinarnya.

* * *
tahukah?
hati itu suatu objek mulus, bahkan akan tercarik hanya kerna suatu sentapan atau bisa saja suatu sentuhan. hati, pada sesetengah keadaan akan membawa manusia bersama cintanya menerobos ke ruang angkasa untuk menerawang melepasi ke langit tujuh. Menerawang dimensi masa, menonton segala yang pernah berlaku yang diceritakan Allah kepada hamba-Nya. Namun adakala hati juga gagal menjalankan fungsi dengan benar, saat dirinya tidak dalam kondisi yang benar. maka tika itu tempanglah hati...

kerna itu nabi mengajarkan doa agar Allah menetapkan hati yang suka berbolak balik. hati yang terkadang azam utk thabat namun melupainya semahunya.

duhai semua hati-hati.. sangkutlah segala tawakal, pengharapan dan takutmu hanya pada Yang Selayaknya.. Kelak ketika hati-hati itu diterjah oleh sentapan dan carik-carik ujian, maka bertabahlah. pohonkan doa untuk terus thabat. semoga Allah melindungimu dan mencampakkan thabat kedalammu. Semoga.

Saturday, May 23, 2009

someone

just finished hopping on and off some blogs. some are craps, some others really gathered my pieces of past into a story to be kept beautifully in mind.

there's this gal once a good friend of mine. 'closest blood' overthere, somewhere far. we cheered each other, gag together, did silly things together and gone to places together. she haf her bro and i haf mine. we would stay awake till morning chit chatting and telling stories about ours. and for some reasons, we find our own path in life later on. she's now happily married, and i'm happily buried (in piles of work! hahha)

her mom was wonderful. heard that she's not very well these days. may Allah bless her with health and love inshaAllah.

and oh. my bro is tying the knot. she knew him too well that he would always ask me about her each time we chat at home. wow that was like years ago. hmm.. i would really like to invite her to my bro's wedding. would she come?

i wonder wether she still haf my number. remembering me as a friend, will she not.

Thursday, May 21, 2009

Cerdek ep 1: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

MALU
"Kenapa susah sangat nak kontak enti?" ustazah Zaharah menerjah aku dengan soalan sebaik saja aku selesai menjawab salamnya di corong telefon. Kuletakkan semula kotak susu UHT jenama First Choice yang baru kubelek di rak sejuk pasaraya itu tadi. Pendengaran kutumpukan kepada murobbiahku.

"Aik, bukanke minggu lepas baru kita jumpa kat usrah, ummi?" aku menafikan telahan ustazah yang mesra kupanggil 'ummi', walhal memang beberapa panggilan telefonnya aku biarkan tak berjawab.

"Yelah, ummi call enti. Tapi tak angkat, tak return call. Suspen dibuatnya. Aufa sihat ke? Takde apapun call tu, sekadar bertanya khabar. Ingatkan nak ajak Aufa dinner dan tidur rumah Ummi. Bila free?" ummi berbicara. Suaranya yang tegas kedengaran begitu dekat sekali di hati.

"Oh, Aufa sihat. Cuma busy sikitlah lately. Tak dapat kot nak dtg rumah ummi. Kita jumpa di usrah ajelah," aku segera menolaknya. Canggung rasanya nak menginap di rumah ummi. Keluarganya bukan aku kenal pun.

Telefon kuletak setelah salam diberi. Jalan-jalan di pasaraya diteruskan sebelum pulang ke rumah menginjak maghrib.

Begitulah hidupku seharian. Dari pagi hingga jam 5 aku kesibukan di pejabat. Petang dan malam kukira untuk kerehatanku. Terkadang berpetang-petang di Giant, Jusco atau sesekali Tesco. Malam pula masa untuk membaca dan update maklumat tentang dunia dengan berlayar-layar di alam internet; dan kadangkala membalas-balas emel dari seseorang di US. Seseorang yang pernah menjadi istimewa dalam hatiku.

Seminggu sekali, aku ke rumah ummi berusrah dengannya. Hampir dua tahun aku begini. Dapatlah sedikit pengisian jiwa. Dulu di US pun aku kerap ke halaqah-halaqah. Pernah juga membuat usrah untuk junior sophomore. Cuma sejak pulang tahun lalu dan mulai bekerja, aku tidak pernah terlintas lagi untuk menambah kesibukan harianku dengan membawa halaqah. Mungkin kerana itu aku rasa malu aku terhadap ummi masih menebal. Entah kenapa ye? Dahulu semangatku berkobar-kobar ingin mendekati orang demi menyampaikan islam. kini tidak lagi. Sibuk, barangkali.

