Wednesday, January 30, 2008

Dah Jadi Akhawat -ep i-

kelmarin aku nampak dia. tudungnya labuh, bulat. bajunya labuh sampai ke lutut. "whoa," aku jerit sendirian di dalam kereta. benarnya bukan kerana ternampak dia, tetapi kerana aku hampir terbabas sebab sibukkan menengok dia. jalan ke kampung Yeremiahh memang sedikit saspens jika dilalui dengan tidak hati-hati.

terkejut juga aku, dulu dia tak macam tu. dulu, dialah kepala penjahat di asrama. orang semua prep, dia memekak. takpon kalau tiba-tiba bilik prep senyap, maknanya dia sedang mengetuai jamaah tido. banyak-banyak budak jahat, dia dan gengnya yang paling top. sampai dibariskan di hadapan para pelajar seluruhnya atas kesalahan pelbagai.

wah. kelmarin dia dah berwajah jernih. sudah jadi manusia, aku kira. sudah hilang degilnya barangkali. aku ingat juga dia cerita, ada kakak macam malaikat berdakwah padanya. katanya kakak itu merimaskan, asyik bercakap tentang islam. berinya buku imam ghazali. dan ketika mengikut 'kakak malaikat' itu pulang bermalam di kampusnya, kakak itu tidak tidur. dia tidur, kakak itu masih berjaga menghadap buku. dia bangkit ke tandas di tengah malam, kakak itu berteleku atas sejadah. dia bangkit subuh, kakak itu sudah tersedia bertelekung menantinya. itu tahun 2001. wah. dah tujuh tahun. sekarang dia pula harapnya yang begitu.

tak sangka. cakap-cakap kakak malaikat itu hanya berhasil setelah tujuh tahun. selepas tujuh tahun kakak itu 'merimaskan' dia, dia sudahpun berwajah jernih sekarang. dengar-dengarnya kakak itupun sudah ada empat anak. harapnya anak itu sepertinya. yang seperti malaikat.

oh ya. yeremiah pergi ke gereja tiap sabtu. lyzianna barbara juga begitu. yang peliknya, mereka semua ini berjiran dengan me1ayu-me1ayu yang islam semuanya. aku kira sejak bapak-bapak moyang mereka lahir, mereka telah berjiran. walau bersebelahan kampung. mungkin kerja dakwah me1ayu-me1ayu yang berjiran dengan mereka ini belum menampakkan hasil. kena tunggu kucing bertanduk atau ayam berjanggut agaknya.

tapi, aku rasa, kalau takat didakwahi oleh situasi-situasi seperti menonton gadis-gadis yang berbaju sendat, seluar ketat, mungkin tak kemana.

3 comments:

Anonymous said...

ni citer betul ker atau cerpen dakwah?

Sufi is me said...

=)
kisah benar.
sangat benar.

Anonymous said...

ader kebenaranya, air kalau dititis lama2 lengkuk juge batu..