Thursday, April 21, 2011

Pinjaman Terindah Dari Allah- Mak (R.I.P 29.6.1944~14.04.2011)

seminggu telah berlalu... seminggu yang sunyi tanpa belaian ibu di sisi. tiada lagi soalan-soalan tentang aktiviti harian dari mak tiap kali aku menerjah pintu rumah dengan salam. tiada lagi mak menanti kepulangan aku dengan duduk-duduk sembang bersama jiran.. Dia, seorang yang kupanggil MAK kini pergi, selamat menemui Allah dalam dakapanku...

namun atas segalanya yang berlaku, aku bersyukur. alhamdulillah, diberikan kekuatan oleh Allah untuk melalui seminggu ini. segala nikmat yang tak harus aku kufuri.. buat akhawat yang tak putus2 berkunjung ke rumah, percayalah, setiap butiran pasir yang antum jejaki harus menjadi doa kebaikan buat antum atas cinta dan kasih ukhuwah antum.... yang akan terus menjadi lagenda dalam kisah hidupku, yang harus aku banggakan kerana memiliki saudara terdekat sepertimu semua.

tidak lupa kepada yg sms dan call tak habis2 setiap hari... beserta doa serta ingatan tulus.. moga tiap butir bicara antum terhadap Allah itu didoakan kembali oleh malaikat... dan pakcik makcik sekalian yang amat supportive.. naqibah dan bekas2 naqibah, makcik2.. kalianlah bonda-bonda pengganti ibuku... serta para asatizah dan murobbi... mashaAllah.. hanya Allah yang tahu manisnya ukhuwah dan betapa terisinya kekosongan dengan memiliki saudara-saudara seperti antum...

memiliki mak di sisiku merupakan anugerah terindah dari Allah. bagi yang mengenaliku secara dekat tentu tahu kisah hidup kami yang umpama filem di layar perak. Mak yang schizoid, keluarga yang ranap dan akhirnya bercantum kembali, dan semuanya.

Setelah melalui segalanya, Mak pergi dengan begitu mudah. Dia pergi setelah puluhan tahun menderita schizofrenia. Ya, tentulah kematiannya bukan kerana schizofrenia, masakan schizofrenia boleh membawa kepada serangan jantung kan? namun penyakitnya itulah yang merupakan suatu nikmat terbesar buat aku, kerana ia telah mencorak aku untuk menjadi aku yang sekarang. Aku yang sensitif, namun begitu mudah menjadi 'pekak' dengan cakap-cakap orang. Aku yang mudah menangis, namun akan kering air mata apabila selesai menyusun logika dan hikmah di belakang sesuatu....

Kini Mak pergi, di saat dia berada paling dekat dengan aku. "Intan payung Mak", itulah gelarannya untuk aku ketika aku menangis semasa kecil. Ketika aku seolah lelah menyantuninya sesudah dewasa, dia menggelarku "anak yang taat"... dan ia menjadikan aku melupakan segala lelah dek kerana mengingati lelahnya dia mengendongku di dalam kandungan.. Dan ketika aku meminta redhanya dan ampunannya demi sebuah tempat yang kupanggil syurga, mak dengan gembira menyatakan redha...

"Mak, Adik mintak ampun ye mak. Mak ampunkan tak?"
"Okeh. Mak ampun." Mak melayan karenahku petang itu.
"Mak. Mak redho tak kat adik?"
"Kenapa kena redho pulak?" mak menjawap sambil menutup mata, sedang tangannya membetulkan bantal di pembaringannya.
"Ye lah, syurga kan bawah tapak kaki ibu. kaki mak. kalau mak redho barulah Allah redho. Mak redho tak kat adik? Boleh masuk syurga tak?" aku membawa tangan mak ke pipiku.
"Okeh. Kalau macam tu mak redho. Boleh. Jom kita masuk syurga" kata mak sambil senyum kambing. rupanya itulah senyuman paling manis yang aku lihat, yang merupakan senyum terakhir mak buat si anak...

kini aku tidak punyai apa-apa pun untuk dibuktikan di hadapan manusia, cuma yang tinggal hanyalah segugus tanggungjawab dakwah dan tarbiyah, untuk membangun sebuah umat! Semoga di hadapan Allah kelak aku mampu membuktikan syahadahku, lantas menjadi pahala buat Mak, ayah, serta para asatizah dan murobbi yang mendidikku sedari kecilku...

17 comments:

NSyahidaS said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un.. belasungkawa utkmu & kluarga.

Miftahul Jannah said...

insyaALlah,ALlah bersama akak sekeluarga.Bakal bertemu di syurga ALlah nanti :) sering ana pujuk diri sendiri untuk menjaga kaki agar terus kuat ats jalan ini.

Auni Nur Fatin said...

Takziah untuk akak sekeluarga.
Semoga menjadi semakin kuat daripada biasa.
Semoga Allah permudahkan urusan emak akak di alam sana.
insyaAllah.

ibnuQamar said...

Jazakillah krn mengingatkan diri ini supaya trus menghargai dan menyayanginya sementara masih ada..
Smga Allah sentiasa mmbri kkuatan dan kerahmatan..
Allahummaghfirlaha..
warhamha..
wa'afiha..
wa'fu'anha
Jazakillah..

@LeenShamsh said...

insyaAllah jariah berpnjgn utk bunda akak asbab saham yg masih berjln dn melonjk hari ke hari..semoga dikurniakan kekuatan yg sentiasa luar biasa! rindu teramat fillah kak sopi!

miss harti said...

innalillahi wainna ilaihi roji'un..
ukhti, stay strong as you are now, He is always there for you~

Aisuki said...

kak Sufi...
Semoga terus kuat...

nanges baca post ni...
rindu akak!

Azierah Awang..^_^ said...

assalamualaikum kak sofi...
takziah akak..
moga Allah tempatkan mak akak dikalngan hambanya yang dikasihiNya..

everlasting said...

salam rindu dr yg jauh,,salam takziah buat dirimu ukhti..syg ksopeee fillah <3

Arifah said...

I love you fillah akak.

Moga Allah letakkan beliau disyurga terindah. Amin.

semut said...

kak sofi yg disayangi : )
xdapat peluk akk dekat2
jadi anggap kami yang kat US ni peluk akk ramai2 k

pada Allah kita datang, pada Dia jua kita kembali

p.s. kerinduan pula pada ibu yang baru usai meletak ganggang di sebelah sana

Sufi is me said...

salam

thanks everybody for your kindful thoughts... please doakan ana n mak n family... and do your best in serving your parents... inshaAllah tak sesal..

Tutor Akram said...
This comment has been removed by the author.
alaq ashiqin said...

salam kak sofi...
aseef kerana kelalaian diri ini drp mengetahui perihal diri akk...
moga dia diletakkan di tempat yang terbaik...jannah~

dan moga nanti kite bertemu kembali bersamanya....insya Allah...sy rindu akk fillah....

Anonymous said...

salam sofi ..

hampir sepurnama bonda pergi ..
sebak kk mum baca posting ni .. mudah2an sofi trus diberi kekuatan dr Allah ..


umm mujahid

khAzInAtUL AsrAr said...

kak saufi....

tumun said...

kaks,bila baca ni,terngiang2 borak2 saye ngan arwah mak akk dulu2. rasa kosong jua bila ke rumah sana,mak dah xda cam dulu, hanya ayah je..erm mga allah ganjari mak dgn jannah.kamu kuat kakak,i know it (:

-tumun