* * *

Malam itu aku tak lena tidur. Kandungan emel Khairun yang kubaca lewat malam tadi agak memeranjatkan. Tak sangka, belum habis rupanya kisah kami. Kusangkakan pasti dia sudah melupakan aku sebaik kami sama-sama menelusuri denai tarbiyah tiga tahun lepas. Mengetahui bahawa berpasang-pasangan sebelum nikah itu haram, maka kami mengambil keputusan utk tidak berhubung seperti selalu. Cuma kadang-kadang aku gagal membendung rindu. Maka emel dan Y!M menjadi pengubat, namun sebagai teman biasa. Tapi nyata, selepas tiga tahun hatinya masih lagi seperti dulu; sama sepertiku!

"Ana akan balik sebulan dari sekarang untuk menyelesaikan perkara antara kita berdua. Ana dah grad. Alhamdulillah ayah ana pun dah setuju dengan hajat ana hendak menyunting enti sebagai isteri. Jadi ana harap enti fikirkanlah tawaran ana ini. Ana ingin memiliki enti sebagai suri hidup. Dah lama ana menanti enti."

Kala menghabisi ayatnya yang akhir itu, kurasakan seperti rama-rama berterbangan di dalam perutku! Impianku ingin memiliki cintanya selama ini hampir berjawab. Tuhan, rahmat apakah?

Emel kubalas malam itu juga menyatakan tanda setuju. Kemudian, punat telefon genggam kutekan dan bonda kumaklumi. Bonda menyuruhku berdiam dan berfikir masak-masak. Namun aku pasti, inilah dia pilihanku. Doaku kini berjawab, aku meminta Allah menyatukan dia denganku dan kini dia bakal hadir menyuntingku.

* * *
HATI SEORANG MUROBBI

"Aslmkm. Ummi, bulan ni Aufa tak dapat attend usrah, sebab sibuk nak prepare. Just nak maklumkan yang Aufa akan bernikah bulan depan dengan ikhwah US. Nanti dah siap kad, Aufa berikan pada ummi. Ws." Demikian SMS Aufa kepadaku. Aku terduduk memegang telefon genggam. Sunyi sebentar bilik itu kurasakan. Anak tarbiahku akan menikah, dan aku dimaklumi hanya sebagai kenalan.

Seluruh petangku hari itu terasa kelabu. Sebegitu gagalnya aku, seorang murobbiah untuk memainkan perananku.Mutarobbiku akan menikah, dan aku tidakpun berusaha sedayanya untuk bertaaruf dengan anak yang seorang ini. Hinggakan perihal yang begitu pentingpun aku tak mengetahuinya.

Telefon genggam kutekan lagi. Nombor Aufa kudail.
"Assalamualaikum ummi, ada apa hal ye?" Dia memulakan bicara. Sedikit dingin.
"Wa alaikumussalam. Saja telefon. Rindu," aku berseloroh. Namun memang benar aku rindukan Aufa. Masih segar bagaimana semangatnya begitu berbara saat baru pulang dari US tahun lepas. Cakap-cakapnya amat bernas. Kefahamannya kelihatan salim.

"Oh, jazakillah ummi. Ada jugak orang rindu kite," Aufa membalas.
"Petang ni dinner di rumah Ummi ye. Setidak-tidaknya di hari-hari akhir sebelum bergelar isteri," aku menyampaikan hajat. Ingin benar kuberbual dengan gadis ceria ini.

(to be continued. nak tido. esok pulak sambung)

Wednesday, May 20, 2009

Lama Rupanya

Seusai siap beberapa urusan tadi, saya menghabiskan masa melunaskan hak-hak ukhuwah kepada yang berhak atasnya. Beberapa nama saya klik di tetingkap Y!M dan dan kemudian mulai berbual dengan mereka. Oh, baru saya sedar bahawa terlalu lama rupanua hak-hak mereka ini tidak tertunaikan.

Kemudian ingatan saya mulai menerawang kesana-kemari mengingatkan wajah-wajah yang menghuni memori ukhuwah lama. Sementelah kelapangan itu, dapat saya browse sekilas gambar-gambar kami yang lama dan terputarlah kembali kisah-kisah ukhuwah kami yang punyai pelbagai cerita.

Ada seorang sister, serasa dirinya begitu dekat di hati saya. Entah kerana kami memang sekepala, atau mungkin dek kerana tautan ukhuwah setelah melalui pelbagai pancaroba; dia memang akhwat yang dekat di hati saya. Sehingga dengan kehadiran dia, saya sentiasa merasa begitu 'ramai' sepertimana juga saya merasakan 'kurang' tanpa hadirnya sister ini. Dia dan saya memang punyai banyak persamaan, sama-sama punyai watak dan peribadi yang banyak keserupaan. Sama-sama banyak cakap, sama-sama suka berdebat, sama-sama suka berjalan, sama-sama suka bercerita. Banyak sekali.

Kami ketawa, kami menangis, kami bertekak, kami bercerita, kami makan sedulang kadang sepinggan, kami minum secawan, malah kadangkala kami berkongsi bantal. Saya melihat ukhuwah kami memang ada pasang surutnya namun segalanya sentiasa segera menjadi ceria seperti sediakala seusai badai melanda. Pelbagai masalah diatasi bersama, walau kadangkala dengan hujah-hujah berjela-jela.

