Tuesday, October 26, 2010

si hikmah dan si penyabar

"sebagaimana para shuyukh memerlukan hikmah ketika membuat suatu keputusan,
begitulah para shabab memerlukan kesabaran ketika menjalankannya.."

ajaib sekali,
kerana itulah pesan adikku.
benarlah,
anak-anak itu telah dewasa..

mungkin usiaku telah mula banyak
maka petandanya ada pada si anak
yang semakin tegar meniti hikmah dengan hamasah
sedangkan bagiku
harus mencari imbangan banyaknya usia
juga ditambahi dengan melimpahnya hikmah
yang tidak menyurutkan hamasah

maka hari ini
seperti mana-mana ibu dan ayah,
harus bersedia melepaskan mereka
seusai si anak cukup sedia mengorak langkah sendiri
agar bisa berjalan dan berlari sendiri
agar bisa meneroka seluruh alam ini sendiri
bersama para shuyukh dan murobbi
agar kalimah al-haq akan ters menyebar ke serata bumi...

ibu mana yang tidak emosi
siapa saja bisa hilang keruan
hiba dan sayu,
gundah dan debar
apabila menyedari
si anak bakal berjalan sendiri..

Tuhan
hati kami dalam genggam-Mu
jiwa kami dalam tangan-Mu
untukmu hati, jiwa, bahkan darah kami...
maka peliharalah...
peliharalah...
kuserah pada-Mu.

Saturday, October 23, 2010

M.C.A.ep.2

"Abang, macam mana dengan Akhi Ayyub? Sayang call Amalia tadi, tetapi Amalia tak punyai jawapan, bang. Buntu!" Makcik Aqilah terus bertanya sejurus mengakhiri perbualan telefon bersama Amalia malam itu. Tempoh dua minggu selepas majlis taaruf telah beberapa hari berlalu, tetapi Amalia langsung tidak menghubungi, apatah lagi membicarakan persetujuan atau penolakan atas calon suami yang dicadangkan kepadanya itu. Atas nasihat Pakcik Amran lalu Makcik Aqilah menelefon, bertanyakan berita.

Pakcik Amran yang sedang berteleku di meja studi di sudut bilik tidak mengangkat kepala. Asyik benar dia membaca dan menotakan kitab hadith Jami'ul Ulum Wal Hikam untuk dibicarakan bersama anak-anak usrahnya. Setelah beberapa detik,dia berjeda sebentar dari pembacaannya. Namun masih diam. Wajah isterinya dipandang sambil mengerutkan dahi. Ternampak kesan kerutan di dahinya, petanda dimamah usia.

"Siang tadi, lepas baca email Ayyub, abang call dia. Dia menyatakan setuju, tetapi abang rasa nada suaranya macam teragak-agak," Pakcik Amran memulakan bicara. Wajahnya masih berkerut, seolah memikirkan sesuatu yang berat.

"Sedihnya kalau tak jadi, bang... Dua-dua amat secocok pada mata sayang. Ye lah, memang la Ayyub tu ada diploma saja. Amalia pula bakal siapkan PhD-nya. Tapi masha-Allah, kerja dakwah Ayyub ni nampaknya ligat betul. Sayang rasa, antara semua mutarabbi yang dia bawa ziarah ke rumah kita, jarang sekali nak melihat yang kurang muwasofat! Apa lagi yang Amalia nak ye?" Makcik Aqilah meluahkan isi hatinya yang terbungkam.

"Hm.. takpe, kita doakan yang terbaik untuk mereka. Abang pun harap sangat sebenarnya mereka setuju dengan cadangan ni. Tapi setakat ni belum nampak lagilah jalannya. Allahuakbar..." Pakcik Amran menghela nafas. Sedikit mengeluh. Bengkak hatinya dengan karenah ikhwah dan akhawat yang cuba mereka uruskan.

Ikhwah dengan syarat ketat tentang fizikal akhawatnya. Akhawat pula dengan impian-impian jaminan masa depan nan indah-indah. Sering, nilaian ini menjadi keutamaan dan diperketatkan, sedangkan neraca lain kerap dilonggarkan atau adakalanya langsung diabaikan.

“Sayang bimbanglah, sebenarnya mereka ni ada yang belum settlelah bang…” Makcik Aqilah sekali lagi mencurahkan isi hatinya tentang hal ini. Ada kegusaran yang berpusing-pusing dalam hatinya…

Thursday, October 21, 2010

singe yg meng-kijang



perlu
garang tapi sabar
atau
sabar tapi jalan
atau
jalan tapi hikmah
atau
hikmah tapi hamasah

bukan

dahla garang, tak sabar, pastu tak berjalan. meng-kijang pulak lepas tu. tak hikmah, hamasah je mana cukup. ehe.

mama n baba, i lev yu ols.

Wednesday, October 06, 2010

mahal yang paling mahal

untukmu,
bisa saja memandu berjam-jam tak berhenti
habiskan uang berkepok-kepok lagi dan lagi
buangkan semua masa kualiti untuk ibu bapa dan famili
bermata panda, berlapar dahaga atau apa sahaja
semuanya bisa...

untukmu,
tak mengapa mobil ranap, roboh hancur seribu
tak kisah pun bila harta cuma yang tersusun atas rak buku
baju tak berganti, kasut apetah lagi...
istana mewah? wang simpanan?
apa semua tu, tak pernah pun dimengerti?

untukmu,
ke hujung dunia diredahi
ke seberang lautan didayungi
ke atas angin diterbangi..
terlambung-lambung di atas tayar bas
berlenguh-lenguh mengayuh klac
atau saja berhimpit-himpit di kelas ekonomi,
yang hidangannya dibeli dari dorongan
dengan uang dari dompet sendiri
semuanya sendiri

kini dikatakan padanya,
ambillah semuanya
berbuatlah apa sekalipun
lemaslah engkau dalam assignmen bertimbun
tidurlah engkau atas tilam yang empuk, berselimut tebal hangat
berkiralah sungguh-sungguh dengan limpahan masa, nikmat Tuhanmu
lupakanlah embun tarbiyah yang menyegar
lemparkanlah ketepi cahaya hidayah yang berkunjung
biarkanlah kami bersunyi-sunyi di pondok kecil ini
kerana kami sudah biasa begini
seperti hari-hari biasa kami,
semuanya sendiri

mungkin juga kerana aku
sudah biasa berbaring lena di tilam konkrit
berselimutkan sejuk malam

cuma mungkin menunggu masa
menatap tirai-tirai kaku
terbuat dari besi
qadar dari Tuhanku.

Friday, October 01, 2010

Sungguhkah?

Andai roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Jikalah sungguh bagai dikata
Jiwa dan badan hamba serahkan...