Monday, May 03, 2010

kembali


kau bangun dari tidur, buka mata dan pandang keliling, kemudian tarik nafas dalam-dalam dan kau mendapati bahawa kau berada di sebuah tempat yang sangat familiar tetapi telah lama kau terlupakan. kau temui kembali apa yang telah lama kau terlupa--bagaimana harum lavender atau lembutnya kelopak daffodills. juga betapa cool mentholnya udara pagi, mahupun pekatnya biru warna langit. atau betapa gondolnya pokok-pokok atau betapa kebasnya jemari ketika keluar ke padang tanpa glove.

lantas hatimu seperti mahu pecah tak tertahankan, seakan ingin keluar dari rongga tekakmu. terkedu. mengujakan, kerana sekian lama merindu tempat itu tetapi hanya sekarang kau bisa menunaikan rindu itu. hebat bukan?

dan impian kau hangus terbakar dalam satu petikan jari--seseorang mencebik bibir di depan mukamu dan mengunjuk salam sambil berkata "hoi apa kau berangan aaa?! kerja berlambak lagi, kau duduk ingat kisah lama! biarlah susah-susah dahulu, aman-damai kemudian, rehat dan bahagia nanti..."

3 comments:

yin said...

:) :)

teacherpiqah said...

Akakkkkkkk....wuwu

semut said...

jadi, seharusnya kita tsabat di jalan ini ya, semua..