Hinggalah suatu ketika Syaitan berjaya menjentik ukhuwah kami. Entahkan kenapa, rupa-rupanya yang akan menyuramkan ukhuwah kami bukanlah kata-kata. Tetapi rupanya ukhuwah kami semakin pudar dan hambar kerana kurangnya komunikasi. Segalanya bermula dengan bisik-bisik syaitan; saya pernah meragui ukhuwah dan keikhlasannya!

Langsung selepas itu tiadalah lagi panggilan telefon yang dahulunya berjam-jam. Tiada lagi perkongsian cerita. Tiada lagi perasaan hangat apabila berbicara kepadanya atau mendengar bicara darinya. Dia tiba-tiba tidak lagi menjadi orang pertama yang akan saya tekan nombornya apabila ingin membicara sesuatu apapun. Malah ketika bersalam dan berpelukan pun, serasa kaku dan dingin bersahaja. Walau wajah cuba menguntum senyum, saya tahu kami sama-sama canggung dengan situasi itu. Mungkin kerana kami banyak kesamaan, maka sebab itulah kami canggung bersama-sama.

Astaghfirullah. Baru saya perasan. Lama sudah rupanya saya biarkan ukhuwah ini menderita.

Saya rindu sister itu. Saya tahu, Allahlah yang memegang hati-hati manusia. Mungkin ada hak-Nya yang belum dilangsaikan hinggakan Allah halangi hak saya dengan sister ini. Ampuni aku ya Allah... Nastaghfirullah. Kami memohon bantuan-Mu ya Allah. Selamatkanlah ukhuwah kami. Ukhuwah yang menjadi tonggak nadi jalan dakwah ini. Ku mohon. Dengan sangat.

Jadi, buat kalian.. Jangan dirungkaikan ukhuwah yang terbina. Bajailah dengan doa, warnakan dengan kasih dan hubb fillah. Berziarahlah, bertelefonlah hattakan ber-SMSlah. Tentu ada sesuatu dari Allah buat kita, apabila telah timbul rasa kasihkan ukhuwah seiman.

Hati saya begitu berbunga-bunga membaca sebuah hadith sohih;

"Abu Hurairah berkata: Sabda Nabi s.a.w; ada seorang berziarah temannya di dusunnya, maka Allah menyruh seorang malaikat menahannya di tengah jalan. Dan ketika bertemu, malaikat bertanya: "Engkau hendak kemana?" Maka dijawab oleh orang itu "saya hendak berziarah seorang teman kerana Allah, di dusun itu. Kemudian Malaikat bertanya lagi; "Apakah engkau merasa terhutang budi padanya atau ingin membalas budi baiknya?"

Maka orang itu menjawab: "tidak, hanya semata-mata kerana saya sesungguhnya mengasihi orang itu kerana Allah. Kemudian Malaikat menyatakan "Aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu kerana Allah."
H.R Muslim

Tuesday, May 19, 2009

Indahnya Menjadi Guru

Apa yang menarik dengan tugas sebagai Guru Melasia? Selain kerja yang menimbun, hujung minggu yang terkorban, pendapatan yang sederhana, kursus di sini-sana, deskriminasi terhadap guru-guru single (oh ini kerana guru single takyah berkomitmen, jadi kita beri dia semua tugasan jenis menuntut komitmen), tugas2 dalam cuti, mesyuarat-mesyuarat luar, kerja-kerja buruh apabila bermajlis, cuti rehat yang boleh dibatalkan bila-bila masa, (and the list goes on and on); tiada lagi yang lebih menarik dan indah dalam tugas mulia ini. Yang lebih indah kadangkala hanya lawak-lawak rakan sekerja saat berhenti seketika di meja guru, menghilangkan lelah setelah berjam-jam mengajar. Selainnya, boleh kukatakan kehidupan di tempat kerja adalah kehidupan rutin. Masalah-masalah serta halangan-halangan kerja tidaklah begitu susah diteka. Dalam sebulan dua berada dalam rutin itu, maka seorang Guru Melasia pasti boleh belajar apakah yang akan dilaluinya sepanjang 35 tahun berkhidmat kelak. =)

Namun adakala, apabila menyentuh dan menyelami jauh ke lubuk atma hati semua si kecil itu sedalam-dalamnya, ada sesuatu yang mengetuk hati. Betapa luhurnya hati semua si kecil itu yang tidak bertatah dosa walau sehabuk zarah pun! Berada di sekeliling mereka membuat hati ini meronta-meronta ingin mencurahkan kasih dan menanam benih iman, agar bauan kasih itu harum mewangi hingga ke jannah nanti. Serasa begitu ingin kutempa hati-hati itu untuk menjadi penakung nur Ilahi.

