Jalan ke tempat kerja pagi itu tiba-tiba clear, hanya tiga-empat kereta sahaja yang turut berada bersama berkongsi jalan yang sama. langit yang mulai cerah, kelihatan begitu indah sekali. remang-remang cahaya mentari dari sebelah timur, pohon-pohon yang melambai disapa angin, semuanya memberi ketenangan. perjalanan pagi itu dirasakan amat menenangkan.
pastinya pertemuan malam tadilah yang menjadikan hari ini sangat indah. menatap wajah yang bercahaya dek basuhan air wudhuk dan solat malam itu merupakan pengalaman yang amat mengujakan. serasa hati melonjak-lonjak apabila dapat duduk sebelah-menyebelah dengannya, seakan terasa kuatnya aura tawadhuknya itu meresap ke tubuh ini.
teringat kata seorang sister; "kita memang boleh detect kalau orang itu ikhwah atau akhawat,percayalah!" katanya dengan mata yang bersinar-sinar. tersenyum kami mendengarkan pengalamannya menegur seseorang yang 'dirasakan kenal' di dalam tren, lantas tebakannya tentang sister itu ternyata benar. nyatanya mereka tak pernah berjumpa, tetapi saling mengenal antara satu sama lain.
2 comments:
salam kak saufi...
hehehe~~
teringat pulak cerita pak cik tentang macam mana org islam boleh tau yg mana org kafir yg patut diperangi masa mereka dalam perang dulu.
kita disatukan dgn aqidah dan roh yg sama. insyaAllah, mesti boleh dapat rasa aura yg mana akhwat, dan yang mana belum jadi akhwat.
wallahu a'lam..
rindu akak fillah!! kapan mau ke Jakarta ni? (kangen berat. hahaha~)
:) it's so true!! igt lg, kita jupe ms pameran kesenian islam n ilmuan2 islam kt klcc..masha allah..
Post a Comment