Wednesday, November 24, 2010

saat manis..


saat paling manis bagi seorang murobbi tentunya pada ketika si adik menggenggam tangan murobbinya buat pertama kalinya. si murobbi dan mutarobbi saling berbalas senyuman dan salam, saling menatap wajah polos masing-masing dan mulai mengukir ingatan tentang sesama mereka di dalam hati. betapa berbunga hatinya melihat si Adik yang datang menyerah hatinya, lalu dengan rasa syukur yang melimpah sang murobbi menyambut hati itu untuk dikasihi. saat itu maha indah, ketika tubuh si adik didakap hangat, agar dapat turut sama berkongsi renjatan rasa yang sedang rimbun dengan indahnya islam, manisnya iman, serta lazatnya suka-duka di jalan dakwah dan tarbiyah nan permai ini.

namun bagi saya, itulah saatnya tertaklif atas pundak si murobbi tanggungjawab syahadah yang tak terpikul beratnya... betapa tiap jiwa ini perlu disantuni serta diasuh dengan penuh hikmah dan taqwa. dituntuni langkahnya agar membesar dan mendewasa dalam tarbiyah ini agar bersama-sama layak mencalonkan diri untuk tersenarai dalam calon2 ahli syurga. untuk kelak bersama-sama berdiri di hadapan Allah sebagai hamba-hamba yang ditemani cahaya di hadapan dan sebelah kanannya...

sememangnya hidup takkan pernah indah, lantas kerana itulah juga Allah menyediakan jannah buat para hamba-Nya. sedangkan hamba pula harus sentiasa mengingat, Allah menguji bukan untuk menyakiti. tetapi ujian-Nya adakala untuk membuka mata si hamba bahawa kurangnya si mutarobbi mungkin saja dek kerana rendahnya usaha dan betapa layunya rayuan doa sang murobbi untuk mutarobbinya. mungkin di sana ada selautan dosa si murobbi yang tak terampuni, lantas Allah sengaja menahan hidayah-Nya agar si murobbi melihat dan bersaksi bahawa;

'alangkah berdosanya kamu kerana bermain-main dengan amanah Allah ini!'




rasa bersalah buru-buru menusuk ke hati apabila mendengarkan laungan muzakkir, "mana mungkin kamu melahirkan generasi yang hebat dalam keadaan kamu yang tenat!" Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Kerdilnya hamba, lemahnya hamba, sungguhlah tiada daya tiada upaya melainkan daya upaya Allah semata...

Ya Rohman Ya Matin... Allahumansur da'watana...

Tuesday, November 23, 2010

indah

"apabila berdiri di hadapan mereka yang dikasihi sepenuh jiwa, yang diharapkan untuk sama membela dakwah dan agama ini, kita harus sedar bahawa dalam dunia ini tak segalanya seindah yang diharapkan. namun kita masih punya usaha dalam berdoa.

dan sungguh, medan amal jauh lebih payah dari medan bicara. jauh sekali."

sigh~

Thursday, November 18, 2010

kisah

saya masih teringat kisah seorang adik pada suatu petang. bagaimana animatednya beliau ketika menceritakan betapa geramnya dia kepada sesetengah orang. petang itu saya berjeda sedikit lama dan mengelak untuk memberi respons kepada adik kecil saya itu. sengaja saya berbuat demikian, kerana memberi ruang padanya untuk menunjukkan warna sebenar dirinya. sengaja mahu melihat, sejauh manakah tarbiyah telah memandunya.

dia, yang dahulunya sungguhlah astaghfirullah dahsyatnya bergelumang dalam perigi jahiliah, kini sedikit demi sedikit berwajah kian jernih. saya yakin, inqilabnya itu adalah inqilab yang berdasar dari hati, kerana itulah dia masih terus-terusan menambah 'nilai' pada diri.

si adik telah bercerita, beliau bengang betul ketika dia memulakan suatu titik inqilabnya, maka ada orang melontar dialog seperti begini;

"kau ingat tudung kau dah meleret labuh tu kau ni kira baiklah? kau ingat kau bawa quran, baca tafsir selalu tu dah angel sangat la? kau dah tak kawan ngan lelaki tu kira dah sitting next to an angel la?"

kemudian si adik meneruskan cerita;
"akak! kalaulah bukan kerana islam ni agama kasih sayang dan kecintaan kepada saudara seislam,
kalaulah bukan kerana islam menegah berkata keji dan menyakiti,
kalaulah bukan kerana islam mengangkat martabat seseorang setinggi2 darjat,
kalaulah bukan kerana dakwah yang saya junjung ini,
dah lama dah saya keluarkan kembali perangai jahiliah saya tau!"
si adik separa membentak. saya tak mampu menyembunyikan senyum. gelak saya mulai terzahir. tadi di hati, kini wajah dan suara saya mulai mempamerkan riak terhibur. geli hati saya melihatnya bercerita sambil tangan dan wajahnya menunjukkan mimik petanda turut sama bercerita.

