Tuesday, May 08, 2007

Semoga..

Semoga
Selamat meniti segalanya
Selamat menongkah segala yang bakal binasa
Selamat menggapai keredhaan-Nya

Juga moga.
Kuat dalam meniti kehidupan
Gagah dalam mengharung likuan
Tabah dalam menghadapi segala ketentuan

Hidup kita.
Bukan lagi hidup biasa
Bukan lagi untuk dunia
Bukan lagi mencari bahagia

Kerana bahagia ada. Di sana
Dunia hanya tempat sengsara
Sekadar persinggahan sementara
Sebelum sampai ke destinasinya

Demi larian yang. Masih panjang
Demi mengangkatnya ke tempat gemilang
Moga kuat mengatur langkah Pahlawan
Dalam juang mencari Tuhan.

080507 01:47
SAZ KL

2 comments:

Anonymous said...

jazakillahu khairan kathira

Anonymous said...

bahagia itu satu perjalanan..bukan satu destinasi...
semoga berbahagia selalu..