Friday, October 09, 2009

Tak Layak..

Ana masih belum faham mengapa setelah bertahun-tahun diulit dan dibelai oleh tarbiyah robbani, namun masih ada yang merasakan dirinya belum 'bersedia' menyentuh hati manusia, menjalankan kerja-kerja tabiyah. "Tidak bersedia" yang pada sesetengah kita membawa makna "tak cukup ilmu" dan "tak cukup layak". Tulisan ini bukanlah untuk menyelar sesiapa atau merasakan diri sendiri yg baik (na'uzubillah) tetapi adalah sesuatu yang amat mengecewakan jika mutarobbi yang terlahir dari tarbiyah ini tidak mampu melahirkan mutarobbinya sendiri.

Soalnya di sini, apakah benar setelah pelbagai peringkat modul dilalui maka kita masih tidak bersedia? Para murobbi begitu komited ingin mencapai 'objektif' dan 'KPI' tetapi bagaimana kita sendiri sebagai mutarobbi? Ataukah sebenarnya segala ilmu yang dikutip semasa usrah-usrah dan segala program daurah dan tamrin itu terlalu banyak hinggakan hanya tinggal menjadi ilmu di kepala?

Hidup sebagai seorang guru sekolah banyak mengajar ana erti tarbiyah, dalam menyelami perasaan 'murobbi'. Betapa kecewanya seorang guru apabila murid yang dicetaknya tidak mampu untuk memahami apa yang diberikannya. Atau lebih mengecewakan apabila murid yang lulus peperiksaan dengan baik, namun sebenarnya tidaklah faham apa yang dipelajari selama ini. Akalnya tinggi tetapi tidak mencerminkan dirinya. Same goes to this tarbiyah; alangkah sedihnya jika ia sekadar ilmu di kepala tetapi bukan sesuatu yang bersifat inqilabiyah di hati dan jiwa..

Bukankah dakwah ini bersifat inqilabiyah, merubah jiwa dari gelap kepada cahaya? Para sahabat telah melalui zaman yang jahiliahnya hitam pekat menggila, malah mungkin sebenarnya menjalani hidup yang terlalu jauh lebih teruk dari hidup jahiliah kita. Namun apabila disentuh oleh Islam maka para sahabat telah merubah diri menjadi 'logam' terpilih bagi Islam. Tetapi ini berbeza pula bagi kita, jahiliah kita tidaklah sampai buta dari mengenal Pencipta, membunuh manusia, atau segala macam jahiliah yang tak tersanggupi kita bayangkan. Namun peliknya adakalanya setelah bertahun dalam tarbiyah, kita masih membawa dan mengendong jahiliah itu!

Hairan bukan, para sahabat kadangkala hanya perlu satu pertemuan dengan murobbinya untuk meninggalkan kehidupan jahiliahnya, lalu mengungkap janji untuk setia pada Nur Islam. Tetapi kita pula, setelah berpuluh-puluh malah mungkin telah beratus atau beribu kali pertemuan, namun masih membelai2 jahiliah di lubuk jiwa!

Apakah mungkin inilah puncanya rasa "tak layak" itu? Ilmu yang diperolah hanya tinggal di kepala sebagai ilmu, namun tidak diresapi di hati dan syu'ur (perasaan) kita. Kita mencipta pelbagai alasan untuk men-justify bahawa kita tak sehebat sahabat dan secara tak langsung apakah kita ingin menyatakan bahawa kita mahu murobbi yang 'sehebat' rasul untuk menjadi sehebat sahabat.. Bukankah telah dia wariskan kepada kita dua perkara, yang bila kita berpegang teguh pada dua ini, kita takkan sesat??

Murobbi telah menunjuk jalan. Maka ingatlah bahawa Allahlah yang memberi cahaya. Kita diajarkan agar memohon dengan Allah untuk ilmu yang bermanfaat, lalu apakah kita telah berusaha meletakkan ilmu itu di tempat sepatutnya dan disampaikan sehabisnya agar ia benar-benar menjadi sesuatu yang bermanfaat?

