Wednesday, August 12, 2009

Tinggal

Satu lagi adik saya akan meninggalkan saya.

Benarnya saya memang amat alergi dengan perasaan ini. Saya syukuri anugerah Allah ini (inshaAllah); punyai perasaan yang sensitif terhadap insan-insan yang dekat di hati. Namun adakala perasaan sebegini sedikit menguji. Perasaan tinggal-ditinggalkan sebegini sungguh berbaur melankoli.

Akhwat itu saya temui di jalan Dakwah ini, tidak ada langsung pertalian antara kami melainkan kasih sayang dan cinta-mencintai kerana Allah semata. Teringat dua tahun lepas, bagaimana girang wajahnya ketika saya berkunjung menemuinya seminggu sekali dengan 'kuda mini' warna perak (yang telah hancur dihentam kuda lain pada kecelakaan lalu). Betapa saya tidak mahu meninggalkan daerah itu dahulu semata kerana akhwat sepertinya. Ingatan saya masih kuat kepada buku bertatah kartun sang lebah kami semua. Masih segar juga kenangan jaulah kami, dengan kuda putih itu. Dari selatan hingga utara kami jejaki, dan di situlah ukhuwah kami bersemi. Indah.

Kini, dia akan meneruskan jaulahnya ke sebuah tempat yang lebih jauh. Dan saya pula akan tertinggal di sini untuk terus mengukur qadar Allah yang Dia tuliskan untuk saya. Barangkali beginilah. Semoga apabila tua (renta) nanti, saya akan tetap terus thabat untuk punyai perasaan hangat terhadap dakwah sama seperti hari ini. Semoga.

Dan untuk adik itu, semoga dia juga akan terus memanaskan telapak kaki dengan berlari lebih stabil lagi. Sampai masa berlari sendiri, semoga terus bersama walau jauh di sana.

Selamat jalan. Tinggallah (sa)ya.

4 comments:

monmon said...

xpernah merasa akk jauh dr hati sy.
smpaikan ade adik beradik oz sy mengatakan yg diri ini, klon mu..

tp jauh lg utk menjadi klon mu kak..i know there's a lot to be learnt..

tiada ungkapan selamat jalan utk ukhuwah ini.mahu terus berjumpe di jannahNya...amin

Anonymous said...

yup. i miss her too..

org indy said...

salam,
akak, terima kasih atas postmu ini. sgt tersentuh hati ini di saat2 terasa sikit down. huhu. salam sayaaang. =P

semut said...

waa..org jeles..._^