Friday, October 24, 2008

pasungan


"Assalamu'alaikum.
Salam dari Praguie.

Moga antum terus segar dan mekar iman

Dan yakin kepada apa yang antum pilih dan pegang."


Dia terduduk memerhati baris itu. Lebih seminggu berjauh dengan dunia dek dikurung dalam penjara tugasan seorang penjawad awan, dia terdiam membaca tulisan yang tertera pada bingkisan dari seberang itu. Sesak dadanya diserbu sejuta rasa bersalah. Hiruk pikuk dunia telah benar-benar menghayun pedang pembunuhnya. Hampir saja terpenggal lehernya. Nyaris-nyaris terputus kakinya untuk melangkah terus.


Minggu lepas dia gusar. Beras dalam gantang sudah hampir kekeringan. Ikan masin juga kehabisan. Garam yang sepuluh sen dua pun belum tentu dia bisa beli. "Ahh, kacau jika begini. Apa ingin kuhidang dipinggan ibuku?" Desis hatinya, gundah. Lantas dia terus leka tekun bekerja, demi memastikan gantang berasnya berisi, kendinya terpenuhi, belanganya berlauk kembali.


Siapa tahu, rezeki itu memang Allahlah yang mencukupkan. Bukan bayaran tugas penjawad awan yang mencukupkan makannya. Bukan maharani yang menyuapkan nasi ke mulutnya. Tetapi Sang Pencipta Alam Semestalah yang melakukannya. Tiba-tiba Sang Pencipta menghantarkannya lima gantang beras entah dari mana, setempayan pekasam juga tidak diketahui mana asalnya. Celik saja mata, ada. Allah... Apakah semuanya ini...


Segalanya sampai kepintu rumahnya serentak dengan kiriman dari Praguie. Tuhan, tazkirah apakah ini, mengembalikan dia kealam nyata. Setelah dibuang kucingnya, kini tahulah dia bahawa seharusnya dia gagah meninggalkan rumah. Kerana pasti bahawa pinggan ibunya itu Allahlah yang mengisi!


Tidaklah ada apa yang perlu dirisaukan, kerna cukuplah Allah bagi yang mengetahui.

Saturday, October 18, 2008

mesti jadi orang sembahyang

macam-macam perkara berubah. lain yang dirancang, lain pula jadi akhirnya. semestinya, apa yang kita mahukan kadangkala bukan yang terbaik buat kita. dan alhamdulillah, apa yang berlaku dalam hidup ini adalah yang terbaik. cumanya, terkadang permintaan kita akan tertunai dalam bentuk yang berbeda, namun itulah yang terbaik buat kita.

sering, kita merasakan Tuhan masih belum mendengar pinta kita, walhal doa itu telahpun berkali-kali tertunai melalui perkara-perkara terbaik yang berbeda dari apa yang diminta. hairan, tapi begitulah Dia. memberikan hanya yang baik-baik sahaja.

lebaran lepas, saya bertemu dengan pakcik yang menjadi idola saya semasa kecil. waahh kini sudahpun menjadi orang berpangkat dalam masyarakat. hebat. namun masih terpacul dari bibirnya; juang kita masih tidak selesai. itu kata beliau sebelum saya meluncur laju dalam kuda hijau.

teringat dahulu, saya begitu ingin menjejaki langkah beliau. beliau pandai. lebih penting, beliau tak tinggal sembahyang; demikian kata atok. dan acapkali, beliau akan pulang ke tanah air dari perantauan kala lebaran. saban kali bertemunya, hati saya melonjak-lonjak ingin tahu cerita dari tanah jauh. waahh.

kini, saya tidak lagi mengidolakannya. doa saya dulu telah didengari mungkin, dan sebahagian besar dari doa saya mengikuti jejaknya telah Allah tunaikan dalam bentuk yang sedikit berbeza. subhanaLLah. dan apapun pastinya saya takkan lupakan pesan atok, bahawa kita mesti jadi orang sembahyang..

dan kini, untaian doa masih lagi beralun dari hati. namun, inshaAllah, ianya kini dengan lafaz berbeza. Syukur, pelangi masih ada.

