"Abang, macam mana dengan Akhi Ayyub? Sayang call Amalia tadi, tetapi Amalia tak punyai jawapan, bang. Buntu!" Makcik Aqilah terus bertanya sejurus mengakhiri perbualan telefon bersama Amalia malam itu. Tempoh dua minggu selepas majlis taaruf telah beberapa hari berlalu, tetapi Amalia langsung tidak menghubungi, apatah lagi membicarakan persetujuan atau penolakan atas calon suami yang dicadangkan kepadanya itu. Atas nasihat Pakcik Amran lalu Makcik Aqilah menelefon, bertanyakan berita.
Pakcik Amran yang sedang berteleku di meja studi di sudut bilik tidak mengangkat kepala. Asyik benar dia membaca dan menotakan kitab hadith Jami'ul Ulum Wal Hikam untuk dibicarakan bersama anak-anak usrahnya. Setelah beberapa detik,dia berjeda sebentar dari pembacaannya. Namun masih diam. Wajah isterinya dipandang sambil mengerutkan dahi. Ternampak kesan kerutan di dahinya, petanda dimamah usia.
"Siang tadi, lepas baca email Ayyub, abang call dia. Dia menyatakan setuju, tetapi abang rasa nada suaranya macam teragak-agak," Pakcik Amran memulakan bicara. Wajahnya masih berkerut, seolah memikirkan sesuatu yang berat.
"Sedihnya kalau tak jadi, bang... Dua-dua amat secocok pada mata sayang. Ye lah, memang la Ayyub tu ada diploma saja. Amalia pula bakal siapkan PhD-nya. Tapi masha-Allah, kerja dakwah Ayyub ni nampaknya ligat betul. Sayang rasa, antara semua mutarabbi yang dia bawa ziarah ke rumah kita, jarang sekali nak melihat yang kurang muwasofat! Apa lagi yang Amalia nak ye?" Makcik Aqilah meluahkan isi hatinya yang terbungkam.
"Hm.. takpe, kita doakan yang terbaik untuk mereka. Abang pun harap sangat sebenarnya mereka setuju dengan cadangan ni. Tapi setakat ni belum nampak lagilah jalannya. Allahuakbar..." Pakcik Amran menghela nafas. Sedikit mengeluh. Bengkak hatinya dengan karenah ikhwah dan akhawat yang cuba mereka uruskan.
Ikhwah dengan syarat ketat tentang fizikal akhawatnya. Akhawat pula dengan impian-impian jaminan masa depan nan indah-indah. Sering, nilaian ini menjadi keutamaan dan diperketatkan, sedangkan neraca lain kerap dilonggarkan atau adakalanya langsung diabaikan.
“Sayang bimbanglah, sebenarnya mereka ni ada yang belum settlelah bang…” Makcik Aqilah sekali lagi mencurahkan isi hatinya tentang hal ini. Ada kegusaran yang berpusing-pusing dalam hatinya…
1 comment:
tambah satu lagi faktor kak sofi..
kadang2 dua2 ikh/at yg dianggap secocok ni dah setuju sama setuju..datang pula penolakan drpd pihak ibu bapa yg tidak mahu mbuka ruang huu
-khalisah-
Post a Comment