Kerana apabila arus getar hati menyambut kegembiraan itu semakin deras, jiwa akhirnya akur untuk pulang kepada fitrah. Moga tenang menghadapi hari penuh gelombang. Ada beribu kegembiraan menanti jiwa-jiwa yang merindui taman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
Salam aidilfitri. Kullu am wa antum bikhair. Semoga amalan aku dan kamu diterima.
___________________________________________
Kata-kata aku, hati-hati aku, mungkin kamu gagal memahami. Maaf.
3 comments:
salam eid ul fitr.
mohon maaf di atas segala khilaf, zahir batin, fizikal & mental.
ya selamat hari raya.
selamat kembali kepada fitrah yg suci.
semoga diberi kekuatan utk mengekalkan kesucian ini sampai jumpa ramadhan 1 lagi..
Kak Tanah,
bagaimanalah hendak berkhilaf, sedang wajah pun tak pernah bersua.
zahir atau batin, fizikal atau mental, hati atau nurani, memang tidak pernah wujud khilaf antara akak dan saya. =)
Encik Amarkun,
terima kasih atas doa itu.
selamat meraikan hari-hari pasca ramadhan semeriah ramadhan. sungguh, jika benar kita bukan hamba ramadhan, pasti tarbiyah ramadhan berkekalan hingga bertemu ramadhan yang satu lagi.
Post a Comment