Monday, July 14, 2008

What Do You Like?

Harini belajar cara menyatakan suka atau tidak suka...

"Occay, today we are going to talk about cartoon characters. Kamu suka cerita kartun tak? Do you like cartoons?" Kate si cegu dengan accent bri'ish.
"Sukeeeeeeeeeee. Spongebooooooooop!" Mereka menjawap dengan accent Danga.
"Catdog!"jawab yang lagi satu.
Blabla... jawab yang lain.

"In spongebob, who do you know?" I asked.
"Mr Crab"
"Squidword"
"Patrick"
Blabla...

"All-right. Good boys and girls. Hmm... I'd like to know; do you like Spongebob?" Me.
"Yesssssssssss. I do," them.
"Do you like Mr Crab?" Me.
"No I don't," them.
"Do you like me?" Me
"Mi? Mi goreng ke teacher?" Azam.
"Tak laaa. Tu teacher tanya kite suke dia ke tak" Aki.
"Yes. Me; saya. Do you like me?"
"Yesssssssssssss I do," choral answer.
*grin*

blabla...
Kelas pun tamat.
"Ok. Thank you, class."
"Thank you, teacher"
"Ok, bubbye! Assalamualaikum" cegu melambai dan keluar.
"Teacher tunggu! Nak hug and kiss!"
*mendepangkan tangan*

xoxo

Hmm. Kurang professional betullah.

Saturday, July 12, 2008

Mana Satu?

Satu perkara paling susah dalam dakwah adalah apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan-pilihan yang seolah-olahnya memakan diri sendiri. Begitu sukar rasanya apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan mengongsikan dua perkara berlainan pada satu masa.

Sebagai contoh, kita akan selalu berada dalam dilema apabila terpaksa mengongsikan hujung minggu dengan keluarga dan dakwah. Pada kebanyakan masa, kita hanya dapat memilih salah satu dari dua yang tersebut. Maka, untuk memastikan pilihan yang dibuat itu tepat, di sinilah kita harus menggunakan pertimbangan yang diambil dari perspektif yang islami, yang benar-benar adil. Bila agaknya kita perlu berada di tempat yang bukan bersama keluarga, dan bila pula ketikanya kita harus pula bersama keluarga.

Demikian juga apabila terpaksa berhadapan dengan persimpangan mengongsikan hati dengan dua perkara yang bertentangan. Perit rasanya hendak berlaku adil pada dua perkara yang sama-sama kita taruh di hati. Sebagai contoh, kita inginkan sebuah kereta wira sport yang automatik, dan kita berpeluang memilikinya. Tetapi kita dihadapkan dengan pilihan sebuah lagi kereta yang jauh lebih baik untuk kita dan tidak akan merugi jika memilihnya, tetapi bukanlah kereta yang kita gemari. Jika kita tidak memandang dunia dan kehidupan kita dengan lensa islami, sudah pasti kereta sport tetap menjadi pilihan. Walau mungkin saja kereta sport itu akan akhirnya mendatangkan sesalan kepada kita.

Hidup di dunia ini sememangnya akan diilhamkan dengan dua pilihan. Satu akan membawa kepada kebaikan, satu akan membawa kepada kemungkaran. Satu akan menyiksa batin, satu akan mengalun jiwa. Satu akan menyusahkan, satu akan menyukakan. Satu akan terasa berat ditempuhi, satu lagi akan terasa begitu indah diredahi. Maka manakah pilihan hati?

Sucikan hatimu dengan tazkiyah dari Allah. Kemudian bertanyalah kepada yang layak ditanya. Buatlah pilihan dengan hati yang penuh dengan cinta Ilahi.

Tuesday, July 08, 2008

Orang Kerdil

Kamu tahu Orang Kerdil? Ala, yang membantu Puteri Salju sewaktu dalam buangan tu. Ada tujuh orang kerdil yang membantu Puteri Salju dan menyelamatkan beliau. Setiap satunya begitu baik hati.

