Monday, September 27, 2010

murahnya cinta akhawat

Akhi Ayyub bermangu sendirian membaca emel yang masuk ke peti elektroniknya. debar jantungnya yang bermula ketika membaca tajuk emel itu bertukar menjadi detak-detak yang makin perlahan. Getaran hati bertukan menjadi hampa. Berita yang ditunggu selama hampir sebulan kini tiba--namun isi berita itu tidak seperti yang didoa-doakannya panjang-panjang setiap tahajjud.

***

"Pakcik bukalah ruang dan kesempatan pada majlis kecil kita ini untuk antum berdua taarufan, berkenal-kenal tentang latar belakang masing-masing. Insha-Allah, kita mencari jalan terbaik dan paling salim agar usaha membina keluarga-keluarga du'at ini dapat dijayakan. So Ayyub, silakanlah," tenang pakcik Amran berbicara. Amalia mengerling sekilas pada wajah Makcik Aqilah, terlihat makcik sedang senyum mengusik. Akhi Ayyub duduk bersila sebelah Pakcik Amran namun pandangannya dilempar ke arah pintu keluar. Amalia pula yang ditemani Makcik Aqilah menyorok wajah, menghadap ke kanan. Terasa wajahnya panas, dek kerana darah yang menderu ke muka.

Akhi Ayyub mula berbicara. Petah sekali. Bicaranya lancar benar, petanda keyakinan dirinya yang menebal. Ketika bercakap, matanya terus tertuju kepada permaidani indah itu, atau sesekali menangkap pandangan Pakcik Amran. Tidak sekali pun beliau memandang kepada Amalia, sungguhpun dia adalah calon isteri yang dicadangkan oleh Naqib kepadanya.

4 comments:

Sufi is me said...

bersambung naa...

Unknown said...

ha...sile2 kak :) smbung jgn dok smbung. rindulah, nak balik jhr lg..huhu

hidayah said...

rindu itu bukan setakat nak jumpa-- rindu tu pada semua mengenainya. so memang akak kena sambung supaya yang rindu boleh lepas rindu (afwan.jiwang yang dah x leh ubat.hihi)

semut said...

ni dh cite2 sikit, kena habiskan ea, sis