Sunday, March 14, 2010

kejarlah ketinggian.... dgn meninggalkan mubah..

قال ابن القيم رحمه الله:
"قال لي يوما شيخ الإسلام ابن تيمية - قدس الله روحه -
في شيء من المباح -
هذا ينافي المراتب العالية
وإن لم يكن تركه شرطا في النجاة


* * *
orang yang mengejar ketinggian di dalam agamanya,
yang mengejar syurga di penghujung jalan hidupnya,
pasti akan melakukan ini...
yang mubah ditinggalkan
apatah lagi yang haram, tentulah sekian lama sudah ditinggalkan...
masakan kita hendak mengejar syurga
dengan mengendong di pelukan perkara keji dan dusta?
paradoks.

kata orang,
berhati-hatilah dengan pohon yang tumbuh subur
di lembah kotor..
kerana di segenap pohon itu terselirat kekotoran
serta kerosakan dan dusta...
jadi janganlah sesekali bermain di lembah dosa
kelak nanti terhirup yang haram
lalu kau menyukainya...
lalu apa lagi yang diharapkan
bila hati bersalut lumpur hitam
lalu kau tanyakan, mengapakah begitu sukar dicahayakan?

ya tuhan kami
murnikanlah hati-hati kami ini...

No comments: