Wednesday, November 10, 2010

miss himmah aliyah

kamu kenal himmah?
nama penuhnya himmah aliyah
godaannya sungguh asyik
penangannya tersangat dahsyat!

dengan adanya dia
semua mujahideen yang terluka jasadnya di medan tempur
akan bangkit menerobos kubu lawan
dengan menyapu darah yang mengalir,
walaupun hingga satu persatu anggotanya
dan akhirnya kepalanya putus bergolek..

semua isteri-isteri yang ditinggalkan suami
hattakan purnama berganti purnama
menjadi kering air mata;
bahkan tidak sesekali membujuk rayu si jejaka
dengan rayuan rindu yang meluluhkan
dan menjadikan langkahnya teragak-agak..

semua ibu-ibu pulang dengan senyum melebar
sejurus pulang dari menghantar anak-anak
ke medan juang untuk mati..

semua penjawat-penjawat kaya pula
yang wangnya berkepok-kepok setiap hujung bulan
jatuh miskin dan papa kedana
sejurus beberapa minggu bahkan beberapa hari kemudian
kerana melabur kesemua tiap sen duit dan harta
hattakan tiada padanya jaminan
buat diri, apatah anak dan isterinya

kerana godaan himmah aliyah juga
mereka semuanya melupakan tidur lena
yang enak berpanjang-panjang hingga ke dhuha
belikatnya begitu jauh dari hamparan empuk
tubuhnya hanya berselimut kain lusuh
kakinya jadi bengkak, siang bersalut sepatu lama,
malam pula menyimpuh di mihrab
menghabis masa berteleku sendirian
meminta-minta, merayu-rayu penuh hina

himmah aliyah menjadikan mereka GILA!!!!
menjadikan mereka hina di depan Allah
namun mulia di kalangan manusia
menggoda mereka jadi gila syurga!

tiada yang menerawang di bayangan minda
melainkan sejuk nyaman aliran tasneem
indah nian pepohonan hijau yang melambai
serta barisan pari-pari yang bermata jeli
beserta wildanun mukhalladun yang setia melayani...

AllahuAKBAR!!!

INGAT!
orang yang mempunyai himmah aliyah
akan memandang remeh segala yang di bawah cita-citanya!
dan cita-cita kita
hanyalah mardhatillah semata.

saz-malaya

2 comments:

aisuki said...

mahu jadi gila juga!

tumun said...

gila! bukan pd unsur kerendahan.huh kak,zasss lagi ni =p