Friday, January 08, 2010

Cerdek ep 8: Dah Terlambat.. Ke? (Cerite panjang-pendek)

Telefon genggam berbunyi-bunyi menyanyikan irama "Insha-Allah" dari Maher Zain. Aufa yang sedang menaip laporan tugasannya di pejabat petang itu, mengalih bebola mata ke arah skrin telefon yang terbaring di sisi meja. Terlihat di skrin wajah polos lelaki yang telah tiga bulan menjadi halal baginya.

"Assalamualaikum Abang. Ada apa call Fa? Nak siapkan kerja cepat ni. Kacau je." Suara Aufa bagaimanapun nyata berbaur ceria.
"Wa alaikumussalam. Sorry ye cik, busy sungguh ye bunyinye? Hehe. Ni, Abang just nak tanya, balik kejap lagi jadi ke kita dinner di rumah pakcik Karim dan zaujahnya?"
"Owh jadi! Tadi Makcik dah text, ayam panggang is in the oven! Pakcik pun dah memfreekan diri khas untuk jumpa kita! Best kan diorang?"
"Alhamdulillah.. Ok then. See you there inshaAllah. Hati-hati drive nanti. Assalamualaikum," Khairun menamatkan perbualan.
"Wa alaikumussalam"

Hati Aufa berbunga-bunga. Umpannya mengena! sudah tiga bulan Aufa menantikan hari ini untuk tiba. Hari di mana Zaujnya akan ditemukan dengan murobbi yang sudi membantu zaujnya kembali ke tarbiyah. Aufa masih menggenggam panas pesanan Ummi, agar sentiasa berusaha untuk membiasakan rumah tangga itu dengan bual-bual yang menambah iman. menelusuri sirah, mengingat tentang sunnah, serta mendekatkan diri dengan al Quran.

alhamdulillah, setakat ini pelbagai dorongan dan tips terus-terusan diberi oleh ummi. dan hari ini ummi mengenalkan Aufa dan Khairun kepada pakcik Karim dan zaujahnya agar dapat mengajak Khairun kembali bergabung dengan barisan tarbiyah.

* * *

"Jadi hari apa kita nak mula usrah ni pakcik? Ana dah lama tak usrah. last time usrah di Uni. Itupun akhirnya ana cabut lari. Zaman sekolah dulu rajinlah. Haha," Khairun memulakan perbualan di ruang tamu, seusai menikmati nasi berlauk ayam panggang tandoori yang dimasak zaujah Pakcik Karim.

"Wah, sejak walimah ni semangat balik nampaknya?" Pakcik bergurau, namun itulah kebenarannya.

"Yelah, mana boleh tahan. Ana hantar zaujah ana ke usrah, kemudian ana duduk minum teh tarik di kedai mamak tunggu dia habis. Macam tak padan sangat pulak rasanya," Khairun meluah perasaan.

Namun, dalam diam dia menyatakan syukur di hatinya, Allah menjodohkannya dengan pasangan yang terbaik untuknya. Walau dengan segala kekurangan yang ada, namun hatinya semakin pasti, inilah jodoh terbaik, hadiah dari Allah. PAsangan yang sentiasa mengingatkannya tentang Allah, selalu berusaha untuk membawanya kepada Islam sebenar.

1 comment:

nurmisnan said...

salam
cerpen pendek yang menarik... minat menulis ya. teruskan..isnyaallah nur akan selalu baca..

singgah di rumah yokk.. blog cerita biasa saja.. salam