Wednesday, October 06, 2010

mahal yang paling mahal

untukmu,
bisa saja memandu berjam-jam tak berhenti
habiskan uang berkepok-kepok lagi dan lagi
buangkan semua masa kualiti untuk ibu bapa dan famili
bermata panda, berlapar dahaga atau apa sahaja
semuanya bisa...

untukmu,
tak mengapa mobil ranap, roboh hancur seribu
tak kisah pun bila harta cuma yang tersusun atas rak buku
baju tak berganti, kasut apetah lagi...
istana mewah? wang simpanan?
apa semua tu, tak pernah pun dimengerti?

untukmu,
ke hujung dunia diredahi
ke seberang lautan didayungi
ke atas angin diterbangi..
terlambung-lambung di atas tayar bas
berlenguh-lenguh mengayuh klac
atau saja berhimpit-himpit di kelas ekonomi,
yang hidangannya dibeli dari dorongan
dengan uang dari dompet sendiri
semuanya sendiri

kini dikatakan padanya,
ambillah semuanya
berbuatlah apa sekalipun
lemaslah engkau dalam assignmen bertimbun
tidurlah engkau atas tilam yang empuk, berselimut tebal hangat
berkiralah sungguh-sungguh dengan limpahan masa, nikmat Tuhanmu
lupakanlah embun tarbiyah yang menyegar
lemparkanlah ketepi cahaya hidayah yang berkunjung
biarkanlah kami bersunyi-sunyi di pondok kecil ini
kerana kami sudah biasa begini
seperti hari-hari biasa kami,
semuanya sendiri

mungkin juga kerana aku
sudah biasa berbaring lena di tilam konkrit
berselimutkan sejuk malam

cuma mungkin menunggu masa
menatap tirai-tirai kaku
terbuat dari besi
qadar dari Tuhanku.

8 comments:

Lah said...

copy paste, boleh?
heeee...

maimunmu said...

erk tercekik kak bace.
yuk2 semua keranamu

aku bisa ngerti semua perkataanmu itu
dan aku mau jugak lompat masuk pondok kecik burukmu itu nanti
tunggu aku pulang
nak join!!


*menunggu masa pulang huhu

themujaddid said...

jazakillah khair kak sofi
dush2
tersentak !!!

Sufi is me said...

salam lah, silelah..
utk lah, tak kisahlah..

mun,
treasure each day
when you wake up to breath cool air and see blue sky, where leaves are falling outside..
today is a gift from God,
that is why it's called 'present'...

themujaddid-mojacko
hehee tak niat nak dush-dish..

aisuki said...

mahu tergolong 'kami dan aku' dalam bait ini;

"biarkanlah kami bersunyi-sunyi di pondok kecil ini
kerana kami sudah biasa begini
seperti hari-hari biasa kami,
semuanya sendiri

mungkin juga kerana aku
sudah biasa berbaring lena di tilam konkrit
berselimutkan sejuk malam"

Akak, tadi saya gi park, main buai sorang2... sekonyong2 teringat memori bersama akak & ummu di satu park kita pernah pergi naek DAK bertiga di suatu pagi... masa tu kita naik buai kayu bertiga...
dan saya masih ingat kata2 antuma;

"Kat Syurga punya buai lagi best... kat bawah kaki kita ada sungai yang mengalir tenang... kita boleh main celup2 hujung kaki kita...Nanti kat Syurga kita main buai macam ni sama2 ye"

Ya, kita main sama2 dengan semua akhowat ye.... amiin~

menghitung hari untuk pulang ke sarang... menghadapi realiti bernama cabaran... moga kita tsabat.

Unknown said...

lalang, how come u still have that memory in mind.saye pun masih ingat peristiwa tu,buai dan syurga yg best.

kak n lalang, nnti jgn tggl saye ye..huhu mahu sntiasa menjadi 'kami' dan 'aku'.

p/s: nti nak men buai lagi=p
p/s/s: napa lalang main buai sorang2? huhu tggu saye join ye=p

aisuki said...

mumun... of cos la i still remember..."Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain... it is so true...

p/s: Insya Allah, nanti kite main buai lagi yep.

#huuu...saye main buai sorang2 sebab nak rasa korang ada di sini... life is hard rite...? May Allah redha...

Unknown said...

lalang n kak, i miss both of u..huhu

the car n the heavy rain,highway n junkfood (huhu), the feeling to be a driver in your kereta dakwah n the moment u said 'this is the best time utk rebut doa mustajab' bila hujan turun sgt2 lebat huhu

byknye kenangan =p

p/s: lang,hidup memang sukar,sbb keje kita bukan main2 =p berusaha yuk!!