Kamu tahu Orang Kerdil?
Ala, yang membantu Puteri Salju sewaktu dalam buangan tu.
Ada tujuh orang kerdil yang membantu Puteri Salju dan menyelamatkan beliau. Setiap satunya begitu baik hati.
Orang kerdil ini ajaib. Bukanlah kerana mereka memiliki kuasa magis, tetapi kerana mereka sendiri membuat perkara ajaib. Kamu tahukan, orang kerdil dengan senyap-senyap bekerjasama membina kerusi dan meja buat Puteri Salju, kerana kerusi dan meja yang sedia ada di rumah mereka tidak sesuai untuk Sang Puteri. Orang Kerdil juga begitu menjaga kebajikan Sang Puteri. Menjaganya, memerhati sakit peningnya. Sebagai balasan, Sang Puteri selalu masak-masak dan mengemas rumah untuk mereka.
Dalam cerita lain, orang kerdil juga pernah menolong Pakcik Shoemaker membuat kasut. Dengan senyap-senyap orang kerdil menyiapkan kasut Pakcik Shoemaker yang tak dapat disiapkan itu. Bila Pakcik Shoemaker takde duit nak beli barang buat kasut, mereka buatkan kasut untuk Pakcik Shoemaker. Mereka buat senyap-senyap, kemudian letakkan di atas meja Pakcik Shoemaker. Waah.
Kamu tahukah, dalam hidup kita sebenarnya dipenuhi 'orang kerdil'? Mereka susah ditemui, tetapi mereka sekali-sekala muncul.
Mereka bukan dongengan, bukan tahyul, bahkan mereka itu benar wujud!
Kadang-kadang mereka menemankan ketika melalui 5 jam memandu membelah gelap malam pekat yang sunyi dan membosankan. Kadang-kadang yang lain, mereka mengemaskan rumah ketika kita sibuk dengan kerja. Kadang-kadang juga mereka menolong siapkan tugasan-tugasan leceh. Kadang-kadang lagi pula ada yang memasakkan.
Ada yang menyusun pakaian.
Ada yang mencucinya.
Ada yang menyelitkan not ringgit
Malaysia ke dalam beg tangan. Ah. Banyak lagi cerita orang kerdil ini. Tak mampu dihurai semua di sini.
Apa yang pasti, mereka bukan magis. Tapi sentuhan mereka begitu ajaib. Begitu ajaib. Terima kasih Allah, atas kurniaan-Mu melalui orang kerdil ini. Walau jarang-jarang bertemu, namun kasih mereka bukan kerdil. Mereka itulah akhowatku. Hidayahkan aku agar dapat terus menyintai mereka kerana cinta kepada-Mu. Tambahkanlah iman kami dari sehari ke sehari agar nanti kami mati sebagai orang yang benar-benar kuat mengimani-Mu.
Dari Abu Idris Alkaulani, seketika beliau masuk ke masjid di kota Damsyik lalu melihat seorang pemuda yang tampan dan putih berkilat giginya. Pemuda tampan itu dikerumuni orang dan orang-orang yang khilaf dalam hal-hal agama bertanya padanya. Maka kemudian Abu Idris Alkaulani bertanya perihal lelaki itu; siapakah dia? Maka dijawab orang sekeliling bahawa pemuda itulah Muadz bin Jabal r.a.
Keesokan harinya, Abu Idris datang pada awal pagi, lebih awal dari biasa lalu melihat Muadz r.a. sedang bersolat. Setelah selesai solat, maka dia datang kepada Muadz lalu memberi salam lantas berkata: "Demi Allah, sungguh aku menyayangimu". Muadz menjawab; "Demi Allah?" "Demi Allah," jawab Abu Idris semula. Maka Muadz menarik hujung selendang Abu Idris agar Abu Idris mendekat, lalu berkata: "Sambutlah khabar baik, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah berfirman;
"...pasti akan mendapat kasih sayang-Ku orang yang berkasih-sayang kerana-Ku, dan sumbang-menyumbang, ziarah-menziarah dan bantu membantu, dan berkumpul kerana-Ku"
(HR Malik di dalam RiyadhusSalihin)
3 comments:
Diriwayatkan daripada Amir bin Rabi`ah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila kamu melihat jenazah diusung, maka berdirilah kerananya sehinggalah jenazah tersebut diusung jauh dari kamu atau sehingga jenazah tersebut diletakkan di dalam kubur.
-- HR Bukhari&Muslim
salam. semoga kita sentiasa dikurniakan para 'org kerdil' yg prihatin terhadap kita tk kira mase susah atau senang. ameen :)
rindu k sofi..uhibbukifillah...
Post a Comment