Wednesday, May 14, 2008

hujan

And when the wind blows
As shadows grow close
Don’t be afraid
There’s nothing you can’t face
And should they tell you
You’ll never pull through
Don’t hesitate
Stand tall and say;
"I can make it through the rain
I can stand up once again
On my own and I know
That I’m strong enough to mend
And every time I feel afraid
I hold tighter to my faith
And I live one more day
And I make it through the rain"

kucing yang kasihan

di rumah saya ada seekor anak kucing. sangat kasihan. semalam hujan, dia duduk mengerekot pada kain buruk di pojok halaman rumah saya. oh, lupa pula. ini rumah bapa saya sebenarnya. dan kucing ini cantik bulunya, galak matanya. potensi memberi khidmat yang amat besar, untuk menangkap tikus. paling tidakpun, membuat tikus-tikus sekalian menjadi baik. islah, bak kata orang dakwah. tapi saya rasa dia sakitlah. duduk diam saja.

kasihan. anak kucing ini tidak bertuan. saya kira keluarganya menyisihkannya. mungkin kerana dia terlalu ingin merubah dunia dengan kuku tajamnya, maka keluarganya berpiket membiarkan dia keseorangan. atau mungkin saja dia memang tak bernasib baik, lahir di tengah gawat. saat semua tidak mahukannya. maka di situlah dia mengerekot.

kasihan dia, terlahir sebagai kucing kasihan. ibunya tidak di sisi, ayahnya apatah lagi. pagi ini, saya benar-benar berharap kucing itu mati. kucing secomelnya, tidak harus menjadi kucing kasihan. dunia ini terlalu rakus, erti juang hanya dapat dihadam oleh mereka yang tidak keseorangan. kamu keseorangan, kucing. sampai bila kamu dapat bertahan duduk mengerekot di pojok itu, tersisih dari semuanya? kawanmu entah jauh kemana arah. keluargamu... entah manalah saya tahu. kamu adalah kucing kasihan yang keseorangan.

tapi takpe, kamu tak keseorangan. ada juga yang sama kasihan seperti kamu. oh, dalam kes kamu, kamu adalah kucing kasihan yang kesekucingan.

Tuesday, May 13, 2008

wishlist...





wishlist ini
bukan seperti
yang engkau fikir...

Thursday, May 08, 2008

Seseorang

+ Teacher, harini birthday Raudah.
- Iya? Umur berapa ni? How old are you?
+ Seven. *Giggles*
- Oh no! You are old. Tak boleh banyak main-main lagi tau.
+ Yelah, nanti Raudah tak main-main dah. Teacher, aritu Raudah dapat A.
- Iye? Dah bagitau ibu?
+ Dah. Raudah dah bagitau ibu.
- Ibu bagi hadiah apa-apa tak? Ni birthday lagi ni… Ibu ada cakap apa-apa?
+ Ada! Ibu kata dia doakan Raudah. Supaya Raudah jadi anak yang solehah. Masuk syurga. Macam nama Raudah, Teacher. Teacher, Raudah pun doa Teacher masuk syurga.
- MashaAllah…

Monday, May 05, 2008

rasa

pernahkah anda bangun pagi, kemudian diserbu suatu rasa, yang apabila cuba diatasi, rasa itu enggan pergi?

anda tahu rasa itu salah. anda tahu rasa itu tidak haq. anda tahu rasa itu batil. tetapi ia enggan pergi. apa yang anda buat?

pada saya, jawapannya mudah saja. tambahkan rasa 'bodoh' kepada perasaan yang sedia ada itu. jika dosa tak mampu menimbulkan khauf pada hati anda, anggaplah 'bodoh' itu perasaan yang wajib dirasa.

contoh: anda bangun pagi dengan perasaan malas. maka, percayalah bahawa anda amat bodoh jika terus-menerus berasa malas.

***

semalam zainab berkejar-kejar mencari saya.

"fatimah, ana bermimpi. buruk sekali," katanya sambil mengambil tempat di kerusi bersetentang dengan saya. kafetaria agak lengang.

"ya, terus?" bilang saya, ringkas.

"dia.. ana bermimpi dia.. ana rasa ana tahu jawapannya," balas zainab sambil menundukkan wajah.

