Ini mungkin yang pertama
Bilakah yang akhir, jangan bicara
Inilah yang pertama. Hadir
Setelah kumengenal Yang Teristimewa
Dahulu mungkin aku keliru
Siapa Dia dalam hati, tidak kutahu
Akulah yang nanar. Bungkam
Apalagi mengenal untuk apa hidupku
Jika Ramadhan punyai jasad
Ingin sekali Ramadhan kupeluk
Mendakap cinta di hati. Dekat
Mencari cinta Ramadhan yang hangat
Kini telah tiba hari-hari penuh cinta
Moga Ramadhan selalu bersama
Membawa aku kepada Dia
Pada pesta-pesta penuh bahagia.
Ramadhan Mubarak!
Tuhan,
hampiri kami,
sudilah pandang kami,
kurniakan cinta kepada kami.
2 comments:
kadang2 banyak yang gugur selepas hari pertama..sedey betul
semoga selepas jumpa kali pertama ni, takkan gugur pula.
sabar sebagai bekalan, harus sentiasa ingat itu!
Post a Comment