Beberapa hari lepas merupakan Hari Guru. Sungguh, ingin benar air hening dari tubir mata ini berpusu-pusu mengalir saat satu persatu muridku datang menyerahkan kekotak kecil yang berbalut, diisi dengan entah apa saja! Ada gelas-gelas kecil, ada cawan-cawan minum, hiasan-hiasan dan segala macam cenderahati. Ada juga pula jambangan-jambangan bunga berbalut dan berikat kemas. Juga kad-kad dan entah apa lagi. Paling mencuit hatiku; murid-murid memilihku menjadi Guru Popular 2009 (eww geli betul title ni hehe). Entahkan apa sajalah alasan mereka memilih aku untuk title itu.

Namun doaku kepada-Mu Tuhan, izin kusentuh hati-hati ini... Sungguh, aku bukan mahu menjadi guru.

Benarnya bukannya segala habuan itu yang mengetuk hati ini. Tetapi yang menyentuhku adalah keluhuran hati-hati si kecil itu. Apalah agaknya mereka kelak? Akankah berbekas kasih dan cinta yang kucurah? Apakah akan hidup subur bebenih iman yang cuba aku semaikan pada dasar hatinya? Sungguh ya Tuhan, kuatkan aku untuk terus-terusan berada di jalan ini. Untuk sentiasa mengingat dan menghidupkan nafas juang ini. Agar tidakku terbuai dengan permata-permata dunia fanaa' ini..

"Teacher tak kisah kalau anak murid teacher tak cerdik pun, tapi teacher taknak anak murid teacher membesar tak ingat Tuhan, jadi hamba derhaka, lupakan rasulullah, hina mak ayah, tak solat..." itulah pujukanku setiap kali memeriksa siapakah terlupa bersolat di subuh hari...

Ya Allah...
Semoga aku bisa menjadi saksi atas mereka... Dan Rasulullah menjadi saksi atasku... Janganlah mereka pula menjadi hujjahku kelak. Aku tidak mahu menjadi guru, tetapi aku mahu menjadi MUROBBI. Penunjuk jalan iman, mentarbiyyah umat menuju-Mu Tuhan. Ameen.

Walau ada yang membenci, ada yang memandang keji, ada yang mencari salah di sana-sini... Doaku, inilah jalanku, hingga hujung nyawa nanti. Aku bukan guru, aku mahu menjadi Murobbi. Aku mahu merasa harumnya wangian syurgawi! Ameen ya Robb.

Thursday, May 14, 2009

tiupan ilahi...

"Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan ‘aqidah kerana Allah. Oleh itu ‘aqidah seseorang Mu’min merupakan tanah airnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas ‘aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar.

Orang yang beriman mempunyai keturunan yang amat tua yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh. Dia adalah salah seorang dan angkatan manusia yang mulia yang dipimpin oleh para rasul yang mulia, iaitu Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’kub, Yusuf, Musa, ‘Isa dan Muhammad alayhimus-salam.

( ِإنَّ هَذِهِ ُأمَّتُ ُ كمْ أُمًَّة وَاحِدًَة وََأنَا رَبُّ ُ كمْ َفاعْبُدُونِ ( 92
“Dan sesungguhnya umat (para anbia’) ini adalah umat kamu iaitu umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu. Oleh itu sembahlah Aku.” (Surah al-Anbia’:92)

Angkatan manusia yang mulia yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat lama itu menghadapi — seperti yang tergambar di bawah bayangan al-Qur’an — keadaan-keadaan yang serupa, krisis-krisis yang serupa dan pengalaman-pengalaman yang serupa di sepanjang zaman di berbagai-bagai tempat dan di kalangan berbagai-bagai kaum. Angkatan itu menghadapi kesesatan, kebutaan, kezaliman, hawa nafsu yang liar, penindasan, kekejaman, ancaman dan pengusiran, tetapi ia terus mara menyusuri jalannya dengan langkah-langkah yang tetap, dengan hati nurani yang tenteram, dengan kepercayaan dan harapan yang penuh terhadap pertolongan Allah dengan hati yang menunggu-nunggu di setiap saat ketibaan janji Allah yang benar..."

Kau tak pernah seorangan. Percaya tak?
Selamat hari lahir.
Semalam.

Thursday, April 30, 2009

murobbi

acapkali seusai menonton kisah maryam al muqaddasah, pasti air hangat akan berjuraian dari kolam mata. suatu kisah menceritakan detik2 maryam binti imran dilahirkan hinggalah kepada kehidupannya di Haikal Sulaiman; dan seterusnya kelahiran anaknya Isa a.s yang merupakan Rasul dijanjikan Allah. Dalam cerita ini, digambarkan nabi zakariya (tanpa wajah) begitu kuat dan teguh imannya dalam menghadapi Bani Israil. Namun Sang Rasul tanpa lelah menyantuni ummatnya penuh hikmah.

melihat lakonan tersebut, seakan real di hadapan mata. sepertinya melihat dengan mata kepala bagaimana penolakan manusia kepada risalah yang dibawa. bagaimana seorang yang sedemikian mulia, seorang nabi dan rasul, kekasih kecintaan Allah dicaci-hina, dicerca, dipulaukan, dihalau malah diberi siksaan fizikal juga. maha suci Allah, sungguh manusia dalam keadaan hina melainkan yang telah Dia hidayahkan...

