Wednesday, January 30, 2008

Dah Jadi Akhawat -ep ii-

aku sebenarnya masih terkesan dengan suatu tragedi. kisah yang mungkin dipandang orang sebagai enteng, namun kisah ini cukup memberi getar pada jiwa yang melihat, dan yang merasa apatah lagi.

haritu aku dengar ada akhawat dah tak bertelefon, tegur sapa. panggilan telefon yang tidak pernah lupa dibuat tiba-tiba sepi. jika dulu, entahkan apa saja isunya, pasti akan bersenggayutan pada talian telefon barang 10-15 minit. kini, sungguhpun banyak isu yang berlegar di kepala, tapi komunikasi hanya bermediumkan sms. lebih teruk, sms yang dirasakan 'kurang urgent' langsung tidak menerima balasan. aduh kasihan. semuanya gara-gara berjimat. atau lebih benarnya akhawat itu tidak punyai lebihan wang memberi makan pada telefon. bukanlah nak berjimat pun, aku tahu.

dulu, aku rasa akhawat itulah yang kaya. barang-barang semuanya berjenama. duit elaun habis dihantar ke dorothy perkins, butik next dan zara, atau paling kodi pun tk maxx. tapi tiba-tiba dia jatuh miskin bila duitnya habis beli tiket keretapi dan bas. mana taknya, paling jauhpun orang pergi liqo' 4-5 km away dari kediaman. ade setengah tu liqo' cuma sebelah bilik saja, pun rasa jauh nak melangkah. tapi dia pergi liqo' sampai berkeretapi. mana tak habis elaunnya?

dulu, ada sorang akhawat lain pulak akan mengeluarkan sepersepuluh dari wang dalam poketya untuk tujuan infaq. alah, contohnya dia ada seratus, sepuluh akan diberi, tinggallah semilan puluh. tapi kelmarin aku nampak dia menyuap makanan free. ada makcik bagi. rupanya dia tak cukup duit nak beli, maka makcik beri free.

katakan pada aku, bagaimana bisa aku mengekang air hangat mengalir dari kolam mata ini? Tuhan, mereka ini perlu pada-Mu. seperti aku perlukan-Mu. maka ganjarilah; syurga atau menang.

2 comments:

Anonymous said...

dah lamer aku rindu nak bc ceghite cenggini suphie.nak carik kat kedai buku x dapat nyer...:)Arigatou ne..

Yup,bout da liqo'..let me know yeah da dates.Da current schedule is a killer..huahaha..but liqo' tetap liqo'...

hakim dirani said...

Persahabatan memang banyak halangan, lebih-lebih lagi jika ia kerana Allah, kerana syaitan memang suka kacau persahabatan jenis ini.