Monday, October 08, 2012

Luka Cinta

Sekalipun CINTA telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
Namun jika CINTA kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang,
Namun tanpa lidah, CINTA ternyata lebih terang...
-Syair Arrumy-

Demikian indah pujangga bermadah...
namun itulah dia.. dan inilah aku..

bicara cinta sentiasa menjadi sukar dan kompleks,
sehingga akal pasti terbaring lesu mencari logika tentang luka yang diukir cinta..

namun inilah yang berlaku,
cinta merenggut aku dari daerah tenangku,
cintalah yang telah mengheret aku ke daerah celaru ini,
juga cintalah yang menyimpan aku sehingga lidahku telah kelu...

ajaibnya cinta, 
hingga luka tidak lagi punya rasa, 
kerana pedang cinta demikian tajam
hingga sakitnya tidak lagi terasa...

"kerana apa dirimu ke sini?"
"apa yang kamu rasakan saat ini?"
"pada waktu kamu bertemu gerombolan ini, 
rasa apakah yang penuh melimpahi atma hati?"
"mengapakah kamu membina simpulan tali dan lalu memberi janji?"

sungguh benar lidahku kelu
kerana aku bimbang aku akan jadi malu 
pada apa yang lidahku paparkan tentang hatiku
namun wahai pemilik cintaku
terlalu ingin untuk aku biar Engkau menjadi saksiku
bahawa kerana cinta, aku ingin jadi panah yang bakal dilepas oleh busurMu
aku mahu jadi nila yang mewarna lautMu
aku ingin jadi peluru yang ditembak senjataMu...

Duhai Tuhanku...
Setelah Kau selamatkan aku dari jurang itu,
Maka kini bantulah aku mengetuk pintu syurgaMu...


4 comments:

everjihad said...

huuuuuuuuuu TT_____TT

Zayana Yusof said...

(:

zifah arimsah said...

menarik

merisik said...

salam, sudah berumah tangga?