"hee. akak tau tak! kalau ikut jahil, memang dah lama saya jerit2 kat muka orang tu sampai telinga dia ter-tuli pekak. kalau ikut jahil, takut2 saya korek biji mata dia sampai terbuta, silap-silap jadi berganyang-ganyang ke apa... masa tu saya tengah makan ikan sembilang asam pedas. saya rasa macam nak tuang kuah asam pedas mendidih tu kat mulut dia biar lidah dia kembang je. heeee. rasa nak buat la ape juga violence yg terbayang kat kepala," si adik menyambung cerita, melepas geram.

saya hanya membalas dengan tawa riang,
sebagai tanda memahami situasinya.
lalu, sementelah pulang dari pertemuan itu,
saya menuliskannya suatu bicara;

"duhai adik, pasti adik tahu malah yakin benar
bahawa islam tak ajar begitu..
walaupun orang membodoh-bodohkan hidayah yang adik rasa dan nikmati
walaupun orang persendakan nur yg sirami hati adik
walaupun mereka meperlekeh-lekehkan perubahan kecil yang cuba adik buat dalam hidup adik,
tetapi ingatlah,
apabila semuanya kerana Allah
segalanya ditolak ketepi.
hanya satu tujuan perjalanan inqilab adik.
Allah semata.
Semata-mata dia.

maka pandang kecillah pada umpat keji orang
juga padang remehlah pada puji-puji orang
kerana pada keduanya ada sesuatu yang merosakkan!
ia membakar amal seperti api membaham ganas dedaunan kering,
menyala-nyala apinya, marak membahang nyalaannya..

ingatlah wahai adik,
ikhlaslah bila berubah
buatlah kerana Allah
bukan kerana naqibah
bukan merana murobbi
bukan kerana masulah
bukan kerana ustaz-ustazah
bukan kerana akhwat
apetah lagi kerana ikhwah...
buatlah demi menggapai redho Allah
inshaAllah Dia akan tuntuni langkahmu..

akak telah hidup tidaklah terlalu lama
tetapi hidup mengajarkan akak sesuatu
bahwa apabila seseorang itu meniatkan sesuatu itu
dia PASTI akan mendapat apa yang diniatkannya..

yang merubah diri kerana calon suaminya,
akhirnya mendapat suami dan itu sahaja
yang merubah diri kerana masulah, murobbi atau naqibah
akhirnya melarut apabila tidak lagi bersama-sama
yang merubah diri kerana akhwat
akhirnya dapatlah akhwat sebagai teman baiknya
tetapi apabila tidak berada dalam lingkungan akhwat
tiadalah beza antara dirinya dengan orang awam...

jadi,
ikhlaslah wahai adik...
dan jagalah keikhlasanmu itu
kerana niatmu akan terzahir di penghujungnya nanti...

Friday, November 12, 2010

the opocot! series ver 1.0

the town of boiled beans..

long time ago
during the 14th century
while islam was the teacher of the 'alameen
it was said that a king who peacefully ruled a kingdom with islam
drop by a town and eat a bowl of scrumptiously delicious boiled beans..
he was so amazed that he named the place "the town of boiled beans"
so that he will remember the place and the kindness of the person who served him with the boiled beans...

and now there no longer islamic ruling there
and i have an ambition to get what is ours back!
wait for me dear town
i'm coming to help you
with miss himmah aliyah.

Wednesday, November 10, 2010

miss himmah aliyah

kamu kenal himmah?
nama penuhnya himmah aliyah
godaannya sungguh asyik
penangannya tersangat dahsyat!

dengan adanya dia
semua mujahideen yang terluka jasadnya di medan tempur
akan bangkit menerobos kubu lawan
dengan menyapu darah yang mengalir,
walaupun hingga satu persatu anggotanya
dan akhirnya kepalanya putus bergolek..

semua isteri-isteri yang ditinggalkan suami
hattakan purnama berganti purnama
menjadi kering air mata;
bahkan tidak sesekali membujuk rayu si jejaka
dengan rayuan rindu yang meluluhkan
dan menjadikan langkahnya teragak-agak..

semua ibu-ibu pulang dengan senyum melebar
sejurus pulang dari menghantar anak-anak
ke medan juang untuk mati..

semua penjawat-penjawat kaya pula
yang wangnya berkepok-kepok setiap hujung bulan
jatuh miskin dan papa kedana
sejurus beberapa minggu bahkan beberapa hari kemudian
kerana melabur kesemua tiap sen duit dan harta
hattakan tiada padanya jaminan
buat diri, apatah anak dan isterinya

kerana godaan himmah aliyah juga
mereka semuanya melupakan tidur lena
yang enak berpanjang-panjang hingga ke dhuha
belikatnya begitu jauh dari hamparan empuk
tubuhnya hanya berselimut kain lusuh
kakinya jadi bengkak, siang bersalut sepatu lama,
malam pula menyimpuh di mihrab
menghabis masa berteleku sendirian
meminta-minta, merayu-rayu penuh hina

himmah aliyah menjadikan mereka GILA!!!!
menjadikan mereka hina di depan Allah
namun mulia di kalangan manusia
menggoda mereka jadi gila syurga!

tiada yang menerawang di bayangan minda
melainkan sejuk nyaman aliran tasneem
indah nian pepohonan hijau yang melambai
serta barisan pari-pari yang bermata jeli
beserta wildanun mukhalladun yang setia melayani...

AllahuAKBAR!!!

INGAT!
orang yang mempunyai himmah aliyah
akan memandang remeh segala yang di bawah cita-citanya!
dan cita-cita kita
hanyalah mardhatillah semata.

saz-malaya