Sunday, August 23, 2009

buku

selama ini saya mengenal said hawwa hanya melalui bukunya yang popular seantero dunia itu; tazkiyyatunnafs. mengetahui beliau adalah 'daie kental spiritual', maka saya tidak mengagak bahawa beliau begitu mantap fikrah dakwah dan harakiahnya. saya kirakan beliau seorang yang masih cenderung ke arah kesufian, namun mungkin saya terlupa bahawa hidupnya mempunyai dua fasa.

semalam seorang pakcik menghulur dua buku untuk saya habisi. meladeni tulisan beliau tentang risalah ta'lim membuat perspektif saya terhadap syeikh ini berubah seluruhnya. apapun saya kira tulisan beliau dalam tazkiyatunnafs adalah yang paling saya cintai. dari sudut isinya, tulisan ini bersifat umum dan tidak berat, namun cukup untuk dijadikan panduan ringkas sehari-hari.

kendatipun, kecintaan saya kepada tulisan amru khalid mengatasi semua cinta saya kepada buku-buku selainnya. tulisannya sentiasa segar dan membeningkan hati, memotivasikan dan lalu mambawa kepada ingatan untuk Tuhan. masya-Allah, betapa saya kepingin mendengar sendiri bicara dari lidah syeikh yang ini. oops. afwan, saya memang cenderung kepada isian-isian kesufian/kehatian.

tetapi ketika bersama-sama adik-adik kesayangan saya, saya kira tulisan abul a'la almaududi adalah yang paling seronok untuk dikongsikan. hehehe. jika kamu adik saya kamu tentu tahu kenapa. (*wink*). saya lahir semula, mengenal dan membesar bersama islam dimulai oleh tulisannya. tidak hairanlah kata-kata seyikh yang satu ini memangnya sentiasa memberi kesan kekal kepada saya. inshaAllah semoga terus-terusan kesannya itu berlaku kepada saya dan semua. =)

***

adik saya yang seorang sudah touch down dari peti sejuk sana. tak sabar menanti esok, untuk berbuka puasa bersama-samanya dan lain-lain. yey.

4 comments:

Muna said...

akak penah tengok series amr khaled 'bismika nahya' tak? huh, mmg sangat super best! tersedu-sedan mendengar lecture yg sgt menyentuh hati.. lagi-lagi dlm bahasa arab.. (tapi ni ada translation)

Try to click at my name.. dpt tak site tu? yg ada asterisk (*) je yg ada translation..

Sarah Ibrahim said...

salam

sofi!hehehe

bg pinjam satu buku amr khaled boleh x?
dah dua orang bgtau Lah buku dia best.rasa teruja sngat nk baca.

If u have one, any titles, bg la pinjam sat eh.

jazakillah khoir.

miss u.

Mama Hazim said...

Sedang mengumpul wang utk buku Amru Khalid "dengan nama-Mu aku hidup". Atau akak ada ke? hehe.

Afwan, tidak dapat mampir ke kampung kakak. Sedih..

Hm.
Saya rindu kakak.

p/s: jazakillah muna utk link itu. Tajuk mengenai buku yg saya cari juga. Alhamdulillah =)

the left wing said...

kenapa semua orang mcm excited semacam jer nk baca buku amr khaled? saya pun.. nak pinjam jugaklah.. boleh? buku mana2 pun x per.. hehhe