Monday, October 02, 2006

Dua Puluh Tiga

Sebulan. Lebih.

Lebih sebulan, dan dia sedikitpun tidak teringat angka itu melintasi hidupnya. Maaf, hanya itu yang bisa dilafaz. Benarnya ingatan itu bukan tidak ada. Sesekali, melintas juga. Namun, ada sesuatu yang membuat dia bimbang, lantas tidak betah memikirkan. Sesuatu? Seseorang, bukan sesuatu. Itu yang sebetulnya. Entah.

Kecamuk. Itu betulnya yang menguasai akal. Bermacam perkara yang lain sarat berselirat di fikiran, masakan dapat memikir yang tidak-tidak. United Kingdom, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Segamat, Muar, Batu Pahat, Lembah Pantai, Padang Pauh, MMU Cyberjaya, KLIA dan kini United Kingdom semula. Barangkali itu puncanya dia terlupa. Mungkin.

Tidak sama lagi seperti dahulu, itulah yang pasti kini. Masakan sama, bila masing-masing kini ada haluan perjalanan sendiri. Sendiri memilihnya, maka mungkin inilah sebenar hasilnya. Jalan di hadapan terlalu panjang. Moga, kedua-duanya bahagia.

Dua puluh tiga, lapan. Kini dua puluh lima.
Hingga bertemu lagi.
=)

Nah hadiah

5 comments:

cahaya^kebaikan said...

tak fahaaam..:'(

Anonymous said...

Semoga terus istiqomah di jalan Allah swt. Salam perjuangan - ahmad fadhli. afadhlis@yahoo.com

SaufiahAzZahrah said...

cik nawa,
takpe, takyah paham.

ahmad fadhli,
"amantu billah, thummastaqim" kata Nabi. yang susah itu adalah menjaga hati agar istiqomah. maka teruslah berjuang. fastaqim kama umirta. =)

ain manchester said...

eh ada tong sampah cap manchester kat sini...eheheh

SaufiahAzZahrah said...

ehek.
tongsampah mahal ni.
sampai ade org masukkan dalam kajian thesis beliau.