Owh tulisan ini memang banyak persoalan. Jawapan ada dalam diri kita sendiri termasuk ana, dan jawapan yang paling baik akan dapat kita ungkaikan setelah tembok ego dan su'uszhon kita dipecahkan! Fikirlah, sebelum Allah menyoal syahadah kita kelak.

wassalam.

6 comments:

Arifah said...

Akak...

Sedang merenung dengan sedalamnya.

Anonymous said...

salam...
sering ziarah ke sini tapi pertama kali memberi komen..
kerana post akk yg kali ini memang kena dengan masalh yg sy sedang hadapi... rser perit entah kenapa kerana sy masih dalam perasaan rser tak lyak utk menjadi murrobi.. any ideas sebab sy rser sy takleh menyampaikan dengan baek..

nfs said...

sofi...tumpang eh...

to anon...

cadangan je ni..awak terus je..terus je...at the same time awak upgrade mana yg kurang...sikit2 je..banyakkan berbincang...dan doa Allah mudahkan awak menjadi murobbi tersukses.

awak jangan sedih berpanjangan..Allah suka pada org yg berusaha....

salam sayang - kakak (dulu pon mcm awak..)

Anonymous said...

huhu.. macam tu ek.. sebenarnya saya dah bincang dgn naqibah saya suma.. dia pun cm tak bg jawapan.. cm sy rser dio ok jer if sy nak or tak nak jadi.. tapi akhir2 nie.. sy pun confius ag sebenarnya.. sy bc buku, dgr talk n sy realise sy kena buat bende tue suma.. sy masih ragu dgn bende nie.. huhu boleh dpt contact akk...

Sufi is me said...

salam adik,
mashaAllah syukur kepada-Nya kerana memilih adik dan kita semua untuk merasai tanggungjawab syahadah al haq yang kita pikul sejak terlahirnya kita sebagai muslim ini.. melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim hakiki yang benar-benar memahami tuntutan syahadah bukanla mudah. namun di sana ada pelatihan-pelatihan yang boleh membantu kita mencari jalan untuk membantu menyampaikan kefahaman islam kepada ummah dan seluruh manusia..

menyampaikan islam bukan semestinya menjadi murobbi-murobbi besar, memberi ceramah, berdialog, berdebat atau apa saja yang sepertinya itu.. menyentuh hati manusia dan menjalankan kerja-kerja tarbiyah sebenarnya bermula dengan semudah mengajak seorang kawan duduk bersama dan membaca alquran dan tafsirnya.. ia juga bisa semudah mengajak seseorang ke usrah... juga mungkin semudah berziarah ke rumah seorang sahabiah demi sebuah ukhuwah islamiah, yang akan memudahkan urusan dakwah di kemudian masa..

cuba bayangkan, seorang ukhti yang consistently mengajak roommatenya utk baca alquran dan mentadabburinya.. apakah setelah setahun, dua tahun, tiga tahun istiqomah dengan perbuatan itu maka mereka takkan memperoleh hasilnya? ini sekadar suatu cadangan... inshaAllah ada terlalu banyak cara untuk menyampaikan.

bagi ana, mudah saja formula untuk ini. segalanya bermula dari dalam diri kita sendiri. mulakan dengan memahami islam yang dipelajari melalui talaqqi, dengan sepenuh penghayatan di jiwa.. kemudian bertitik tolak dari kefahaman ini, kita akan terus memajukan langkah dalam mengamalkan segala yang diwahyukan Allah, sekaligus mengamalkan salah satu suruhan Allah dalam wahyunya "ya ayyuhal muddatthir, qum faandzir!!!"

hayatilah islam.. selamilah seerah rasulullah. kemudian mulakanlah langkah. semoga dipermudahkan.

saufiahazzahrah@yahoo.com

Anonymous said...

jazakillah kak sofi... kini sy lebih mengerti