dalam diam, terbit rasa rindu kepada para anbia'. begitu mencengkam perasaan rindu ini kepada zaman nubuwwah, suatu era di mana para nabi dan rasul wujud di sisi untuk menjadi murobbi. Menegur mana yang salah, mendidik mana yang kurang. Paling dirindui--zaman Rasulullah Muhammad s.a.w. Terlalu merindu bagaimana baginda mendidik dengan santunnya, mengasihi dengan sesungguhnya hattakan sepertinya dia mengasihi ummah melebihi kasih kepada keluarga, malah dirinya sendiri! maha suci Allah, begitu hebat dia mencampakkan rasa kasih di hati Sang Rasul..

berpeluangkah diri mengecap bauan jannah demi bertemu para Rasul Allah terutama penghulu Anbia'? akankah diri menemui rahmah Tuhan hingga terpilih menemui-Nya? hm....

Tuhan, hambamu penuh bersalut dosa... karat menebal hitam di hati, kupohon padamu kuatkan aku mencucinya... tabahkan ya Allah.. tabahkan.. harus aku menjadi bintang tika terjentik ke angkasa, harus aku menjadi pulau tika terlempar ke laut bergelora.. harus juga menjadi gunung ketika terbiar terpojok di muka dunia.. seperti mana para anbia' juga bermula sendirian.. begitulah. begitulah.

Wednesday, April 29, 2009

neraca

adakalanya kita terdesak untuk memilih satu antara dua perkara yang akan menentukan hala hidup kita. lebih menyesakkan jika kuasa-kuasa dan bicara-bicara lain berlegar-legar mengerumuni mata, telinga, kepala, jiwa kita. semuanya memuntahkan apa yang mereka timbangkan terbaik buat kita. muntahan mereka adalah hasil nilaian neraca masing-masing. yang memakai neraca dunia, menimbang perkara keduniaan. yang memakai neraca cinta, menimbang perkara kesukaan. yang memakai neraca dendam, akan menimbang berat mana kebencian. tapi bagaimana kita?

kerana itulah harus selalu kembali kepada Allah. Dia yang melakar suhuf perjalanan qadar kita. maka tanyalah Dia.

dan jawapan-Nya sering dalam cara yang tidak kita duga. innaLLaha ma'as sobirin.

Tuesday, March 03, 2009

Malunye...

"sesungguhnya Allah itu Maha Malu, lagi Maha Penderma. Dia malu untuk menolak seseorang yang mengangkat tangannya (untuk meminta kepada-Nya), sehingga kembali dalam keadaan yang hampa, sia-sia.."

~Sahih; HR Tirmidzy~

Wednesday, February 25, 2009

Pesan Abi (i)

"menulislah, kerana ilmu itu beterbangan; kalam/tulisanlah pengikatnya"

Tuesday, February 24, 2009

Bangunlah hati..

"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan dengan-Nya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah...

Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..."

-Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.-

Saturday, February 21, 2009

pause

"jangan hairan atas terjadinya kesukaran-kesukaran selama engkau di dunia ini; sebab ia tidak melahirkan kecuali seorang yang tulen jatidirinya." -ibn athoillah

"maka kami kabulkan doanya (zun nun/yunus), dan kami selamatkan dia dari kedukaan. dan demikianlah kami menyelamatkan orang-orang beriman.

dan ingatlah kisah Zakaria,ketika dia berdoa kepada Tuhannya; "ya tuhanku, janganlah engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan engkaulah ahli waris yang terbaik.

maka kami kabulkan doanya........."

al anbiya' 88-90

Thursday, February 19, 2009

rindukah?

alangkah indahnya jika aku dapat bermalam
di sebuah lembah dikelilingi rerumput menghijau dan tumbuh-tumbuhan bugar
dapatkah suatu hari nanti aku merasai kembali air kolam Majannah?
dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail?

syair sayu Bilal bin Rabah tika hatinya begitu kuat dicengkam rindu tanah yang ditinggal pergi...


Suatu ketika Rasulullah s.a.w terdengar kata-kata Usail mengungkapkan keindahan Mekah, lalu air mata baginda mengalir... Sabdanya;

"Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang..."


Rindu. Mengheret hati memburu ketenangan.
Hati, tenanglah.
_________
1) terjemahan syair di atas dipetik dari risalah IHAB

Saturday, February 07, 2009

sila

salam. sedikit pencerahan buat yang beramal dakwiy;


sila klik

Friday, January 30, 2009

Usrah? Eeeek!

Suatu petang, di hadapan masjid setelah bersolat asar, lelaki kacak berjanggut yang wajahnya bercahaya datang merapat, lalu memberi salam. Ukhti terkejut, tidak menyedari hadirnya jejaka itu dari belakang.

