Thursday, January 25, 2007

Allah ma'ik

Pernahkah anda berhadapan dengan suatu situasi, di mana anda dikelilingi oleh banyak manusia tetapi terasa begitu keseorangan? Anda dikelilingi oleh berpuluh-puluh atau mungkin saja beratus atau beribu orang manusia; ada yang memandang anda dengan tersenyum, ada yang buat tak endah, ada yang melarikan pandangannya dari anda, dan tak kurang juga yang menjeling. Segalanya ada, pelbagai. Namun anda tetap terasa keseorangan. Pernahkah?

Kemudian, pernahkah anda dijanjikan suatu hadiah, tetapi kemudian janji itu terbang pergi umpama debu-debu berterbangan. Katakanlah ianya hadiah yang anda paling hajati selama ini. Dan kini anda tak pasti apakah hadiah itu akan jadi milik anda. Kecewakah anda?

Kemudian lagi, pernahkah anda begitu baik dengan sebahagian manusia, tetapi kemudiannya kebaikan anda hilang ditelan oleh rakusnya rasa-rasa individualistik sebahagian manusia yang lain? Hanya kerana anda mempunyai pendirian yang berbeza dengan mereka, anda telah di-lower-grade-kan dan di-tidaklayak-kan untuk berdiri dan duduk dengan mereka. Sedihkah anda?

Kemudiannya lagi, pernahkan anda terasa okay, tetapi apabila bersendirian tiba-tiba air mata anda bercucuran tak tertahankan. Walaupun anda terasa seperti anda sangat tabah dan kuat tekad, tetapi air mata itu seolah tidak tahu henti. Apakah yang anda lakukan?

Kemudian pula lagi, pernahkah anda terasa begitu serabut dan sesak dengan pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, tetapi anda tidak langsung dapat melihat apakah jalan penyelesaian untuk setiap satu perkara tersebut. Apa yang akan anda lakukan? Lari saja?

Haha. Anda tak perlu jawab soalan-soalan di atas. Jika anda pernah melalui kesemua atau sebahagian daripada situasi-situasi d atas, anda kena ingat sesuatu. Anda kena ingat bahawa bukan anda seorang saja yang diuji sedemikian. Dunia ini medan uji. Adatlah jika sekali sekala terasa sedih dan kecewa. Sebenarnya segalanya terpulang pada anda. Anda boleh merasa gembira dan bahagia, kerana kegembiraan itu sebuah pilihan.

Bagaimana memilih untuk gembira? Caranya mudah saja, dekatkan hati anda kepada Sang Pencipta. Berikan hati yang terluka kepada penciptanya, dan Dia akan merawatnya. Dekati Dia. Sayang Dia. Kembalilah kepada Dia. Bukankah telah Dia ajarkan, "Lillahi ma fissamawati wa ma fil ardh"? Kerana segalanya milik Dia, jadi biar Dia yang membantu menyelesaikan. Atau paling tidakpun, mintalah Dia berikan sakinah di jiwa. Kemudian, duduk dan muhasabah. Selesaikan urusan yang perlu satu persatu. Hal-hal kejiwaan, atasi dengan gagah.

Rilekslah. Senyum-senyumlah. Ok?

6 comments:

aidylmarjanqudsi said...

:)bukan semua orang yang kelihatan gembira tu gembira, tak semua juga orang yang nampak murung banyak masalah, atau munasabah juga kalau bila ramai kawan tapi macam tiada kawan(dalam hatinya),ada orang sudah ada mak ayah namun hatinya tak dpt rasa wujudnya mereka, juga mcm zauj dan zaujah,yang berlaku pastinya yang perlu juga kita fikirkan, kebahagiaan sebenar hanya bila ada iman, dalam tindakan, dalam fikirnya, dalam ukhwahnya.Ukhwah itu dihati,Qalbuzzahrah mungkin:)

SAZ said...

gembira
murung
masalah
kawan
ibu ayah
zauj zaujah *uhuk*
bahagia
iman
tindakan
fikiran
ukhuwah

qalbuzzahrati. T_T

"bahagia itu ada dalam hati
kesannya zahir, rupanya maknawi..."


*jom habiskan ISK kite!
berusahalah~

aidylmarjanqudsi said...

bila nak sambung ISK, kwn2 saya ada app hujung mguni, maybe sofi dah wat khamis lps, takpela sy try meng ISK diorg, tp awk tlg saye ye, wat skrip :)

ainee said...

chop!! sy mencari makna sakeena (sy dh tnya wan, de pon lpe). tmpg tnya, ma makna sakinah/sakeena?? (ade dlm lagu outlandish ni-group yg sy tsilap sbot outlander, ahaks~). sekianterimakasih.

zarulhanif said...

sakinah/sakeena bi makna tenang yang menenangkan

Sarah Ibrahim said...

bila baca ni, terasa dekat sangat dengan anti.

:)