Thursday, May 01, 2008

Kita Memang Harus Berpisah


dalam hidup ini, aku sudah sedar sesuatu. bahawa setiap yang kutemukan dan kucintai, akan akhirnya pergi dari hidupku. walau kerana apapun cinta itu timbul, atau atas sebab apapun ia mulai timbul, memang semuanya harus pergi dari hidupku atas alasan apapun.

saban kali kecintaanku pergi, aku ditebak melankoli. bukan silapku punyai jiwa yang tipis, bisa jadi melankoli begitu mudahnya. tetapi beginilah aku, beginilah aku. dan kini aku sedar, rupa-rupanya aku bahagia punyai rasa melankoli. pelik bukan? aku bahagia punyai rasa melankoli, kerana melankoli mengheret aku menghampar doa paling kudus pada Tuhan. menyimpul mati hatiku dengan Tuhan. membuat aku cengkam erat-erat hatiku pada Tuhan. dan berharap serta mengemis hanya kepada Tuhan. semata-mata Tuhan. seolah tenggelam dalam asyik munajat kepada Tuhan. Allah yang Maha Satu.

dan melankoli ini memandu aku untuk lurus terus atas jalan Allah, tidak gelincir kearah kesesatan biiznillah. segala cinta murah dan hina bukanlah lagi menjadi halatuju hidupku, dan aku kini amat pasti perjalananku kini semata untuk memburu cinta yang maha agung. segala cinta yang didasari jahiliah pastinya telah kuhumban jauh dari lubuk hati. tak kiralah cinta jahiliah yang bagaimana sekalipun. kau tahukah, cinta kepada ibu juga bisa menjadi cinta jahiliah? cinta kepada sahabat pun barangkali menjadi cinta jahiliah?

dan semalam, satu lagi episod melankoli. sahabatku pergi. seorang sahabat dunia akhirat inshaAllah. kami telah berjanji, jika tak bertemu lagi selepas ini, maka ketuklah pintu syurga dan berjanjilah untuk bertemu di tamannya. segalanya biiznillah.

sahabat, kau tahukan aku bahagia punyai rasa melankoli ini? kita telah bertemu atas jalan dakwah, bersumpah untuk setia atas jalan ini, dan kini tiba masanya kita memang harus berpisah...

namun, janganlah mengatakan 'selamat tinggal', tapi katakanlah 'jumpa lagi'...
=)

5 comments:

Mama Hazim said...

jumpa lagi kak sofi.. ^_^

nasa said...

baca tajuk ni je..t'ingat lagu from video 'break' tu...
'kita memang harus berpisah..untuk menjaga diri..'
(part ni je yg ummu slalu ulang2 nyanyi..huhu)
btw,jumpa lg kak!!

Anonymous said...

ala... kak sofi tu saja, suka sgt melankolik2 neh.... nasib baik xsampai tahap bercakap dgn 'kambing'jer tu... kikiki. (rasa nyer cik sufi jer yg faham pasal bercakap ngan kambing neh...) tapi lately saye nampak awak guna gambar kerbau utk ym awak.... hurmmm, adakah itu bermaksud...?? ohw....
next time should use analogi pokok getah tu la, mcm baru tak kasar sgt bunyi nya... tapi utk org yg melompat, 'gajah rimau' skali pun mereka telan yer tak??.... hurmmm.... actually i'm missing our group so much.... tapi xper.... ukhuwah tu kan bukan dari barang2 berharga yg kita bagi, bukan juga kata2 manis.... tapi ingatan dalam doa yang dipanjatkan pada rabbul izzati....

sayang kamu sis, kerana Allah...

org yg menumpang di fateh... hahaha, utk jangkasama yang tidak lama lagi.... hurmmm... berjangkit melankolik kamu...

NuRuL AtiQaH said...

salam..
kak saufi, ape maksud melankolik???
x phm la..huhu

Harold Fisher said...

This was a lovely blog posst