"Eh, abang dah sudah solat? Tak perasan plak abang datang. Terkejut adik." Adik
"Ha ah. Eh, cantik sticker? Tak perasan adik bubuh kat keter adik" Abang.
"Yup, aritu dapat org bagi free. Diorg buat utk perhimpunan Falastin" Adik.
"Ada lebih? Abang nak satu, tampal kat kete. Save GAZA" Abang.

Ukhti pun mengeluarkan sticker lebihan dan menghulurkan kepada abangnya. Sambil tu sempat si abang berbual;

"Haritu ada program kat tempat abang. Tengtibe jek ustaz PQRS talipon malam sebelum tu, bagitau esoknya ada ceramah Palestin. Ape la ustaz tu tak bagitahu awal. Boleh tolong mana patut. Ni dah dekat program baru nak bagitau"
"Ooo.. Camana nak bagitahu awal, biasanya orang bagitau masa usrah. Pegikla usrah yang ustaz PQRS tu ajak"
"Hmm. Abang nak buat kerja amal je. Tak perlu kot pergi usrah. Bukan nak meningkat dalam tanzim yang entah apa tuh"

Wah. Jejaka kacak berjanggut ini banyak pengetahuan nampaknya.

"Ha ha. Ikut usrah untuk meningkat dalam tanzim? Yang bener ini? Adik ikut usrah kerana nak usrah. Bukan nak yang pelik2 tu."
"Kalau setakat buat amal kebajikan tu abang nak lah. Ikut usrah-usrah ni nanti kena brainwash ke apa. Not my style la."

Ukhti terkedu, begitu rupanya pandangan orang tentang usrah dan insan sekitar perkataan usrah ni. Untuk mengelakkan kekeruhan buat kesekian kalinya, Ukhti tersebut hanyalah berdiam diri lantas mengubah topik perbualan.

"OK la abang. Adik pegik dulu. Jumpa hari adik anto mak nanti ea. Tata. Assalamualaikum"
Si adik bersalam dan mencium tangan si abang, kemudian meluncur laju menaiki Hadhrak meninggalkan masjid dengan perasaan tak-tau-nak-explain-macamana-lagi-dah.

kesian ukhti tu.
Buat apelah nak usrah-usrah ni?
nak jadik mi-litan?
jadik orang baik sudah la.
takyah la eskrim sangat. wasatiyah...

kite berikan kepada Ustaz ABCD lah jawap.
jawap sikit ustaz... [klik la, jangan tak klik].

Wednesday, January 28, 2009

feeling-feehiling

adik,
tiba masa kau sendiri
tatihanmu bukan lagi dengan pimpin tanganku
jatuh bangunmu bukanlah lagi depan mataku

masih teringat waktu dahulu
sedikitnya kita bukan penghalang
kurangnya kita bukan kekurangan
mana yang banyak sama kita kongsikan
mana yang sikit sama kita rasakan
segala yang susah kita usahakan
apa yang mudah kita teruskan...

adik,
kalaulah kau tahu
adakalanya berbunga-bunga hari silamku
adakalanya begitu kelamnya hari-hariku
semua dengan adanya kamu
semua kerana adanya kamu
hadir kalian mencalit warna-warna hidupku
memberi harapan kepada 'rumah teduhanku'
membawa siraman kepada maraknya api
yang menjahanamkan rumah kita yang sedang terbakar ini...

adikku sayang,
aku telah bertemu cahaya
dari lilin para guru yang menghulur kepadaku
lalu aku jaga cahaya itu penuh hati-hati
walau terkadang cahayanya seakan mahu malap
dan aku kongsikan cahaya itu denganmu
agar jangan kau ulangi menempuh zulumat
menghitam pekat hatimu sepertiku dulu...

dari saat gelap hitam kembaraku
lalu dicahayakan dan ditunjuki jalan
lalu kini kucuba lakukan yang sama untukmu
walau sedar diriku punyai sejuta perkara yang kurang
namun tetap kucuba pastikan
lilin yang diberikan kepadaku terus marak nyalaannya
agar dapat terusku membakar lilin buatmu, adikku..

tika itu,
saat aku mula kembara sendirian
aku tahu satu hari aku perlu melepaskanmu dari tatihan
aku tahu kau perlu berjalan dan berlari sendirian
agar kau belajar mempertahan jalan ini
agar kau belajar menghargai nikmat ini
nikmat keberadaan di jalan ini
nikmat jatuh bangun di jalan ini
nikmat jalan dakwah, jalan kita ini..

adikku, kesayanganku,
betapa hatiku berdebar gusar melepaskan tanganku
betapa aku takut membiarmu sendiri
merencana nasib sendiri
menilai-nilai jalan kiri dan kanan secara bersendiri
namun aku tahu
inilah masanya melepaskanmu

telah dibekalkan safarmu dengan kata azimat
telah disematkan di dadamu dengan al-hikmah
telah diperkenalkan padamu al-Furqan
maka berjalanlah, berlarilah
walau jauh dariku, pergilah
pergilah
pergilah...

