Thursday, January 18, 2007

Luntur

Katanya, "ini medan sebenar. Medan menguji kekuatan. Medan menilai kemampuan. Medan yang akan menentukan jauh mana kita berlari. Medan yang akan menyaksikan gagah mana mampu berdiri atas jalan ini. Inilah dia medan kami. Medan kita. Medan saya."

Katanya lagi, "saya harus tabah. Selalu bersemangat macam dulu-dulu. Walaupun ujian tak kunjung henti sejak dari nafas pertama yang saya hirup di bumi ini. Macam-macam ada. Sampai rasa macam nak luntur rona semangat yang mewarnai jiwa."

Katanya lagi, "dunia ini medan uji. Kalau tak diuji, jangan mimpilah untuk mengecap nikmat Jannah. Dalam Kitab Ulung bukankah semua cerita-ceriti berkisar tentang uji-uji untuk ke Jannah? Bergembiralah atas nikmat ujian. Usah mengeluh. Kerja sajalah kuat-kuat, mana tahu ini hari terakhir menikmati ujian Allah?"

Wah. Bersemangatnya. Semoga dia tabah. Langkah awda baru bermula. Jarak memisahkan kita, namun hati kita sama. Saya kata padanya "langit kita warnanya merah menyala. Macam warna saga. Bukan lagi warna biru". Lantas, dia tersenyum.

Berusahalah!

4 comments:

nufazu said...

Saat langit berwarna merah saga, Dan kerikil perkasa berlarian......

'abid said...

Perjalanan panjang dipenuhi onak duri...berhajatkan pengorbanan tak bertepi...kerna penghujungnya kegembiraan abadi...

huda said...

maaf,sy budak br blaja
awda tu ape eh

SaufiahAzZahrah said...

k. nufazu,
teruskan ye. sofi ada di sana. macam dulu2 juga. walau jasad invi

'abid,
semoga antum juga kuat di sana...

huda,
anti ni norbaya ye? ekeke.