"adakah enti sedang memberitahu bahawa jawapannya 'iya'?" balas saya. hati saya berdegup kencang. bimbang jika mujahidah dakwah ini bakal disangkar dari bebas terbang di langit dakwah.

"ana bermimpi, pada hari akad, ana melihat wajahnya. ana menatap wajahnya lalu ana menjadi sesal yang amat. terlalu sesal kerana semuanya berlaku. lalu ana berlari keluar meninggalkan rumah. ana senang dengannya, tapi kini ana pasti ana bukan untuk dia. ana perlukan mujahid yang faham bahawa ana juga mujahidah dakwah," dia terhenti di situ.

"jadi...?" saya menggelabah. bagaimana nanti hendak dijawabnya kepada umminya? bulat benar tekadnya.

"jadi, ana rasa ana tak boleh teruskan. hidup ana untuk dakwah. Lillah. tiada yang lain. zainab, ana akan lalui detik getir selepas petang ini. doakan ana, ummi ana datang sebentar lagi," air matanya bertitis. bekas baldu berbentuk hati dengan rona biru disorong ke arah saya. saya pasti saya tidak akan sekuatnya jika di tempatnya.

"bacalah doa nabi musa," kata saya lambat-lambat. mencari respons yang terbaik untuknya. lalu bekas baldu itu kami pandang dengan pandangan kosong.

"doa yang mana, ketika hendak berhujah menentang firaun atau ketika berehat selepas menolong anak nabi syu'aib?" zainab tersenyum. pandangan kami bertemu. saya senyum memikirkan selorohnya tentang doa nabi musa. namun ada benarnya.

"kedua-duanya. yang pertama untuk bertemu ummimu, dan yang satu lagi agar enti dikurniai apa yang enti perlukan instead of apa yang enti mahukan," kata saya.

dan keluhan berat dilepaskan. semoga mujahidah dakwah ini benar-benar kuat menempuh segalanya...

Thursday, May 01, 2008

Kita Memang Harus Berpisah


dalam hidup ini, aku sudah sedar sesuatu. bahawa setiap yang kutemukan dan kucintai, akan akhirnya pergi dari hidupku. walau kerana apapun cinta itu timbul, atau atas sebab apapun ia mulai timbul, memang semuanya harus pergi dari hidupku atas alasan apapun.

saban kali kecintaanku pergi, aku ditebak melankoli. bukan silapku punyai jiwa yang tipis, bisa jadi melankoli begitu mudahnya. tetapi beginilah aku, beginilah aku. dan kini aku sedar, rupa-rupanya aku bahagia punyai rasa melankoli. pelik bukan? aku bahagia punyai rasa melankoli, kerana melankoli mengheret aku menghampar doa paling kudus pada Tuhan. menyimpul mati hatiku dengan Tuhan. membuat aku cengkam erat-erat hatiku pada Tuhan. dan berharap serta mengemis hanya kepada Tuhan. semata-mata Tuhan. seolah tenggelam dalam asyik munajat kepada Tuhan. Allah yang Maha Satu.

dan melankoli ini memandu aku untuk lurus terus atas jalan Allah, tidak gelincir kearah kesesatan biiznillah. segala cinta murah dan hina bukanlah lagi menjadi halatuju hidupku, dan aku kini amat pasti perjalananku kini semata untuk memburu cinta yang maha agung. segala cinta yang didasari jahiliah pastinya telah kuhumban jauh dari lubuk hati. tak kiralah cinta jahiliah yang bagaimana sekalipun. kau tahukah, cinta kepada ibu juga bisa menjadi cinta jahiliah? cinta kepada sahabat pun barangkali menjadi cinta jahiliah?

dan semalam, satu lagi episod melankoli. sahabatku pergi. seorang sahabat dunia akhirat inshaAllah. kami telah berjanji, jika tak bertemu lagi selepas ini, maka ketuklah pintu syurga dan berjanjilah untuk bertemu di tamannya. segalanya biiznillah.

sahabat, kau tahukan aku bahagia punyai rasa melankoli ini? kita telah bertemu atas jalan dakwah, bersumpah untuk setia atas jalan ini, dan kini tiba masanya kita memang harus berpisah...

namun, janganlah mengatakan 'selamat tinggal', tapi katakanlah 'jumpa lagi'...
=)