semoga suatu hari nanti
kamu dan aku bisa berkumpul semula sebagai satu
untuk berlarian bersama sekali lagi,
mencari jiwa-jiwa untuk dicahayakan

atau mungkin jika tidak
moga waktu itu sudah tiba masanya untuk bersama
menikmati indah kampung yang menghijau malar
meneguk air sungai yang nyaman segar
bersenang-senang dengan para wildanun mukhalladun
membawa hidangan-hidangan..

adikku,
terbanglah semahumu
namun jangan kau kaburkan tempat kembalimu nanti...

saz
fatehbangi
::disinisegalanyabermula::
1:40pm

Sunday, January 18, 2009

KITA dan FALASTIN

Assalamualaikum wrm para pembela agama sekalian..


Gaza dalam bahaya. Falastin yang telah lama dilanda bencana kini menjadi tumpuan media. Sana-sini orang berkempen, demonstrasi, berkumpul secara besar-besaran, malah ikhwah sibuk berceramah siang malam semata-mata ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menceritakan dan 'mendidik' masyarakat tentang Falastin. Alhamdu Lillah wa Masha Allah.

Keparahan keadaan masyarakat Falastin memang telah sedia dimaklumi bukan sekadar dua-tiga minggu kebelakangan ini sahaja, malah penindasan dan kekejaman Israel dan Amerika telah sekian lama dalam pengetahuan kita. Sejak 1948, isu ini tidak pernah surut. Kekejaman dan kebengisan Yahudi memang telah lama terpampang, dengan 80 resolusi PBB yang dibuat semenjak dahulu sememangnya tidak pernah satu pun dipatuhi Israel. Semua itu sudah sejak sekian lama diketahui umum. Tetapi kali ini -dan sesungguhnya Allahlah yang mengaturkannya- masyarakat dengan tiba-tiba kelihatan lebih terpukul dan turut sama terjun ke dalam arus 'peduli Falastin' ini. Sentimen yang dimainkan media negara kita begitu memuncak, sehingga isu ini sepanas isu karikatur Nabi; malahan jauh lebih hangat lagi. Semua lapisan masyarakat kelihatan begitu bersungguh-sungguh ingin mengambil berat isu Falastin ini, dan turut serta dalam segala kempen, boikot, demo dan sebagainya. Lalu bagaimana pendirian kita sebagai "du'at qobla kulli syaik"?


Kita du'at mengatasi apa sahaja tugas yang lain

Kita semua sedia maklum, tugas kita sebagai du'at bukanlah dilandasi oleh berita-berita hangat semasa atau banjir-banjir tsunami yang melanda sekali sekala. Keterlibatan kita dalam dunia dakwah dan mentarbiyah rijal-rijal ini bertitik-tolak dari kefahaman terhadap keadaan ummah dan watan sekarang, yang telah sekian lama kehilangan seorang Khalifah meneraju seluruh umat Islam sedunia.

Umat Islam; dari Maghribi hingga ke Indonesia, malah sekarang meliputi benua Amerika hingga ke Australasia, kini dalam keadaan berpecah belah dan meroboh. Setiap inci watan kita sudahpun diracuni idea-idea nasionalis yang menyebabkan keterikatan ummah bukan lagi kepada Islam tetapi kepada tanah-tanah yang dipecah-pecahkan oleh perbatasan dan sempadan. Maka, seharusnya tugas sekarang ialah kita mencari dan menyedarkan rijal-rijal yang kehilangan taringnya agar kembali bangun dan mendasari perjuangan ummah membangunkan semula khilafah yang hilang!

Seharusnya tugas menceritakan qodhaya ummah ini telahpun lama kita jalankan demi memahamkan dan mendidik rijal-rijal. Tidak sepatutnya kisah saudara-mara Falastin kita hanya rancak diheboh kesana-kemari hanya sesudah media memainkan sentimen-sentimen tertentu yang barangkali didalangi oleh orang-orang berkepentingan! Bagaimanalah nanti setelah sejuk isu ini, akankah ia seperti isu banjir? Banjir menyurut, maka kita pun turut sama surut dalam berdakwah?


Akhawati fillah,

Kita ini bertemu atas jalan dakwah ini kerana ingin membina semula kegemilangan Islam yang telah punah dirobohkan oleh tangan-tangan keji. Kita telahpun mengikat ikrar setia untuk membina rijal-rijal agar 'Rumah Teduhan' kita yang sedang marak terbakar ini dapat diselamatkan dan kembali menjadi naungan seluruh alam. Syahadah al Haq kita harus telah lama memanaskan dan terus-menerus membakar marak nyalaan semangat kita untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita dalam melaksanakan dakwah kita. Kerja kita bukan bermusim. Tugas kita takkan pernah surut. Tidak akan ada erti henti dalam dakwah kita, selagimana Rumah Teduhan kita tidak dapat diselamatkan! Walau apapun cerita dan 'ledakan berita' dalam arus masyarakat kita, kembalilah kepada titik tolak asal perjuangan kita--kita ini berjuang mencari rijal untuk mengembalikan khilafah yang telah hilang.