Friday, October 17, 2008

kucingku bukan kucingku

kelakuannya begitu pelik sejak saya menemuinya semula. matanya masih begitu. tubuhnya masih seperti dulu. warna bulunya masih juga begitu, cuma sedikit berkilau. tambah comel kucing ini. cuma, dia kelihatan berjauh hati dengan saya. mungkin kehilangannya yang lepas mengajarnya erti menceriakan diri dan menjalani hidup tanpa tuan yang tak mengenang budi seperti saya... heh, maaf kucing. sebab kau terpaksa kubuang dulu.

kini, saya menemuinya semula. saat rumah memang kosong, tiada penangkap tikus. tiada penghibur sunyi. tiada kucing untuk dibuli. hmm, tapi jika berkucing pun, pasti ditinggal-tinggal pergi. nyatalah, kucing memang tidak bisa lagi menjadi sebahagian rutin hidup saya.

walau adakalanya, kucing memang diperlukan saat masalah-masalah miki mause mula menyerang. jika ada kucing, adalah heronya. adakalanya pula terasa begitu sepi dan bosan tanpa seekor kucing sebagai peneman. dan semestinya keseronokan membulinya itu yang paling saya rindukan.

kini, kucing itu datang kembali. dan perangainya tidak lagi seperti dahulu. tidak lagi mesra, tidak lagi mahu mendekat. langsung. adakalanya terdetik sekelumit perasaan sesal kerana membuangnya dahulu. pasti dia sudah membenci saya kini. tapi, saya tahu, dia memang bukan untuk saya bela lagi. masa senggang saya sudahpun lenyap. takkan mungkin seekor kucing dapat saya jaga dengan baik.

saya tahu, saya harus membiar diri berputih mata melihat kucing di tangan pemiliknya yang baru. kucing, walaupun selincah mana, tetap bukan untuk saya. takkan. takkan mungkin. saya tak bisa membela kucing. saya tidak akan bisa memberinya hak yang dia perlukan. saya perlu menjauhinya. bagi saya, kucing dah mati. tiada lagi kucing dalam hidup ini. walau hati saya berdarah-darah ingin memeliharamu, tapi tak mungkin. ayah pasti marah.

saya harap kat jannah ada lagi kucing yang lebih baik dari kucing itu. masa itu, saya tahu masa lapang akan sentiasa ada untuk saya habiskan dengan bermain-main dengan kucing. Allah, saya pegang janji-Mu! tuntuni langkahku untuk mencari jannah-Mu!

Monday, October 13, 2008

severe

Don’t grieve over the vicissitudes of your existence-you cannot escape hardship. Life, for the most part, involves work and responsibilities. Happiness is a fleeting phase that comes and goes sporadically. The Prophet (bpuh) said: “This world is a prison for the believer and a paradise for the disbeliever”

Tuesday, October 07, 2008

mana-mana

alhamdulillah.

eidulfitri berlalu sudah. bersama berlalunya ramadhan yang terkandung di dalamnya berjuta kebaikan.terkandung di dalamnya sesuatu yang lebih bagus dari seribu bulan. masha Allah..

semoga dengan berlalunya eidulfitri, maka tertunailah segala hak yang ditagih. hak ahli keluarga, hak sahabat handai, dan segalanya. tibalah masa kini untuk kembali kepada komitmen sebenar masing-masing; komitmen yang pastinya berbeda mengikut lensa yang kita pakai.

bagi yang merasa dirinya bertanggungjawab untuk menyuap beberapa mulut insan sedarah-dagingnya, maka kembalilah dia kedalam dunia kerjaya. bagi yang merasa dirinya bertanggungjawab mengisi lohong-lohong yang mulai mengosong di dalam dada saudaranya, maka kembalilah dia rancak mengisinya. begitulah juga, bagi yang merasa dirinya hamba kepada hatinya, maka kembalilah dia mengikut kehendak al-hawa'.

terlalu benar, dunia ini terlalu berbeda walau kita melangkah atas bumi bulat yang sama. semuanya bergantung pada lensa apakah yang kamu pakai.

maka, jika aku merasakan lagit birumu berwarna kelabu, usah lagi memaksaku. aku harap engkau tahu, lensa mataku kini bukan yang sama dengan kamu.