Sunday, November 19, 2006

"Wahai anakku!
Selama mana kamu hidupkan dari malam-malammu dengan mengulangkaji ilmu dan merujuk buku-buku serta menahan dirimu dari tidur, tidak aku ketahui atas tujuan apakah kamu berbuat demikian? Andai semata-mata tujuanmu itu berniatkan mengharap keindahan dunia, mengecapi kesenangannya, menikmati kemewahannya dan mengumpul kekayaan atau seumpamanya, fawailun laka thumma wailun laka [maka celakalah kamu, sungguh! Celakalah kamu]. Dan seandainya tujuan itu semata-mata meneruskan syariat RasululLah s.a.w, mendidik kelakuanmu, menewas kehendak nafsu buasmu, fathuba laka thumma thuba laka [maka beruntunglah kamu, sungguh! beruntunglah kamu]. Sesungguhnya benarlah kata pepatah Arab;

saharul u'yuni lighoiri wajhika dho'iun, wabukauhunna lighoiri faqdi batilun [bersengkang mata bukan kerana-Mu tiada gunanya; dan tangisan airmata bukan untuk-Mu adalah sia-sia]"

-Imam Al Ghazali-

3 comments:

zarch said...

Asalam, semoga dengan adanya ilmu, dapatlah kita beramal mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah, yang mana amal yang diterima oleh Allah.
Semoga Allah merahmati saudari...salam hormat dari saya.

Anonymous said...

akhir2 ni banyak quote kata2 imam ghazali.. aa, bleh kongsi tak quote kata2 ni dari kitab mana? jgn kitab al google dahler..

Sufi is me said...

zar zh,
salam hormat juga.

encik amar-chan,
itu dari kutaib (kitab kecil) Ayyuha Walad.