Jalannya adalah ISLAH

Sedarlah saudaraku! Hanya dengan kembali kepada Allah dan melakukan islah serta amalan soleh sajalah yang bisa membantu dengan sebenar-benar bantuan. Kita takkan dapat mengembalikan kegemilangan Islam dan kemakmuran yang dibawanya, dengan hanya menghantar kontena-kontena ubat dan makanan atau dengan huluran barang seringgit dua. Tidak dinafikan, bantuan material seperti amat penting kepada saudara-mara kita di Falastin, namun percayalah bahawa Islam takkan tertegak hanya dengan sadaqah dan derma kedalam tabung Falastin. Kita mahu yang lebih dari itu. Kita mahu rijal-rijal dan jundiy-jundiy untuk mempertahankan agama ini!

Ingatlah hadith Thoifah... Tidak akan berlaku hari Qiyamah sehingga orang-orang islam memerangi orang Yahudi hattakan batu dan pokok-pokok pun turut memanggil2 memberitahukan kewujudan orang Yahudi menyorok dibelakangnya (Au kama qaal). Takkanlah kita hanya mahu biarkan orang Falastin sahaja berjuang mati-matian dan kita pula hantarkan bantuan kain kafan buat mereka? Ingatlah! Sebahagian mereka sudahpun bersenang-senang di atas pelaminan, duduk bersama pelayan-pelayan suci! Ringgit kita belum tentu cukup untuk dihantar menjadi mahar daerah syurga!!! Mereka menghantar anak, mengirim nyawa, takkanlah kita hanya mengirim ringgit saja?


Jadi Siapakah Rijal?

Persoalan ini bukanlah soalan yang boleh dijawab dengan 'bertele-tele' tanpa asas. Rijal bukan saja merujuk kepada 'budak lelaki' seperti maksud literalnya. Rijal adalah para pembela agama, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan yang mahu menegakkan islam dalam dirinya dan memilih jalan perbaikan (islah) sebagai jalannya. Dr Abd Karirn Zaidan menggariskan beberapa ciri RijaludDakwah ini; rijal harus memiliki kefahaman yang mendalam, keimanan yang mantap dan hubungan yang intim dengan Allah Ta'ala. Atau dengan kata lainnya kita perlu mempersiapkan rijal-rijal yang memiliki persiapan dari sudut aqliyah, ruhiyah dan harakiyah. Maka siapakah yang akan menanggung tugas berat mencari rijal sebegini ini, jika kita tidak melakukannya secara berfokus? Fikirkanlah!


[Peringatan ini tidak lebih hanyalah buat diriku yang terkadang lupa... Harus lebih laju berlari!]

Saturday, January 10, 2009

Bumiku


Falastin bumiku
Maafkan aku
Kerana jika dalam seribu nikmat yang diberikan
Bangsaku lelah menghulurkan walau satu

Aku terkapar melihat erti juang
Yang terkadang dimaknakan
hanya pada kain-kain rentang
pada baju-baju dan tulisan
ji-hadku dan bangsaku kadang-kadang
hanya pada cakap-cakap dan kertas buku

Falastin bumiku
entah bilakah kau akan kusebut 'kampungku'
akankah kami terus-terusan mempertahankan watan
kerana aku dan bangsaku juang umpama banjir
Banjir surut, perjuangan pun hanyut...

SAZ-jb
855pm

Friday, January 02, 2009

Bukti Cinta

Ya Tuhan Kami...
Apalah yang dapat kami tunjuk pada-Mu
Sebagai bukti cinta kami kepada-Mu

Amal kami tak seberapa
Solat malam kami entah yang bagaimana
Tilawah dan tadabbur kami macam manalah agaknya
Dakwah kami entahkan kepada siapa
Ji-had kami ke manalah halanya...

Ya Tuhan Kami...
Saat kami jatuh tertimbus fail-fail
Letih kami berjuang dengan laptop dan komputer
Sejuk kami dek hawa pendingin udara
Mereka pula jatuh tertimbus batu-batu
Letih mereka berjuang demi sebuah watan
Sejuk tergigil hilang rumah dan khemah,
Kebulur kelaparan dek kurang makan
Mati akhirnya kerana peledak dan senapang-senapang..

Saat mereka jerit sahut-sahutan
Allahu Akbar Allahu Akbar
Kami pula berdendang nasyid sahut-sahutan
melaungkan "Allahu Akbar, Alhamdulillah, syukur"
Sambil duduk menikmati secangkir teh
Menjamu selera, sebelum terus menyiapkan kerja
Duduk dan duduk, menikmati udara dari pendingin hawa.

Tika mereka berhibur dengan bidadari suci dari syurga,
Kami terus-terusan terhibur dengan astro dan channel-channelnya.

Epilog Palestin
SAZ-jb
1.33am