Seusai siap beberapa urusan tadi, saya menghabiskan masa melunaskan hak-hak ukhuwah kepada yang berhak atasnya. Beberapa nama saya klik di tetingkap Y!M dan dan kemudian mulai berbual dengan mereka. Oh, baru saya sedar bahawa terlalu lama rupanua hak-hak mereka ini tidak tertunaikan.
Kemudian ingatan saya mulai menerawang kesana-kemari mengingatkan wajah-wajah yang menghuni memori ukhuwah lama. Sementelah kelapangan itu, dapat saya browse sekilas gambar-gambar kami yang lama dan terputarlah kembali kisah-kisah ukhuwah kami yang punyai pelbagai cerita.
Ada seorang sister, serasa dirinya begitu dekat di hati saya. Entah kerana kami memang sekepala, atau mungkin dek kerana tautan ukhuwah setelah melalui pelbagai pancaroba; dia memang akhwat yang dekat di hati saya. Sehingga dengan kehadiran dia, saya sentiasa merasa begitu 'ramai' sepertimana juga saya merasakan 'kurang' tanpa hadirnya sister ini. Dia dan saya memang punyai banyak persamaan, sama-sama punyai watak dan peribadi yang banyak keserupaan. Sama-sama banyak cakap, sama-sama suka berdebat, sama-sama suka berjalan, sama-sama suka bercerita. Banyak sekali.
Kami ketawa, kami menangis, kami bertekak, kami bercerita, kami makan sedulang kadang sepinggan, kami minum secawan, malah kadangkala kami berkongsi bantal. Saya melihat ukhuwah kami memang ada pasang surutnya namun segalanya sentiasa segera menjadi ceria seperti sediakala seusai badai melanda. Pelbagai masalah diatasi bersama, walau kadangkala dengan hujah-hujah berjela-jela.
Hinggalah suatu ketika Syaitan berjaya menjentik ukhuwah kami. Entahkan kenapa, rupa-rupanya yang akan menyuramkan ukhuwah kami bukanlah kata-kata. Tetapi rupanya ukhuwah kami semakin pudar dan hambar kerana kurangnya komunikasi. Segalanya bermula dengan bisik-bisik syaitan; saya pernah meragui ukhuwah dan keikhlasannya!
Langsung selepas itu tiadalah lagi panggilan telefon yang dahulunya berjam-jam. Tiada lagi perkongsian cerita. Tiada lagi perasaan hangat apabila berbicara kepadanya atau mendengar bicara darinya. Dia tiba-tiba tidak lagi menjadi orang pertama yang akan saya tekan nombornya apabila ingin membicara sesuatu apapun. Malah ketika bersalam dan berpelukan pun, serasa kaku dan dingin bersahaja. Walau wajah cuba menguntum senyum, saya tahu kami sama-sama canggung dengan situasi itu. Mungkin kerana kami banyak kesamaan, maka sebab itulah kami canggung bersama-sama.
Astaghfirullah. Baru saya perasan. Lama sudah rupanya saya biarkan ukhuwah ini menderita.
Saya rindu sister itu. Saya tahu, Allahlah yang memegang hati-hati manusia. Mungkin ada hak-Nya yang belum dilangsaikan hinggakan Allah halangi hak saya dengan sister ini. Ampuni aku ya Allah... Nastaghfirullah. Kami memohon bantuan-Mu ya Allah. Selamatkanlah ukhuwah kami. Ukhuwah yang menjadi tonggak nadi jalan dakwah ini. Ku mohon. Dengan sangat.
Jadi, buat kalian.. Jangan dirungkaikan ukhuwah yang terbina. Bajailah dengan doa, warnakan dengan kasih dan hubb fillah. Berziarahlah, bertelefonlah hattakan ber-SMSlah. Tentu ada sesuatu dari Allah buat kita, apabila telah timbul rasa kasihkan ukhuwah seiman.
Hati saya begitu berbunga-bunga membaca sebuah hadith sohih;
"Abu Hurairah berkata: Sabda Nabi s.a.w; ada seorang berziarah temannya di dusunnya, maka Allah menyruh seorang malaikat menahannya di tengah jalan. Dan ketika bertemu, malaikat bertanya: "Engkau hendak kemana?" Maka dijawab oleh orang itu "saya hendak berziarah seorang teman kerana Allah, di dusun itu. Kemudian Malaikat bertanya lagi; "Apakah engkau merasa terhutang budi padanya atau ingin membalas budi baiknya?"
Maka orang itu menjawab: "tidak, hanya semata-mata kerana saya sesungguhnya mengasihi orang itu kerana Allah. Kemudian Malaikat menyatakan "Aku utusan Allah kepadamu, bahawa Allah kasih kepadamu sebagaimana kamu kasih kepada kawanmu itu kerana Allah."
H.R Muslim

1 comment:
salam k.saufi..
subhanallah..memang syaitan tu sentiasa bermaharajalela dihati(syaitan msti tension..=p)..walau xdapat menodai, merusakkan ukhuwah islam pun jadilah..sy sbnrnya pon mghadapi masalah yg hmpir sama..sebelumnya terasa mungkin terlalu bz utk berhubung, tetapi bz tu sbnrnye suatu ujian buat kita dalam menjaga teman kita..sehingga apabila teman tu semakin jauh meninggalkan kita dan dakwah, sulit pulak untuk mencari jalan mendekatinya lagi..hmm..semoga Allah sentiasa memelihara setiap tindakan yang kita lakukan..semoga ukhuwah ini tidak pernah padam dan terputus..
Post a Comment