Monday, October 08, 2012

Luka Cinta

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang,
Namun tanpa lidah, CINTA ternyata lebih terang...
-Syair Arrumy-

Demikian indah pujangga bermadah...
namun itulah dia.. dan inilah aku..

bicara cinta sentiasa menjadi sukar dan kompleks,
sehingga akal pasti terbaring lesu mencari logika tentang luka yang diukir cinta..

namun inilah yang berlaku,
cinta merenggut aku dari daerah tenangku,
cintalah yang telah mengheret aku ke daerah celaru ini,
juga cintalah yang menyimpan aku sehingga lidahku telah kelu...

ajaibnya cinta, 
hingga luka tidak lagi punya rasa, 
kerana pedang cinta demikian tajam
hingga sakitnya tidak lagi terasa...

"kerana apa dirimu ke sini?"
"apa yang kamu rasakan saat ini?"
"pada waktu kamu bertemu gerombolan ini, 
rasa apakah yang penuh melimpahi atma hati?"
"mengapakah kamu membina simpulan tali dan lalu memberi janji?"

sungguh benar lidahku kelu
kerana aku bimbang aku akan jadi malu 
pada apa yang lidahku paparkan tentang hatiku
namun wahai pemilik cintaku
terlalu ingin untuk aku biar Engkau menjadi saksiku
bahawa kerana cinta, aku ingin jadi panah yang bakal dilepas oleh busurMu
aku mahu jadi nila yang mewarna lautMu
aku ingin jadi peluru yang ditembak senjataMu...

Duhai Tuhanku...
Setelah Kau selamatkan aku dari jurang itu,
Maka kini bantulah aku mengetuk pintu syurgaMu...


Wednesday, October 03, 2012

kenapa bumi bulat?


ini bicara dulu
tapi setelah kutelaah,
ini barangkali juga bicara sekarang.

benar, bumi memang bulat
memberi metafora pada manusia
apa yang dulu kebawah, kini boleh kebawah juga
apa yang pernah keatas, juga bisa mendapat kembali tempatnya.

chill jelah. kita semua kan semakin dewasa. 
err. 28 tahun blum tua kan. [tawa kecil pecah di hujungnya]

Friday, April 20, 2012

aku kini kakak..

alhamdulillah.. segala puji bagi Allah dan salam kerinduan buat rasulillah.. jalan ini kulalui, kini dengan dukungan dan gendongan adik-adik di sisi..

alhamdulillah. aku kini kembali. entah untuk apapun, ia tetap kerana Allah.. untuk kali keberapapun, itu aku tak peduli. setahun teramat cukup untukku mengatur hidup, dan kini aku kembali (lagi dan lagi).

bila difikir, memang tepat sekali graf kehidupan yang diteorikan para pemikir psikologi. bahawa, hidup manusia bersiku-siku, dan apabila sampai suatu tahapan, maka ia akan mulai menjumpai rentaknya. gelombangnya sudah tidak terlalu kuat beralun, malah jika berubah ia akan melaluinya dengan lebih stabil.

aku kira, itulah aku sekarang. cukup kukongsikan di sini, bahawa aku kini seorang "kakak". bukan saja kakak di dalam aturan darah daging seperut sepusing, namun aku kini bersyukur menjadi kakak di sudut hati dan jiwa..

kakak yang telah kehilangan ibunya ini kini punyai ratusan ibu-ibu yang sentiasa mengisi hati, walau ibuku dan nenekku takkan punyai galang ganti... kumohon pada Tuhan, moga diperkuat hati dan azamku untuk mulai menulis semula. moga-moga jadi kongsian buat adik-adik yang sedang meniti gelombang kehidupan.

wahai adik, kakak kini kembali di medan maya. berbekalkan batu (tablet) di tangan, kita lihat seligat mana kakak mampu bertahan!