Orang kerdil ini ajaib. Bukanlah kerana mereka memiliki kuasa magis, tetapi kerana mereka sendiri membuat perkara ajaib. Kamu tahukan, orang kerdil dengan senyap-senyap bekerjasama membina kerusi dan meja buat Puteri Salju, kerana kerusi dan meja yang sedia ada di rumah mereka tidak sesuai untuk Sang Puteri. Orang Kerdil juga begitu menjaga kebajikan Sang Puteri. Menjaganya, memerhati sakit peningnya. Sebagai balasan, Sang Puteri selalu masak-masak dan mengemas rumah untuk mereka.

Dalam cerita lain, orang kerdil juga pernah menolong Pakcik Shoemaker membuat kasut. Dengan senyap-senyap orang kerdil menyiapkan kasut Pakcik Shoemaker yang tak dapat disiapkan itu. Bila Pakcik Shoemaker takde duit nak beli barang buat kasut, mereka buatkan kasut untuk Pakcik Shoemaker. Mereka buat senyap-senyap, kemudian letakkan di atas meja Pakcik Shoemaker. Waah.

Kamu tahukah, dalam hidup kita sebenarnya dipenuhi 'orang kerdil'? Mereka susah ditemui, tetapi mereka sekali-sekala muncul. Mereka bukan dongengan, bukan tahyul, bahkan mereka itu benar wujud!

Kadang-kadang mereka menemankan ketika melalui 5 jam memandu membelah gelap malam pekat yang sunyi dan membosankan. Kadang-kadang yang lain, mereka mengemaskan rumah ketika kita sibuk dengan kerja. Kadang-kadang juga mereka menolong siapkan tugasan-tugasan leceh. Kadang-kadang lagi pula ada yang memasakkan. Ada yang menyusun pakaian. Ada yang mencucinya. Ada yang menyelitkan not ringgit Malaysia ke dalam beg tangan. Ah. Banyak lagi cerita orang kerdil ini. Tak mampu dihurai semua di sini.

Apa yang pasti, mereka bukan magis. Tapi sentuhan mereka begitu ajaib. Begitu ajaib. Terima kasih Allah, atas kurniaan-Mu melalui orang kerdil ini. Walau jarang-jarang bertemu, namun kasih mereka bukan kerdil. Mereka itulah akhowatku. Hidayahkan aku agar dapat terus menyintai mereka kerana cinta kepada-Mu. Tambahkanlah iman kami dari sehari ke sehari agar nanti kami mati sebagai orang yang benar-benar kuat mengimani-Mu.

Dari Abu Idris Alkaulani, seketika beliau masuk ke masjid di kota Damsyik lalu melihat seorang pemuda yang tampan dan putih berkilat giginya. Pemuda tampan itu dikerumuni orang dan orang-orang yang khilaf dalam hal-hal agama bertanya padanya. Maka kemudian Abu Idris Alkaulani bertanya perihal lelaki itu; siapakah dia? Maka dijawab orang sekeliling bahawa pemuda itulah Muadz bin Jabal r.a.

Keesokan harinya, Abu Idris datang pada awal pagi, lebih awal dari biasa lalu melihat Muadz r.a. sedang bersolat. Setelah selesai solat, maka dia datang kepada Muadz lalu memberi salam lantas berkata: "Demi Allah, sungguh aku menyayangimu". Muadz menjawab; "Demi Allah?" "Demi Allah," jawab Abu Idris semula. Maka Muadz menarik hujung selendang Abu Idris agar Abu Idris mendekat, lalu berkata: "Sambutlah khabar baik, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah berfirman;
"...pasti akan mendapat kasih sayang-Ku orang yang berkasih-sayang kerana-Ku, dan sumbang-menyumbang, ziarah-menziarah dan bantu membantu, dan berkumpul kerana-Ku"

(HR Malik di dalam RiyadhusSalihin)