Thursday, November 18, 2010

kisah

saya masih teringat kisah seorang adik pada suatu petang. bagaimana animatednya beliau ketika menceritakan betapa geramnya dia kepada sesetengah orang. petang itu saya berjeda sedikit lama dan mengelak untuk memberi respons kepada adik kecil saya itu. sengaja saya berbuat demikian, kerana memberi ruang padanya untuk menunjukkan warna sebenar dirinya. sengaja mahu melihat, sejauh manakah tarbiyah telah memandunya.

dia, yang dahulunya sungguhlah astaghfirullah dahsyatnya bergelumang dalam perigi jahiliah, kini sedikit demi sedikit berwajah kian jernih. saya yakin, inqilabnya itu adalah inqilab yang berdasar dari hati, kerana itulah dia masih terus-terusan menambah 'nilai' pada diri.

si adik telah bercerita, beliau bengang betul ketika dia memulakan suatu titik inqilabnya, maka ada orang melontar dialog seperti begini;

"kau ingat tudung kau dah meleret labuh tu kau ni kira baiklah? kau ingat kau bawa quran, baca tafsir selalu tu dah angel sangat la? kau dah tak kawan ngan lelaki tu kira dah sitting next to an angel la?"

kemudian si adik meneruskan cerita;
"akak! kalaulah bukan kerana islam ni agama kasih sayang dan kecintaan kepada saudara seislam,
kalaulah bukan kerana islam menegah berkata keji dan menyakiti,
kalaulah bukan kerana islam mengangkat martabat seseorang setinggi2 darjat,
kalaulah bukan kerana dakwah yang saya junjung ini,
dah lama dah saya keluarkan kembali perangai jahiliah saya tau!"
si adik separa membentak. saya tak mampu menyembunyikan senyum. gelak saya mulai terzahir. tadi di hati, kini wajah dan suara saya mulai mempamerkan riak terhibur. geli hati saya melihatnya bercerita sambil tangan dan wajahnya menunjukkan mimik petanda turut sama bercerita.

"hee. akak tau tak! kalau ikut jahil, memang dah lama saya jerit2 kat muka orang tu sampai telinga dia ter-tuli pekak. kalau ikut jahil, takut2 saya korek biji mata dia sampai terbuta, silap-silap jadi berganyang-ganyang ke apa... masa tu saya tengah makan ikan sembilang asam pedas. saya rasa macam nak tuang kuah asam pedas mendidih tu kat mulut dia biar lidah dia kembang je. heeee. rasa nak buat la ape juga violence yg terbayang kat kepala," si adik menyambung cerita, melepas geram.

saya hanya membalas dengan tawa riang,
sebagai tanda memahami situasinya.
lalu, sementelah pulang dari pertemuan itu,
saya menuliskannya suatu bicara;

"duhai adik, pasti adik tahu malah yakin benar
bahawa islam tak ajar begitu..
walaupun orang membodoh-bodohkan hidayah yang adik rasa dan nikmati
walaupun orang persendakan nur yg sirami hati adik
walaupun mereka meperlekeh-lekehkan perubahan kecil yang cuba adik buat dalam hidup adik,
tetapi ingatlah,
apabila semuanya kerana Allah
segalanya ditolak ketepi.
hanya satu tujuan perjalanan inqilab adik.
Allah semata.
Semata-mata dia.

maka pandang kecillah pada umpat keji orang
juga padang remehlah pada puji-puji orang
kerana pada keduanya ada sesuatu yang merosakkan!
ia membakar amal seperti api membaham ganas dedaunan kering,
menyala-nyala apinya, marak membahang nyalaannya..

ingatlah wahai adik,
ikhlaslah bila berubah
buatlah kerana Allah
bukan kerana naqibah
bukan merana murobbi
bukan kerana masulah
bukan kerana ustaz-ustazah
bukan kerana akhwat
apetah lagi kerana ikhwah...
buatlah demi menggapai redho Allah
inshaAllah Dia akan tuntuni langkahmu..

akak telah hidup tidaklah terlalu lama
tetapi hidup mengajarkan akak sesuatu
bahwa apabila seseorang itu meniatkan sesuatu itu
dia PASTI akan mendapat apa yang diniatkannya..

yang merubah diri kerana calon suaminya,
akhirnya mendapat suami dan itu sahaja
yang merubah diri kerana masulah, murobbi atau naqibah
akhirnya melarut apabila tidak lagi bersama-sama
yang merubah diri kerana akhwat
akhirnya dapatlah akhwat sebagai teman baiknya
tetapi apabila tidak berada dalam lingkungan akhwat
tiadalah beza antara dirinya dengan orang awam...

jadi,
ikhlaslah wahai adik...
dan jagalah keikhlasanmu itu
kerana niatmu akan terzahir di penghujungnya nanti...

5 comments:

hidayah said...

nak tukar tajuk leh? 'ikhlas'

sukeeeeeeee sgt2....jzkk =)

Syazwani'Aqilah said...

salam wbt..
Akak, selalu dgr kisah akak dari akhwat sini..
selama nih jadi silent reader je..
nak copy bleh nak share dgn akhwat..

jzkk in advance..

-sayadCzech-

Sufi is me said...

dayah;
nak tukar tajuk?
tulis la sendirik haha

^_^ dCzech
bila nak balik
jemputla ke JB
he.

Fatimah Othman said...

salam kak sofi..
suke sgt post nih.
jzkk! =)

~atam~

Fatimah Othman said...

salam kak sofi..
suke sgt post nih.
jzkk! =)

~atam~