Saturday, October 18, 2008

mesti jadi orang sembahyang

macam-macam perkara berubah. lain yang dirancang, lain pula jadi akhirnya. semestinya, apa yang kita mahukan kadangkala bukan yang terbaik buat kita. dan alhamdulillah, apa yang berlaku dalam hidup ini adalah yang terbaik. cumanya, terkadang permintaan kita akan tertunai dalam bentuk yang berbeda, namun itulah yang terbaik buat kita.

sering, kita merasakan Tuhan masih belum mendengar pinta kita, walhal doa itu telahpun berkali-kali tertunai melalui perkara-perkara terbaik yang berbeda dari apa yang diminta. hairan, tapi begitulah Dia. memberikan hanya yang baik-baik sahaja.

lebaran lepas, saya bertemu dengan pakcik yang menjadi idola saya semasa kecil. waahh kini sudahpun menjadi orang berpangkat dalam masyarakat. hebat. namun masih terpacul dari bibirnya; juang kita masih tidak selesai. itu kata beliau sebelum saya meluncur laju dalam kuda hijau.

teringat dahulu, saya begitu ingin menjejaki langkah beliau. beliau pandai. lebih penting, beliau tak tinggal sembahyang; demikian kata atok. dan acapkali, beliau akan pulang ke tanah air dari perantauan kala lebaran. saban kali bertemunya, hati saya melonjak-lonjak ingin tahu cerita dari tanah jauh. waahh.

kini, saya tidak lagi mengidolakannya. doa saya dulu telah didengari mungkin, dan sebahagian besar dari doa saya mengikuti jejaknya telah Allah tunaikan dalam bentuk yang sedikit berbeza. subhanaLLah. dan apapun pastinya saya takkan lupakan pesan atok, bahawa kita mesti jadi orang sembahyang..

dan kini, untaian doa masih lagi beralun dari hati. namun, inshaAllah, ianya kini dengan lafaz berbeza. Syukur, pelangi masih ada.

1 comment:

nsysays said...

masih belum pasti adakah diri ini bersungguh-sungguh dalam berdoa..