Monday, February 21, 2011

ibu dan bapa dalam dakwah

hakikatnya seorang anak yang masih muda memang punyai sekeping hati yang reactive. ya, reactive. they tend to be responsive or react to a stimulus, very very fast. They are characterized by reaction, so so much. aku kira, sama saja anak muda di rumah-rumah dan anak muda di jalan dakwah. karakter yang sama, namun berlaku di dua tempat yang berbeza.

terkadang aku tertegun sendirian, mencari-cari apakah dia yang menyebabkan golongan ibu dan ayah yang berpedoman ini mempunyai kesabaran yang menakjubkan? kesabaran dalam mendidik dan membimbing anak-anak, kesabaran menghadapi karenah si anak dan silap anak-anak yang adakalanya bersifat fatal, juga kesabaran dalam memujuk dan meyakinkan si anak agar tidak putus asa mencuba hingga jaya. kadangkala ujian bukan sahaja datang dari si anak, namun ibu dan bapa adakalanya perlu berhadapan dengan ujian dari saudara-mara dan jiran tetangga dek perbuatan onar si anak!

ah, pokoknya mereka memang hikmah! menahan lidah dari berkata yang tidak haq, menahan hati dan sekaligus menahan emosi demi mengawal agar tidak tercetusnya perbalahan. i just have to say "wow! subhanallah ya abati wa ummi!". apakah mungkin ini semua kerana lamanya mereka hidup di bawah lembayung pedoman, ataukah simply kerana mereka juga pernah melalui laluan getir mengawal emosi ketika bermacam halangan melanda?

aku kira sebenar-benarnya mungkin mereka juga pernah menjadi reactive. kerna itulah mereka tahu benar apakah ubat yang paling mujarab disuntik kepada si anak agar wajah yang kusam kembali tersengih ceria. atau paling tidakpun, si anak akan berupaya menahan diri dari terlalu reactive.

hmm. aku harap janganlah si anak menjadi passive pulak, sepertimana passive volcano. kelak nanti kalau tiba-tiba meletus, maka karamlah semua ditimbus lava.