Friday, January 02, 2009

Bukti Cinta

Ya Tuhan Kami...
Apalah yang dapat kami tunjuk pada-Mu
Sebagai bukti cinta kami kepada-Mu

Amal kami tak seberapa
Solat malam kami entah yang bagaimana
Tilawah dan tadabbur kami macam manalah agaknya
Dakwah kami entahkan kepada siapa
Ji-had kami ke manalah halanya...

Ya Tuhan Kami...
Saat kami jatuh tertimbus fail-fail
Letih kami berjuang dengan laptop dan komputer
Sejuk kami dek hawa pendingin udara
Mereka pula jatuh tertimbus batu-batu
Letih mereka berjuang demi sebuah watan
Sejuk tergigil hilang rumah dan khemah,
Kebulur kelaparan dek kurang makan
Mati akhirnya kerana peledak dan senapang-senapang..

Saat mereka jerit sahut-sahutan
Allahu Akbar Allahu Akbar
Kami pula berdendang nasyid sahut-sahutan
melaungkan "Allahu Akbar, Alhamdulillah, syukur"
Sambil duduk menikmati secangkir teh
Menjamu selera, sebelum terus menyiapkan kerja
Duduk dan duduk, menikmati udara dari pendingin hawa.

Tika mereka berhibur dengan bidadari suci dari syurga,
Kami terus-terusan terhibur dengan astro dan channel-channelnya.

Epilog Palestin
SAZ-jb
1.33am

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...
akak...
saya minta izin untuk copy dan print bukti cinta dan mahar syurga serta tulisan-tulisan akak yang dulu....
teruskan berjuang dan berdakwah...
hasil penulisan akak mampu menyentuh jiwa dan membuatkan saya berfikir sejenak..
terima kasih akak..
teruskan berdakwah melalui penulisan...
semoga kehidupan akak akan terus diberkati ALLAH buat selamanya..
dunia jua akhirat...amen..